Nuffnang Ads
Wednesday, 29 December 2010
Layan Video ni..
p/s:ahli politik harus hayati lrik dan maksud lagu seniman ini.
Label:
kosong
Tuesday, 28 December 2010
rindu
rintih pilu
sakit rindu
menjemput rasa
sayup berbicara
di sepertiga malam
mengucap kasih
menyulam sayang
berkongsi cerita
mengadu derita
agar lena beradu
dibuai mimpi
bertemu Maha Cinta.
sakit rindu
menjemput rasa
sayup berbicara
di sepertiga malam
mengucap kasih
menyulam sayang
berkongsi cerita
mengadu derita
agar lena beradu
dibuai mimpi
bertemu Maha Cinta.
![]() |
teruskan melangkah... |
Label:
puisi
Monday, 27 December 2010
jiwa-jiwa kacau
carik-carik kepingan jiwa
menunggul menjadi puing-puing
kusam dan hambar
gelintar resah yang zahir
menjadi enap cemar wajah
celaka dan cela
daun-daun pintu
hati ruang ke 7
gelap dan bungkam
sirna bebayang dosa
noda dari dunia
terasuk umpanan cita
hamparan mata sialan
menjadi sampah berkata-kata
bernanah busuk segala.
p/s:ini bukan puisi cinta.
menunggul menjadi puing-puing
kusam dan hambar
gelintar resah yang zahir
menjadi enap cemar wajah
celaka dan cela
daun-daun pintu
hati ruang ke 7
gelap dan bungkam
sirna bebayang dosa
noda dari dunia
terasuk umpanan cita
hamparan mata sialan
menjadi sampah berkata-kata
bernanah busuk segala.
![]() |
tiada kena mengena dengan puisi..sekadar ilustrasi dari pakcik google..hehe |
p/s:ini bukan puisi cinta.
Label:
puisi
Sunday, 26 December 2010
sekadar renungan
Suatu ketika,putera Amirul Mukminin Saiyidina Umar al-Khattab pulang dari sekolahnya dalam keadaan menangis..Umar bertanya, "Apa yang menyebabkan engkau bersedih hati,wahai anakku?
Jawab anak Umar itu, "Kawan-kawan di tempat pengajian menghitung tampalan pada bajuku.Mereka berkata,lihatlah anak Amirul Mukminin ini,berapa tampalan yang ada di bajunya?"
Umar sendiri pada pakaiannya terdapat 14 tampalan pada bajunya dan sebahagian dari tampalan itu adalah dari kulit haiwan.Lantas Umar pun menulis surat kepada Bendahari Negara dan di dalam surat itu beliau merayu, 'Berilah hutang empat dirham kepadaku dari Baitulmal.Apabila datang awal bulan nanti , potonglah gajiku."
Bendahari Negara pun membalas surat Umar itu dengan mengatakan,"Wahai Amirul Mukminin,apakah engkau menjamin hidupmu sampai satu bulan sehingga aku dapat meluluskan permohonan mu itu?Apakah yang akan emgkau perbuat dengan wang Baitumal jika engkau mati sedangkan wang itu masih dalam tanggungan mu?"
Setelah membaca surat balasan dari Bendahari Negara,Umar pun menangis dan berkata kepada puteranya, "Wahai anakku,pergilah ke tempat pengajianmu kerana aku tidak dapat menjamin nyawaku walaupun sesaat."
p/s:itulah kisah yang pernah di ceritakan oleh Imam di kampungku sewaktu kuliah di masjid beberapa tahun lepas..Aku terfikir masih adakah pemimpin dan pemegang amanah sejujur Umar dan Bendahari Negara pada masa kini..

Islam
Saturday, 25 December 2010
kembali macam dulu
Stress!!Banyak benda buat aku stress dua tiga hari ni..
Apa???..Aku stress dengan kerja,stress dengan jalan jem,kerenah masyarakat dan banyak lagi benda yang buat aku stress...dan aku stress dengan diri sendiri.
Stress!!!Paham tak??
Kalau korang tak paham jugak, aku makin stress..Hmm.
Aku perlu mencari ruang sunyi untuk tenangkan fikiran dan buat perhitungan diri..Mungkin aku masih tebal dengan sifat yang menenggelamkan kemanusiaan..Kadangkala tuntutan masa buat kita lupa pada tujuan kita di ciptakan..Kita seolah-seolah redha dengan kelalaian itu..Celaka!!
Nanti bila aku dah berjaya menstabilkan emosi dan menyeimbangkan aliran turun naik darah aku akan cuba kekalkan ketenangan tersebut hingga aku fana dalam dunia terasing yang damai dan tiada keluh kesah..Tiada stress..Bukankah itu "dunia' terbaik untuk manusia???
Dunia yang aku diami sekarang amat serabut tanpa ruang kosong untuk aku isi dengan masa untuk semua "itu"..aku rindu untuk kembali macam dulu-dulu..

keluh kesah,
stress
Wednesday, 22 December 2010
sekadar singgah
Salam!..
Singgah sekejap.Pandang kiri-kanan..sentuh papan kekunci,tak tahu nak taip apa..
Bungkam dan kosong..
Bangun dan jalan lagi..nanti aku kembali!!!
Singgah sekejap.Pandang kiri-kanan..sentuh papan kekunci,tak tahu nak taip apa..
Bungkam dan kosong..
Bangun dan jalan lagi..nanti aku kembali!!!

Tuesday, 21 December 2010
malas
Dah dua tiga hari minda aku gagal berinspirasi..mungkin masih dalam mood berkabung selepas pemergian nenek atau memang akal aku dah bebal dan tumpul..
Mungkin.
Tiap-tiap detik berlalu kosong..tanpa aku kejar apatah lagi otak aku mulai longlai dan tepu..kalau berjalan perlahan-lahan pun rasanya sudah ada "sampah" yang bisa aku palit dan conteng untuk mencemar dinding blog yang dah berhabuk ni..Tapi entah setan apa yang merasuk,aku masih bersenang-senang dengan kemalasan ini..Tiada apa yang aku perbuat,tiada ikhtiar dan masih merengkok dalam santai yang melalaikan jiwa sesat aku.
Mungkin aku kurang bermuhasobah..
Mungkin aku gagal istiqomah...argghh..aku akan kembali memacu ilham dan lemparkan di sini sedikit masa lagi..
Aku berfikir.....

