Nuffnang Ads

Tuesday, 21 December 2010

malas

Dah dua tiga hari  minda aku gagal berinspirasi..mungkin masih dalam mood berkabung selepas pemergian nenek atau memang akal aku dah bebal dan tumpul..

Mungkin.

Tiap-tiap detik berlalu kosong..tanpa aku kejar apatah lagi otak aku mulai longlai dan tepu..kalau berjalan perlahan-lahan pun rasanya sudah ada "sampah" yang bisa aku palit dan conteng untuk mencemar dinding blog yang dah berhabuk ni..Tapi entah setan apa yang merasuk,aku masih bersenang-senang dengan kemalasan ini..Tiada apa yang aku perbuat,tiada ikhtiar dan masih merengkok dalam santai yang melalaikan jiwa sesat aku.

Mungkin aku kurang bermuhasobah..
Mungkin aku gagal istiqomah...argghh..aku akan kembali memacu ilham dan lemparkan di sini sedikit masa lagi..

Aku berfikir.....
















Aku bukan manusia separuh dewa,tak sempurna dan ada cacat cela tapi aku masih boleh berusaha...hmmm..( malas lagi )

5 comments:

uncle gedek said...

Ini klasik bro? Yang mana mesti dimulakan dulu? Mula kerja dulu baru ilham datang, atau tunggu ilham datang baru kerja...?

Marhaenonymous said...

dua-dua pun boleh..tapi sekarang saya masih blur,antara dua mana yang nak di mulakan dulu..hihi

Unknown said...

Mulakan dengan menulis....tulis apa-apa saja...kerana selepas itu idea akan melimpah-ruah datang

Sutera_suci said...

Manusia Separuh Dewa tu lagu Iwan Fals kan? suke Iwan fals! hiks

Marhaenonymous said...

suhaimi:saya akan cuba memaksa diri untuk menulis.
sutera suci:ya..lagu iwan falls dan saya juga menggilai beliau..hihi