Nuffnang Ads

Showing posts with label keluh kesah. Show all posts
Showing posts with label keluh kesah. Show all posts

Monday, 10 October 2011

untuk Sang Dewi

Minggu yang singkat untuk cerita yang panjang.
Hilang dalam keberadaan.
Masih ada sebenarnya.

Hanyut seketika.Terhijab hilang sebentar dalam pelukan sayap wangi sang Dewi.Ah.Asyiknya perasaan di buai haruman wangian cinta yang terhambur dari nafas kata-kata Sang Dewi.Kata-kata penuh pengharapan bernafas berahi.

Namun kini Sang Dewi kembali terbang pulang ke kayangan membiarkan aku terkantuk seorang menghela udara berbaur rindu.

Oh Sang Dewi.
Moga kan ada lagi temasya cinta dalam musim bunga-bunga jiwa akan datang.
Terima kasih dewi.

Tuesday, 26 April 2011

lagu-lagu asyik

aku sering di buai asyik bilamana alam mendodoikan irama berlagu persona berlirikkan karya bahasa langit yang di lantunkan suara-suara angin semilir.

sungguh indah rasa asyiknya yang ini hingga ke kalbu terasa.

apakah rasa itu yang kau cuba khabarkan duhai teman-teman alam.

apakah rasa agung ini anugerah Mahakarya terindah yang bisa melebur keberadaan jiwa saat dalam khuatir sebelumnya..

terima kasih Tuhan.

Monday, 11 April 2011

hadirlah zabarjad

sebagian sudut dalam jiwa aku yang dulu dalam belasungkawa kini mula menerima keberadaan cahaya kemilau baru,

itulah kemilau cahaya yang menerpa hadirnya tika kelam warna darah merah pekat liang-liang luka lama mulai mengering

aku terpana saat terpandang indahnya yang dulu terhijab

aku harap cahaya seindah zabarjad itu kan bersinar selamamana aku menghela nafas beserta menaakul alam meminjam ma'ni Nya.

hendaklah kiranya zabarjad nan indah itu menjadi sebagian jiwaku hingga usai langkahku menghadam prosa hidup.

p/s: mungkinkah zabarjad itu kamu..

Monday, 7 February 2011

Alahai Penyamun!!

Nasib malang.Begitulah ringkasan cerita nasib aku minggu ni.Sedang aku bercuti di kampung sempena Tahun Baru Cina rumah sewa di KL dimasuki pencuri.

Memang malang.Almari baju di kopak,rumah bersepah dan barang hilang di larikan penyamun.Abis duit tabung aku di larikan.Lain-lain mangsa penyamun tu adalah laptop kakak aku,kamera,dvd player,jam tangan dan tak ketinggalan jugak minyak wangi aku yang baru aku beli.

Hilang mood aku sekejap bila dapat tahu berita tu.Marah pun ada.Terkilan apatah lagi.

Aku marah kerana jenayah semakin menjadi-jadi di kawasan kediaman aku.

Terkilan kerana manusia makin hilang nilai moral dan kemanusiaan dalam mengejar kesenangan sementara tanpa mahu bekerja keras.Tak lagi mengira halal haram.Barangkali manusia semakin ramai yang jiwa kacau dan kosong.Mereka malu kelihatan bangsat dan marah bila ditegur sesat..Duit tabung aku pun kau sebat..

Alahai kau penyamun!!

Saturday, 25 December 2010

kembali macam dulu

Stress!!Banyak benda buat aku stress dua tiga hari ni..
Apa???..Aku stress dengan kerja,stress dengan jalan jem,kerenah masyarakat dan banyak lagi benda yang buat aku stress...dan aku stress dengan diri sendiri.
Stress!!!Paham tak??

Kalau korang tak paham jugak, aku makin stress..Hmm.
Aku perlu mencari ruang sunyi untuk tenangkan fikiran dan buat perhitungan diri..Mungkin aku masih tebal dengan sifat yang menenggelamkan kemanusiaan..Kadangkala tuntutan masa buat kita lupa pada tujuan kita di ciptakan..Kita seolah-seolah redha dengan kelalaian itu..Celaka!!

Nanti bila aku dah berjaya menstabilkan emosi dan menyeimbangkan aliran turun naik darah aku akan cuba kekalkan ketenangan tersebut hingga aku fana dalam dunia terasing yang damai dan tiada keluh kesah..Tiada stress..Bukankah itu "dunia' terbaik untuk manusia???

Dunia yang aku diami sekarang amat serabut tanpa ruang kosong untuk aku isi dengan masa untuk semua "itu"..aku rindu untuk kembali macam dulu-dulu..