Aku bukan manusia separuh dewa,tak sempurna dan ada cacat cela tapi aku masih boleh berusaha...hmmm..( malas lagi )

biol
Monday, 20 December 2010
Samy Vellu Dalam Kenangan
Disebabkan Datuk Seri Samy Vellu telah mengumumkan persaraan beliau baru-baru ini,aku merasa amat sedih dan kechiwa kerana selepas ini tiada lagi menteri yang mampu menghibur dan menyembuhkan duka lara rakyat dengan lawak-lawak segar dan terbaik dari ladang..hahaha!!..setiap lawak beliau pasti akan aku ingati..hehe
Antara lawak beliau yang popular dan di ingati sampai sekarang..
1. Samy Velu Berkata Tentang Pos Laju;
"Besoh kirim, hari ini juga sampai "
2. Di TV yang dia berkata dia malu;
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat laa besar"
3. Samy berkata dalam ceramah;
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang-worang kampong di sini'
Lantas seseorang bertanya,
"Datuk,sini takde sungai, buat apa bina jambatan?
dan Samy dengan bangga membalas ,
"Kalao takde sungai,kita bina sungai"
4. Kata-kata Samy yang tersohor kepada pemberita;
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!"
5. Semasa krisis air;
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr..!"
6. Tentang masalah sosial;
"Worang-worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade.." * *
7. Semasa kempen derma darah di Sg.Siput;
"Marilah kita semua menderma dare..."
8. Semasa memberi ucapan di pelbagai acara;
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya saudara-saudari)
9. Semasa bising-bising tentang Al Arqam;
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes arqam" *
10. Juga lawak tersohor Samy;
"Kita akan bina roket pigi matahari".....
Pemberita menjawab.."Tapi Dato, matahari terlalu panas untuk didekati"...
Jawab samy..
"Itu tade masalah....kita hantar waktu malam".... *
sumber:e-mail
p/s:aku pasti rindu giler dengan Datuk Samy Vellu..hahaha!!
Label:
biol
Sunday, 19 December 2010
kosong
kosong
malam ini semuanya kosong
tiada apa-apa
kecuali kosong
tiada isi
tiada erti
kecuali
kosong.
kosong.
p/s:inilah akibatnya kalau malas berfikir dan tiada bahan untuk di tulis..hehe
Label:
biol
Saturday, 18 December 2010
Friday, 17 December 2010
Al-Fatihah
Pukul 6.15 petang 15 Disember 2010 aku menerima panggilan telefon dari abah di kampung yang mengatakan nenek aku telah meninggal dunia kira-kira 10 minit sebelum itu..Panggilan tersebut aku terima sewaktu aku tersangkut dalam kesesakan jalanraya di Jalan Maarof,Bangsar setelah pulang dari tempat kerja..
Jenazah telah pun selamat dikebumikan selepas solat Zohor semalam di tanah perkuburan Kampung Kuala Kepis,Juasseh,Negeri Sembilan.
Al-Fatihah buat nenda Allahyarhamah Hajah Tiawi Binti Ismail yang telah kembali ke pangkuan Ilahi.Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang soleh .
Tuesday, 14 December 2010
Puisi Tentang Bulan
dan bulan
pun tersenyum
pabila melihat
bintang-bintang
sudi berkawan
menghiasi dada malam
jadi peneman
menunggu siang
namun sungguh kasihan
malang nasib si embun
hilang ditelan
cemburu sang mentari
Label:
puisi
Monday, 13 December 2010
mari menjadi bangang!!
aku pernah berfikir menggunakan tahap pemikiran aku yang bangang ni bahawa satu hari nanti bangsa melayu akan merempat di tanah air sendiri.
cuba korang kira berapa banyak kampung melayu dan tanah rezab melayu yang masih wujud di Kuala Lumpur.
kemudian secara lebih bangang lagi aku pernah berfikir dalam tempoh 10 tahun akan datang apa anak muda kaum melayu akan buat dan apa kerja yang mereka akan lakukan kerana peratusan anak melayu yang berhenti sekolah di peringkat menengah semakin tinggi..dan mampukah mereka bersaing dengan "bangsa antarabangsa" yang kian membanjiri negara ini dan memonopoli keseluruhan pasaran tenaga kerja..adakah mereka kan jadi peragut,mat rempit,penagih dadah atau paling "baik"pun menjadi pengemis..
adakah ada apa-apa pelan tindakan dari pihak yang lebih cerdik dari aku untuk berfikir mencari jalan penyelesaian???..buat masa sekarang aku yakin jawapannya adalah"tidak"
dan yang paling bangang lagi aku pikir adakah kuasa politik orang melayu masih kuat kerana sekarang pun iklim politik khasnya orang melayu terlalu lemah kerana perpecahan dan perbezaan pendapat serta ideologi yang menampakkan kebodohan dan ketololan orang melayu..
aku akui agak bangang kerana aku sendiri kadangkala terikut-ikut dengan rentak permainan "politik melayu"yang asyik melagukan irama sama dari dulu hingga sekarang..mungkin kerana aku bangang dan ahli politik semuanya cerdik!!
ketuanan melayu??cuba korang pikir sendiri,masih relevankah slogan tu dengan keadaan ekonomi dan sosial orang melayu sekarang...orang melayu tidak menjadi Tuan dalam mana-mana keadaan sekalipun di negara ini..orang melayu adalah hamba orang politik dalam segala hal dan dalam setiap percaturan politik orang melayu adalah mangsa keadaan yang di perbodohkan.
aku berpesan pada semua melayu yang berfikiran tahap bangang seperti aku supaya lebih cerdik pada masa akan datang..
p/s:kadangkala aku suka berfikir secara bangang seperti ini..alangkah baiknya kalau ahli politik yang mengaku cerdik sekali-sekala berfikiran bangang seperti aku supaya mereka tahu bukan senang jadi orang bangang yang selalu di perbangangkan!!baru mereka rasa pahitnya ditipu orang cerdik!!

