aku pernah berfikir menggunakan tahap pemikiran aku yang bangang ni bahawa satu hari nanti bangsa melayu akan merempat di tanah air sendiri.
cuba korang kira berapa banyak kampung melayu dan tanah rezab melayu yang masih wujud di Kuala Lumpur.
kemudian secara lebih bangang lagi aku pernah berfikir dalam tempoh 10 tahun akan datang apa anak muda kaum melayu akan buat dan apa kerja yang mereka akan lakukan kerana peratusan anak melayu yang berhenti sekolah di peringkat menengah semakin tinggi..dan mampukah mereka bersaing dengan "bangsa antarabangsa" yang kian membanjiri negara ini dan memonopoli keseluruhan pasaran tenaga kerja..adakah mereka kan jadi peragut,mat rempit,penagih dadah atau paling "baik"pun menjadi pengemis..
adakah ada apa-apa pelan tindakan dari pihak yang lebih cerdik dari aku untuk berfikir mencari jalan penyelesaian???..buat masa sekarang aku yakin jawapannya adalah"tidak"
dan yang paling bangang lagi aku pikir adakah kuasa politik orang melayu masih kuat kerana sekarang pun iklim politik khasnya orang melayu terlalu lemah kerana perpecahan dan perbezaan pendapat serta ideologi yang menampakkan kebodohan dan ketololan orang melayu..
aku akui agak bangang kerana aku sendiri kadangkala terikut-ikut dengan rentak permainan "politik melayu"yang asyik melagukan irama sama dari dulu hingga sekarang..mungkin kerana aku bangang dan ahli politik semuanya cerdik!!
ketuanan melayu??cuba korang pikir sendiri,masih relevankah slogan tu dengan keadaan ekonomi dan sosial orang melayu sekarang...orang melayu tidak menjadi Tuan dalam mana-mana keadaan sekalipun di negara ini..orang melayu adalah hamba orang politik dalam segala hal dan dalam setiap percaturan politik orang melayu adalah mangsa keadaan yang di perbodohkan.
aku berpesan pada semua melayu yang berfikiran tahap bangang seperti aku supaya lebih cerdik pada masa akan datang..
p/s:kadangkala aku suka berfikir secara bangang seperti ini..alangkah baiknya kalau ahli politik yang mengaku cerdik sekali-sekala berfikiran bangang seperti aku supaya mereka tahu bukan senang jadi orang bangang yang selalu di perbangangkan!!baru mereka rasa pahitnya ditipu orang cerdik!!
11 comments:
iyeee.. ko ade geng jadi banganngg. aku pon slalu bangang2 macam kauu.
kalau tgk mana mana, yg dipuji kaum cina. ni bukan diskriminasi, ni realiti. (:
itulah hakikat kita sekarang. Yang kaya makin kaya...yang miskin lagi tertindas..mari sama2 lakukan perubahan segera
ntah laa pa nk jd ngan nasib kita.. org mlayu nih dh jd cm bahan mainan.. politik pnya pasal msing2 nk menang sbelah pihak jaa.. yg d katakan islam tp mngutuk org.. yg d katakn melayu tp berkehidupan cm mat saleh... ntah laa sy nih pmerhati jaa prkembangan politik skrang nih.. mmg benggang tahap banggang hehehe..
mungkin kerana bangsa kita terlalu berlembut dan banyak berkompromi walaupun kita semakin hari semakin terpinggir...segala kepentingan kita telah dirobek dengan rakus oleh pihak2 yg menindas demi kuasa dan kesinambungan politik busuk mereka..
,jgn terpedaya dgn alasan ameno. kutip budak2 bodo piang buat sijil, dip, degree, bila keluar tak laku di sektor swasta, ameno wujudkan jawatan merapu2, kpli, jqaf, jtk17 untuk tanggung biawak2 ni. membazir duit pembayar cukai saja.
RAHSIA JIMAT MINYAK
jangan2
jangan jadi ban*an*
:)
kita semakin cerdik menilai mana yang betul mana yang auta
hii
awak teruskan berjuang
insyaallah..dengan doa kalian.
jangan jadi bangang. camana bangang sekalipun sekeliling kita, kita jangan jadi bangang..
sebab jika kita melayan orang bangang, kita pun jadi bangang. dan kalau dah semua bangang, sapa yang nak TAK membangang?
Tu yang semua jadi pembangkang
Thanks for a great read.
Post a Comment