Sunday, 12 December 2010
badan aku rasa penat..mungkin kekurangan protin atau sedang ketagihan nikotin...arghh!!!
aku mesti hisap rokok....
jap....
aku nak pegi hisap rokok...:lepas tu boleh laa aku tido dengan lena dan bermimpikan rosmah mansor dah jadi slim lepas minum jus dr.rozmey..hahaha!!
p/s:maaf..kalau korang terpaksa baca entry bodoh aku ni..aku jadi begini bila kecanduan nikotin..hehehe!!

jiwa kacau
Saturday, 11 December 2010
zaman bangkit
selamat datang zaman bangkit
selamat tinggal zaman lena
selamat datang zaman waras
selamat tinggal zaman lupa
selamat datang zaman bersuara
selamat tinggal zaman bisu segala
ayuh lontar suara
hari ini untuk bangkit
ayuh buka mata
hari ini bukan untuk lena
ayuh buka minda
hari ini bukan untuk lupa
hari ini hari kita!!
selamat tinggal zaman lena
selamat datang zaman waras
selamat tinggal zaman lupa
selamat datang zaman bersuara
selamat tinggal zaman bisu segala
ayuh lontar suara
hari ini untuk bangkit
ayuh buka mata
hari ini bukan untuk lena
ayuh buka minda
hari ini bukan untuk lupa
hari ini hari kita!!
Label:
puisi
Thursday, 9 December 2010
monolog
mampukah aku
merebut kembali
hari yang tersisa
atau aku
hanya melihat
ku biar menjadi puing-puing
perlambangan dosa
atau harus aku
meratap bersedih
menginsafi diri
dalam hening sunyi antara malam
lantas aku bertawassul
menyebut nama kekasih-Mu
menyambung wasilah
mohon diampun
menyambung wasilah
mohon diampun
agar sembuh qalbu
yang bernanah oleh barah dunia
Label:
puisi
Tuesday, 7 December 2010
azam...
tak sangka dah 1 hari kita dalam tahun baru Hijrah..macam mana aku boleh lupa nak berazam..hehe
takpelah..aku rasa azam tahun baru sama je kot macam tahun -tahun yg sudah...kalau ada pembaharuan pun cuma satu dua je..tu maknanya azam tahun lepas pun aku failed!!
Azam tahun baru hijrah kali ni aku nak:
1:sebagai penagih nikotin tegar aku nak berenti merokok...rokok dah mahal sekarang ni.
2:aku nak kerja rajin-rajin kumpul duit.
3:aku nak carik awek..kemudian tunang dan kawin..hehe
4:aku nak beli superbike yang lagi laju dari motor polis trafik..biar diorang tak boleh kejar aku masa merempit.
5:aku nak buat revolusi minda(revolusi??:aku tak berapa suka sangat perkataan ni pasal nampak macam murah sangat sekarang..dah ramai ahli politik dan artis guna..arghh lantak laa!!..)
6:aku nak jadikan blog aku ni femes dan pastikan tak ada lagi catatan yang "sampah" dan "kosong" macam sekarang...tapi korang jangan marah kalau aku tak mampu buat dan korang tetap tengok hasil "sampah"dan "kosong"..
7:nombor yang paling aku suka dan aku letak azam yang last ni paling penting ...AKU NAK JADI MANUSIA YANG BERILMU,BERIMAN DAN BERAMAL..Aku jugak nak jadik manusia yang berguna pada mak-bapak aku,masyarakat,negara dan korang semua...
p/s:aku nak berhijrah betul-betul..bukan cobaan!!

Monday, 6 December 2010
Salut #2
dalam hujan meriam air..
dalam jerebu gas pemedih mata.
dalam gertak kuasa yang menggila..
teguh suara
jasad dan jiwa
pejuang kami
wira kami
suara hak kami
salut untuk semua
tulus dari seantero kalbu
dihulur bersama doa
moga esok tiada derita
dalam jerebu gas pemedih mata.
dalam gertak kuasa yang menggila..
teguh suara
jasad dan jiwa
pejuang kami
wira kami
suara hak kami
salut untuk semua
tulus dari seantero kalbu
dihulur bersama doa
moga esok tiada derita
Label:
puisi
Salut!!!
hari ni aku malas nak tulis apa-apa.kepala hotak aku dah blank dengan permasaalahan yang menghimpit hidup aku dan hidup kalian akhir-akhir ni...Aku ingin menyatakan sokongan dan salut seribu atau sejuta kali kepada kalian yang menghadirkan jasad dan jiwa dalam perhimpunan dan perarakan penyerahan memorandum semalam..
Jiwa dan semangat kalian lebih kental dari tembakan meriam air..
Semangat dan roh perjuangan kalian lebih berbisa dari gas pemedih mata demi menegakkan hak dan ketuanan rakyat...
SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM..!!!

Sunday, 5 December 2010
hahahaha!!!
ketuanan melayu????hahahaha...bila masa melayu jadi TUAN kalau asyik kena tipu 24 jam!!
sejarah????....macam mana generasi muda nak ingat dan hayati sejarah kalau fakta sejarah sedia-ada tu semuanya auta dan sentiasa berubah..hahaha!!
ekonomi dah pulih???...apa justifikasi yang ekonomi negara dah pulih kalau kuasa beli pengguna makin kecil dan inflasi makin tinggi...hahaha!!
penyalarasan harga???...ada ke buat penyalarasan gaji sebelum buat penyalarasan harga???...
gaji dan harga barang kat malaysia ni selaras ke??hahaha!!!
p/s:aku,korang dan kita semua 1MALAYSIA kena tipu lagi..hahaha!!

Wednesday, 1 December 2010
nasib bangsa aku
minyak petrol RON 97 naik harga lagi..
gaji masih macam tu...tak naik-naik.
yang kaya makin kaya
aku makin papa kedana
lepas ni harga barang akan naik jugak
bangsa aku memang suka diperbodohkan
bangsa aku memang suka ikut telunjuk
bangsa aku sudah menjadi bangsa taklid
terima tanpa soal
terima tanpa sesal
percaya walau tak kenal
arghh!!malas laa aku nak pikir!!!@#$@%
gaji masih macam tu...tak naik-naik.
yang kaya makin kaya
aku makin papa kedana
lepas ni harga barang akan naik jugak
bangsa aku memang suka diperbodohkan
bangsa aku memang suka ikut telunjuk
bangsa aku sudah menjadi bangsa taklid
terima tanpa soal
terima tanpa sesal
percaya walau tak kenal
arghh!!malas laa aku nak pikir!!!@#$@%
Label:
jiwa makin kacau
Tuesday, 30 November 2010
aku yang berdosa
layakkah aku
untuk syurga
andai masa menjadi sia
mampukah ku tahan siksa neraka
kerna amal secebis cuma
layakkah aku bergelar manusia
kerna buta mengenal sang Pencipta
Label:
puisi
Monday, 29 November 2010
perihal aku
ada teman yang rapat dengan aku berkata aku ni konservatif dan complicated..
ada yang menggelar aku orang spiritual..terasing dalam dunia asing dalam diriku sendiri..menganggap aku dengan berbagai lagi gelaran hanya setelah menjenguk dan melihat blog aku ni..
terpulanglah pada apa saja persepsi dan tanggapan korang terhadap catatan aku..
kadangkala aku akui kreativiti aku terangsang oleh tahap nikotin yang meracuni salur darah aku..
malahan seringkali aku terpandu oleh emosi dan aku luahkan di blog ini atau pun laman fb..
aku juga bisa menafsir persekitaran hidup yang aku lalui dan aku muntahkan secara total di alam maya blog..
.......................................
terpulang apa pandangan dan pendapat korang dalam menilai diri aku kerana seringkali tersasar dari tema hidup moden
sesungguhnya aku yang sebenar bukanlah manusia spiritual
aku bukan konservatif dan jauh sekali complicated kerana aku orangnya yang mudah..
aku juga bisa enjoy seperti kalian cuma mungkin caranya lain darihal biasa
kerana masih banyak perihal diri aku yang aku sendiri belum teroka dan kurang aku kenali
aku masih cuba bermuhasabah diri dan dan ingin sekali menjadi manusia bermoral
........................................
aku ingin jadi orang biasa-biasa kerna itulah aku
aku cuba untuk memahami kalian sebagaimana kalian cuba memahami aku agar kita bisa kelihatan biasa.
terima kasih atas perhatian korang dan atas segala nasihat dan pendapat..aku cukup syukur kerana sekurang-kurangnya korang adalah teman -teman aku dikala senang dan susah

Thursday, 25 November 2010
musafir
masih adakah
daerah sunyi
atau benua paling indah
untuk aku
melepas lelah
mengadu resah
menghempas gundah
mana tempatnya terpaling jauh
untuk aku membawa diri..
kerna rindu ini
batin menjerit
serasa jiwa semakin sulit
daerah sunyi
atau benua paling indah
untuk aku
melepas lelah
mengadu resah
menghempas gundah
mana tempatnya terpaling jauh
untuk aku membawa diri..
kerna rindu ini
batin menjerit
serasa jiwa semakin sulit
Label:
puisi
Wednesday, 24 November 2010
haiwan sosial bernama manusia
manusia zaman sekarang
jauh sudah berubah
tiada pantang
enggan dilarang
bisa bercumbu pinggiran jalan
konon ikut edaran zaman
tak sedar
maruah hilang
bangsa sendiri
menanggung malang
manusia adalah haiwan sosial
yang berotak tapi jarang mengguna akal
menyisih iman
hilang sudah pedoman
rendah sudah martabat insan
"aku dedikasikan untuk pasangan romantik yang bercumbu di kaki lima berhampiran Pavillion tempohari"

Tuesday, 23 November 2010
malas aku nak layan!!
semenjak kebelakangan ni aku dah malas nak tengok berita kat tv..
sebab apa???
sebab hari-hari yang keluar dalam berita kat malaysia ni tak lain hal politik je.
tu bukan berita namanya!!tu cerita atau lebih tepat lagi propaganda!!huh...
apa gunanya tayang cerita yang hampir sama tiap jam kalau benda tu menjatuhkan maruah bangsa Melayu sendiri!!!
apa mungkin diorang pikir rakyat macam aku,macam kita ni bodoh dan bahlol belaka..macam laa aku tak tahu apa-apa pasal politik.
politik ni suci kalau jujur dan politik ni boleh jadi najis kalau berniat sebaliknya.
takyah sibuk-sibuk dok buat sidang akhbar burukkan orang lain,parti lain kalau taik sendiri tak boleh nak cuci..akibatnya semua orang hidu bau busuk taik!!!
sudah-sudah lah tu..tukar laa topik lain!!takde ke berita yang lebih enak didengar selain cerita pasal parti ni..cukup masa nak mengundi besok tau laa aku nak pangkah sapa..
banyak lagi janji korang masa pilihanraya dulu yang tak terbuat lagi.. korang ni cakap tak serupa bikin!!!
rakyat undi korang sebab nak kepimpinan yang pandai buat kerja dan tunai amanah bukannya pandai kempen dalam tv...
huh!!aku cakap je..
lantak korang laa!!
![]() |
antara YB yang kantoi tido lepas menang pilihanraya.. err..bukan!!lebih baik jadi beruk dari jadi YB..Hahaha |
p/s:aku taip entry ni sambil menangis layan lagu "Harapan Kecewa" nyanyian Ahmad Jais..hehe
Label:
aku dan politik
Monday, 22 November 2010
aku yang fakir
apa yang ku ada
sekujur tubuh
sekujur nyawa
tiada daya
tiada harta
namun terkadang aku lupa
kerna amukan dunia
nafsu yang menggila
lalai,angkuh riak dan alpa
konon punya segala
sedang semua
pinjaman semata
Label:
puisi
lalu
akulah musafir
cuma menumpang lalu
mohon singgah
melepas lelah
kelak nanti
aku kembara lagi
menyusur jalan
denai dan lorong kelam
hingga usang jasad
dan rintih jiwa kian penat
aku singgah hanya sebentar
hingga nampak sejalur cahaya
pedoman penerang jalan
dan peneman pembalut luka
buat bekal lapar jiwa
cuma menumpang lalu
mohon singgah
melepas lelah
kelak nanti
aku kembara lagi
menyusur jalan
denai dan lorong kelam
hingga usang jasad
dan rintih jiwa kian penat
aku singgah hanya sebentar
hingga nampak sejalur cahaya
pedoman penerang jalan
dan peneman pembalut luka
buat bekal lapar jiwa
Label:
puisi
Tuesday, 16 November 2010
Selamat Hari Raya Aidiladha.
jadi malam ni aku kena balik kampung dan selebret kat sana..lagi happening wa cakap lu!!KL ni apa ada..hehe
yang penting besok kitorang akan bergotong royong melapah lembu korban di masjid dan surau kampung aku..part tu yg best.
boleh gak aku jumpa kawan-kawan lama yang dah jarang nampak muka kat kampung walaupun time cuti umum..
maklum laa diorang dah lupa daratan semenjak keja kat bandar dan mana yang dah kahwin tu pulak kena laa balik kampung ikut giliran...nasib baik laa aku bujang lagi jadi aku boleh balik kampung bila-bila masa je..hehehe
lagipun aku ni kan jiwa kampung(member2 aku yg cakap)..
aku jugak nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kat korang yang rajin menjenguk kat blog aku ni dengan ucapan "Selamat Hari Raya Aidiladha"...hayatilah maksud pengorbanan sebenar yang dituntut ke atas setiap dari kalian semua...
Monday, 15 November 2010
Pontianak Bukit Putus
Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.
Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…
” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…
Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…
Dia pun beranikan diri dan bertanya…
”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”tanya lelaki tu lagi.”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”” Ehh takkan sampai seram… ”
“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..
sumber:e-mail dari member aku yg suka buat lawak bodoh!!hehe
Label:
biol
Sunday, 14 November 2010
Fuh!!
Fuhh!aku dah sampai dari kampung malam ni..
sepanjang perjalanan tadi hujan sikit punya lebat sampaikan aku terpaksa korbankan jiwa rempit aku dengan memandu penuh berhemah..hehehe!!
besok hari isnin ..hari yang penuh kebosanan dan stress bagi aku..kalau boleh aku nak sambung je cuti sampai raya haji tapi nak buat camna semua member opis aku dah aplly cuti lagi awal..maka terpaksalah aku cover diorang..hampeh tul!!
tapi takpe...raya nanti aku tetap bercuti sampai hari ahad,jadi boleh laa aku berpoya-poyo ngan kengkawan sambil mengisi masa lapang...hehe..balik kampung lagi!!yeah!!!!!
yang penting raya ni masjid kat kampung aku mesti meriah dengan korban lembu dan kerbau macam tahun-tahun sudah...o.klah malam ni aku tak tau nak tulis apa lagi..aku nak beradu bagi charge balik bateri badan dan kepala otak aku yang dah penat ni...gudnite!!

Friday, 12 November 2010
Balik Kampung...
macam biasa..bila tiba hari jumaat dan besok pun cuti maka aku pun kena bersiap-siap untuk balik kampung..
hahaha!!sekurang-kurangnya boleh laa aku berehat dan release tensen kat kampung hujung minggu.
jadi,seperti biasa bila mana aku bercuti dan balik kampung bermakna aku takkan hadir disini dan selama beberapa hari tu jugak laa aku biarkan blog ni "berhabuk"...maklum laa kampung aku line broadband lembab cam siput..
bila aku balik ke KL nanti baru aku akan update dengan entry yg lain...kiranya balik kampung ni nak carik ilham laa..hahaha!!bila dah banyak ilham dan bahan nanti baru aku tulis kat sini...
ps:/yeah!!balik kampung lagi...(bukan aku balik kampung tiap minggu ke???hehe)
hahaha!!sekurang-kurangnya boleh laa aku berehat dan release tensen kat kampung hujung minggu.
jadi,seperti biasa bila mana aku bercuti dan balik kampung bermakna aku takkan hadir disini dan selama beberapa hari tu jugak laa aku biarkan blog ni "berhabuk"...maklum laa kampung aku line broadband lembab cam siput..
bila aku balik ke KL nanti baru aku akan update dengan entry yg lain...kiranya balik kampung ni nak carik ilham laa..hahaha!!bila dah banyak ilham dan bahan nanti baru aku tulis kat sini...
![]() |
ni laa pemandangan yang aku rindukan .. |
Wednesday, 10 November 2010
hikayat tipu
seorang tua berkata
wahai anak muda
dalam hidup kita
tipu dan menipu lumrah dunia
.......................
menipu perkara biasa
ditipu udah terbiasa
seringkali kita
menipu diri sendiri
untuk berlaku jujur pada orang lain
dan adakalanya
kita menipu orang lain
untuk berlaku jujur pada diri sendiri
...................
janganlah kau suka menipu
dan janganlah kau mudah tertipu
kerna tipu daya itu
sesungguhnya adalah kunci neraka
....................
wahai anak muda
dalam hidup kita
tipu dan menipu lumrah dunia
.......................
menipu perkara biasa
ditipu udah terbiasa
seringkali kita
menipu diri sendiri
untuk berlaku jujur pada orang lain
dan adakalanya
kita menipu orang lain
untuk berlaku jujur pada diri sendiri
...................
janganlah kau suka menipu
dan janganlah kau mudah tertipu
kerna tipu daya itu
sesungguhnya adalah kunci neraka
....................
Label:
puisi
Tuesday, 9 November 2010
Penghinaan ke atas Kaabah
Siapa sahaja yang terlibat dalam penghasilan foto di atas adalah manusia celaka dan kurang ajar!!Betapa rasa terhina dan terguris perasaan umat Islam seluruh dunia apabila menatap foto Kaabah yang di perlihatkan sedemikian rupa..
Sesungguhnya perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan...Ini penghinaan yang amat besar keatas umat Islam seantero dunia.Celaka si Laknatullah!!!
Sesungguhnya perbuatan mereka tidak boleh dimaafkan...Ini penghinaan yang amat besar keatas umat Islam seantero dunia.Celaka si Laknatullah!!!
Monday, 8 November 2010
Cari
Meraba dalam gelap
bersuluh dalam terang
menunggu bukan sekejap
mencari bukannya hilang
.......................
apa ku cari bukannya barang
apa ku nanti bukannya orang
siapa mengerti
siapa simpati
tolong aku tunjukkan jalan
.........................
andai bulan jatuh ke riba
andai nasib bertemu jua
siapa tahu sampaikan bila
entah esok mungkin lusa
ku harap doa dari yang hidup
ku harap doa dari yg telah pergi
sampaikan salam penuh berharap
..........................
alangkah bahagia bilamana tersua
semat kukuh didasar jiwa
agar tak hilang
tak tercicir lagi
supaya jiwa jadi tenang
kerna lamanya mencari lamanya menunggu
sesuatu yg dulu milikku
kini ghaib di telan dunia
dihembus angin dihanyut bayu
mungkin terhumban diantara benua
atau tersembunyi masih disini
hari ini,esok
terus lagi
aku mencari satu jawapan persoalan
...................
ghaib bukan sembunyi
mungkin tersorok dalam diri
terkurung tiada berkunci
antara yang hakiki nan abadi
mungkin kah pergi takkan pulang
terus lesap terus hilang
p/s:aku taip kerana jiwa kacau yg mengacau dalam jiwaku yg sedia ada kacau....
lokasi:lorong paling hujung dan paling gelap dalam jiwa aku...

Friday, 5 November 2010
tanya pada diri
saat termenung sejenak.
pernahkah kau berfikir akan hidupmu
sekadar cukup menghela nafas
atau kerdip matamu..
..........
antara hedonisme datang melanda
dan bila pluralisme makin menggila
dimana kau letak imanmu
dimana kau tanam malumu.
dimana nafi
dimana isbat
sedangkan apa yang datang semua kau rembat
apa yang melintang habis kau sebat
.............
kau lalai pada syariat,
enggan pada tareqat
kabur pada hakikat
dan kau butakan matamu mengenal maqrifat
sedang kau berharap pada syafaat
...........
sekali lagi aku tanyakan
antara hedonisme datang melanda
dan bila pluralisme datang menggila
dimana letak dirimu
sedang keperawanan jiwa,akal dan hatimu
telah kau gadai kepada nafsu...
..............
demi masa berlalu antara saat
waktu dunia makin tenat
sedang engkau dihanyut maksiat
dibuai gelombang nikmat
kau bangga dipuji hebat
enggan dilihat bangsat
marah ditegur sesat!!!

Thursday, 4 November 2010
Tangan2 Disebalik Tangan Syaitan.
Gambar menceritakan seribu perkataan..Sila perhatikan gambar dibawah dimana kecanggihan teknologi dimanipulasikan bagi menjatuhkan maruah pemimpin Iran iaitu Ahmadinejad..Sudah pasti "tangan -tangan ghaib"yg terbabit dalam penyebaran dan pembikinan foto tersebut adalah pihak-pihak Barat yang memusuhi Ahmadinejad secara tersurat dan memusuhi Islam secara tersirat..tujuannya tidak lain adalah untuk menunjukkan kepada dunia kononnya betapa Ahmadinejad dibenci di negara pimpinannya Iran..
Kejadian tersebut berlaku sewaktu demonstrasi mahasiswa di Tehran pada 23 Jun 2009 bilamana seorang siswi menahan kenderaan yang dinaiki Ahmadinejad dan meluahkan pandangannya tentang pentadbiran Ahmadinejad..Dipercayai siswi tersebut dari kalangan penyokong pembangkang..Bagaimanapun foto tersebut telah diolah oleh pihak Barat untuk menunjukkan keaiban dan memalukan Ahmadinejad yang diketahui umum amat di benci Amerika dan sekutunya...Nama Ahmadinejad tersenarai sebaris bersama Muammar Gaddafi,Hugo Chavez dan Fidel Castro sebagai pemimpin paling dibenci Zionis dan Amerika.
![]() |
Foto asal |
![]() |
Foto yang dibahsuai Tangan2 Syaitan Maklumat lanjut dan gambar juga boleh diikuti di Blog Dr.Faisal Tehrani...http://www.tehranifaisal.blogspot.com |
Tuesday, 2 November 2010
Berita Gembira Di Pagi Selasa.
Hmmm..entahlah..naik harga lagi!!!Terkejut beruk aku bila mendengar berita di radio pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke opis..mcm tak percaya pun ada,tapi itulah realitinya..Minyak petrol RON 97 naik harga lagi sebanyak 5 sen.Bagi aku angka tersebut boleh dikatakan besar dari segi pendapatan dan perbelanjaan sara hidup...tu belum harga barang lain lagi yg akan menyusul naik selepas ini.
Apa nak buat mungkin sudah nasib kita,dah la gaji kecik,beban kewangan makin bertambah.Makin kuruslah aku jawabnya sebab berdiet..hehehe..Tapi takpe laa asalkan bangsa aku yg lain terutamanya pemimpin yg aku sayangi bertambah sihat dan boroi hasil memeras wang dan keringat orang bodoh macam aku ni..Jangan risau..dalam pilhanraya yang akan datang,aku akan tetap mengundi korang demi menunaikan tanggungjawab aku pada bangsa dan negara..Dulu,Kini dan Selamanya!!!

Minyak naik harga ke,apa ke...Aiman tak kisah!!asalkan BN turun...Hehehe!! |
Thursday, 28 October 2010
Politik Melayu atau Melayu Politik???
Sana-sini org sibuk cerita pasal politik...cuma aku yg dah naik jelak dan penat bila pikir bab politik ni..Bagi aku politik zaman sekarang ni tidak suci dan jujur lagi..berbeza dengan zaman kebangkitan semangat kemerdekaan dulu.Politik sekarang hancing,busuk,berlumuran najis dan sekotor air perlimbahan Indah Water..hahaha!!
Kalau tanya pendapat aku...jawabnya senang je..terutama tentang survival politik bangsa Melayu.Bagi aku,politik Melayu dah lama uzur,nazak dan menunggu masa untuk "mati"dan dikebumikan...kalaulah tiada penawar maka tamatlah riwayatnya....Ini kerana politik Melayu adalah politik yg jujur,amanah dan bersih tanpa ada penyelewengan dan "pengklepetan"..Politik Melayu berbudi bahasa,berbakti dan berkhidmat tanpa ada niat tersembunyi di sebalik kuasa..Itu hanya ada pada zaman dulu...zaman Dr.Burhannudden Helmy,Dato Onn dan ahli politik seangkatan mereka tak kira dari Perikatan,PAS ataupun lain2 bendera parti..Diorang berjuang utk kesinambungan hidup bangsa..Lihat saja berapa ramai tokoh PKMM,AWAS dan lain2 cabang..diorang sanggup meringkuk dipenjara dari tunduk kepada kuasa penjajah..itu dinamakan semangat perjuangan POLITIK MELAYU...Menggalas amanah di bahu,hukum dijunjung dikepala,adat di jinjing ditangan...bukan kerana kuasa dan projek!!!Itu cerita lama..
MELAYU POLITIK pula bertebaran di sana sini akhir-akhir ini mengaut apa saja peluang yg ada terhidang di depan mata demi kuasa dan habuan..Inilah parasit perosak bangsa yg menjadi pencacai dan hamba org asing demi keuntungan dunia...Hak org lain dia pedulik hapa!!Spesies ni merayap dan menyelinap di mana2..tak kira didalam parti mana,pemerintah atau pembangkang...2x5!!!!Orang sebegini hanya ada sebelah telinga dan lidahnya dua...bercabang.Janji2 pilihanraya yg tidak pernah dikota,aduan marhaen seperti kita dianggap remeh ,pandang sebelah mata akibat buta terkena panahan dunia,kerana telinganya tuli disumbat hasutan kuasa..Bagi aku segala kata2 dan janji pilihanraya sebegini termasuk antara fitnah2 Dajjal yang bermaharajalela diakhir usia dunia...Tu sebab aku malas nak ambik port..
Korang pikir laa sendiri..nak pilih perjuangan POLITIK MELAYU yang hampir pupus atau pilih MELAYU POLITIK yg semakin berkembang populasinya....
p/s:jangan anggap aku golongan kiri..hehe

Wednesday, 27 October 2010
Monolog Orang Berdosa..
Hari ni aku terkejut apabila mendapat tahu melalui media tentang malapetaka yg berlaku diseluruh dunia.Banjir,gempa bumi,gunung berapi meletus dan yg terbaru tsunami di Kepulauan Mentawai,Sumatera...Aku terfikir bahawa semuanya berpunca dari dosa-dosa oleh tangan manusia..Mungkin Tuhan mulai murka atas perlakuan manusia seperti aku....seperti kita!!
Aku mulai sedar yang nikmat pinjaman Tuhan selama ini telah melalaikan manusia seperti aku,,seperti kamu.Akan adakah peluang dan ruang sebelum tertutupnya pintu Taubat???Moga tidur malamku,dan juga tidur malammu hari ini tidak digoncang gempa bumi dan dihanyutkan gelombang tsunami..

Tuesday, 26 October 2010
Hobin Jang Hobin!!!
Tak sabar rasanya aku nak turun stadium Bukit Jalil hari sabtu ni..Baru pagi tadi member sekampung aku call bagitau yg tiket dan transport dah diuruskan...hehehe!!Rasanya tahun ni N9 menang lagi..(konfiden je aku..hehehe).Mintak-mintak takde laa insiden macam tahun lepas.Cuak jugak aku bila pikir balik mcmana keadaan dari mula masuk stadium sampailah tamat perlawanan..
Salah sorang kawan aku ditarik oleh penyokong Kelantan waktu kami melintasi gerombolan mereka sewaktu dlm perjalanan ke parking...Nyaris2 bergaduh...nasib baik laa ada polis yg berkawal masa tu..Fuh!!Lega kami..
Awal-awal lagi aku dah standby segala aksesori wajib untuk tahun ni...rambut Afro,bendera,dan semestinya trompet...Hehehe...Bukit Jalil .."Tunggu!!!!!

Monday, 25 October 2010
Aku dan Politik...
Aku teringat beberapa tahun lepas sewaktu aku mundar-mandir di pekan Bahau daerah kampungku..aku bertemu seorang mamat ni dalam lingkungan 30-40 tahun..mungkin secara kebetulan.(sebetulnya dia menegur aku kerana ingin meminjam lighter). Dia yg agak ramah lantas berbual dgnku yg mungkin pada masa itu kelihatan berseorangan dan termenung melihat ragam dan peel org yg lalu lalang dihadapanku..
Pada masa itu bahang pilihanraya masih hangat...dan secara spontan dia bertanya pendapat aku tentang politik." Kau sokong parti mana??.dia bertanya pada aku.Aku menjawab "parti cap ayam"..Dahi brader tu berkerut mendengar jawapan aku..."takkan la tak sokong mana-mana parti politik??tanyanya lagi.."Buat apa?aku jawab...
"Laa..pilih pemimpin laa"katanya.."takda satu parti politik pun kat malaysia ni saya sokong atau bangkang.."ringkas dan padat jawapan aku...hehehe.."Oh...atas pagar rupanya"...katanya.
Aku jawab" atas bukan bawah pun bukan"...abis tu??? apsal??...macam reporter plak brader ni punya soalan ..bisik hatiku.."Saja"..lalu aku cakap pada dia yg aku tak percaya dengan politik berasaskan kaum di negara ni..bagi aku definisi sesuatu bangsa atau hak2 ketuanan sesuatu kaum yg ada sekarang bukanlah aspirasi dan inspirasi sebenar org melayu..Tu Lord Reid yg buat..Itu sebabnya politik berasaskan kaum gagal menyatukan rakyat kerana ada kepentingan penjajah yg merencana politik macam ni."
Bagi aku aspirasi sebenar orang Melayu adalah "Perlembagaan Rakyat 1946"yg dibuat oleh org-org Melayu didalam Parti Kebangsaan Melayu Se-Malaya(PKMM) tapi ditolak oleh penjajah kerana merugikan Inggeris dan Barat...Tu sebab saya lebih suka "Parti Cap AYAM"kataku.."sebab tak ada janji2 kosong, kepentingan peribadi dan menjadi alat org luar yg nak menjahanamkan bangsa Melayu itu sendiri.."

Hmmm...
Aku pun tak tau apa nak dicoretkan disini melainkan kenyataan yg aku dah penat dan mengantuk...selamat malam dunia!!
Moga esok aku akan ketemu sang matahari dan sang bayu sama seperti hari ini...Moga kita semua beroleh limpahan ihsan Tuhan...sesungguhnya aku bersyukur!!
Moga esok aku akan ketemu sang matahari dan sang bayu sama seperti hari ini...Moga kita semua beroleh limpahan ihsan Tuhan...sesungguhnya aku bersyukur!!
Friday, 22 October 2010
Kembara hujung minggu Gua..
Pasti ramai yg tertanya-tanya mana lokasi Gua dihujung minggu..sampaikan ada rakan2 Gua yg gatal mulut bertanya "Mana lu pegi hujung minggu Bro??xde lepak ngan kitorang pun.."Gua menjawab.."Gua melawat kawasan..hehe" sambungku lagi "Gua balik kg laa bro!!...Lantas ada diantara mereka mempersoalkan kewajaran Gua menghabiskan hujung minggu di kg yg bg mereka tidak happening seperti mana Bukit Bintang mahupun KLCC..Gua menjawab.."Gua akan balik kg selagi Gua ada kg..."
Diorang pun diam...
Diorang pun diam...
Thursday, 21 October 2010
Jiwa Yg Penat..
Hari ni aku merasakan jiwaku amat tertekan pabila melihat manusia sekelilingku mulai memperlihatkan "kepandaian"mereka dan cuba "memperbodohkan"aku...Hahaha...!!Barangkali mereka fikir aku naif dan dengkel akal sama seperti mereka...Mujurlah tipis imanku masih mampu menahan gelodak nafsu amarah yg meronta mahu keluar dari kerongkong dan mulut celuparku..Untung juga Tuhan masih sayangkanku dari menambah dosa kering yg telah berbakul-bakul aku longgokkan selama ni...Aku rasa aku dah mencemarkan bumi Tuhan ini dengan sumpah seranahku selama ini..Cukuplah sekadar itu..
Tapi setakat mana kesabaran aku menangkis tohmahan dan terjahan keras ke atas jiwaku???Biar lah!!Satu hari nanti mereka akan merasai nikmatnya "pengajaran lisanku"hehehe...(sesekali marah dan dendam menguasai jiwaku)..Jiwaku sudah cukup penat merasai dan menelan bebelan mulut bebal mereka....Nantikan saja Sang Karlos ini memuntahkan lahar panas keatas diri kalian...Tunggu dan Lihat!!

Wednesday, 20 October 2010
Arghh!!!!!
KALAH?????!@#!$%^&*@!*(_+*&^)..apo nak buek...mungkin dah nasib kito mlm ni..Redha jo lah...(tapi dalam hatiku masih tidak puas hati ..)Oh Tuhan..maafkan aku..
Aku pun Kurang Ajar!!
Jem!!..Jem!!Jem!!Itulah rutin yg harus aku tempuhi sekian kalinya tiap kali melangkah mahupun pulang dari tempat kerja...Kehidupan dibandaraya Kuala Lumpur mungkin nampak gah dari segi prasarana namun hakikatnya nilai moral kami semakin terhakis terlempar bersama maki hamun dan cacian yg terjuih dari mulut lantas bertebaran di atas jalan...Padanlah aku semakin kurang sopan dan hilang sifat penyabar ..getus hatiku..Kemodenan telah menganjingkan manusia sepertiku lalu aku pun jadi seperti mereka yang lain sama2 menyembunyikan resah namun berontak hati kian menggila...Hahahaha!!Mungkin sedikit masa lagi aku akan beransur menjadi kurang ajar dan hipokrit sama dengan yg lain2....tak apalah bisik hatiku memujuk"Aku seorang manusia yg terlalu berterus terang tidak seperti kalian yg duduk diatas kerusi empuk,enak menghirup darah kami,insan marhaen sepertiku yg kau anggap bodoh ..Kau anggap dirimu pejuang,, hakikatnya kaulah petualang yg merosakkan damai hati kami dengan idea kapitalismu yg kau gelarkan DEMOKRASI..Aku enggan jadi HIPOKRIT!!!!arghh....
Subscribe to:
Posts (Atom)