sebagian sudut dalam jiwa aku yang dulu dalam belasungkawa kini mula menerima keberadaan cahaya kemilau baru,
itulah kemilau cahaya yang menerpa hadirnya tika kelam warna darah merah pekat liang-liang luka lama mulai mengering
aku terpana saat terpandang indahnya yang dulu terhijab
aku harap cahaya seindah zabarjad itu kan bersinar selamamana aku menghela nafas beserta menaakul alam meminjam ma'ni Nya.
hendaklah kiranya zabarjad nan indah itu menjadi sebagian jiwaku hingga usai langkahku menghadam prosa hidup.
p/s: mungkinkah zabarjad itu kamu..
42 comments:
zabarjad yang indah
jika inginmu zabarjad itu, berdoalah. jikan bukan keinginan mu, berdoalah juga. =)
semoga liang-liang luka lama yang mulai mengering itu tidak terkopak dan berdarah lagi...
:)
senyum
aku hidu sinar bahagia
yang pasti zabarjad itu bukan aku. hehe.
Zabarjad tu amenda?
rastamat : zabarjad cukup indah..kau akan tahu bila kau terlihat cahayanya.
padie_eyla; ya..berdoalah moga zabarjad itu milik kita-kita ini..
ghost writer : moga tiada lagi luka baru..
intan maisarah ; kamu juga pastinya sedang tersenyum kerana lebih dulu merasa bahagia dari aku..
khrlhsym: kamu juga sebahagian dari zabarjad yang indah bercahaya itu..hehe
sutera suci : nak tahu lebih lanjut makna zabarjad sila bertanya pak cik google..hehe
Kede betul..kedekut ilmu :p
Tak jumpa kat pakcik guggle, yang keluar penyanyi kumpulan Zabarjad lagu karam.
sutera suci : zabarjad tu sejenis batu permata yang lebih bernilai dari mana-mana batu permata di bumi..
di katakan zabarjad adalah batu yg gugur dari langit lapisan ke 4..
Ooo..okey. Terima kasih.
Learn a word a day.
kerana zabarjad itu,lidah aku terbelit2 mengunyah bait2 nukilan ini......
saya suka komen kak limah itu..
aku bahagia melihat kamu bahagia
aku sedang berbahagia bersama teman teman sekitar dan keluarga tercinta
:)
ini satu perkhabaran gembira kah ?
:)
semoga bahagia yang dicari dapat dimiliki,sampai ke akhir.
teringat lagu karam ..kupulan nama yang ko sebut ni
hantu kak limah: mungkin lidah terbelit membacanya kerana kak limah banyak mengirup darah mat rempit mati eksiden..hehe
khairul hakimin: aku juga suka komen kak limah kerana buat aku tersenyum simpul..hehe
intan maisarah : terima kasih atas doa kamu..harapnya semua kita ini akan bahagia.
april: bukankah kegembiraan itu suatu rasa yang harus di perbaharui setiap masa supaya tidak terasa hambar..
aku juga harap kebahagiaan untuk kamu kerana setiap dari manusia berhak merasakannya.
brutalsolo : kumpulan zabarjad ada lagu hits berjudul 'karam"..lagu tu memang asyik.
masih tertutup hijab bagiku hingga tak terlihat lagi zabarjad itu. mungkin belum sampai seru. hmmm..
ooo..zabarjad... :)
lavender harum wangi: lihat dengan mata zahir yang tertutup dan celikkan mata batin baru terlihat sinar kemilau zabarjad yg indah itu..
namun sabarlah kerana zabarjad akan datang menjenguk jiwa kamu..
khairul antasha: ya..zabarjad..hehe
Zabarjad?
Dulu-dulu ada la kumpulan rock kapak nama Zabarjad...
gedek: ya kumpulan zabarjad yang menyanyikan lagu karam.
aku masih buta.. dari segi segalanya.. jadi bukan aku itu..
zabarjad itu pe?
hati2 panahan asrama. eh asmara. saat jiwa kosong, semua yang mengisi ruang sekejap, dirasa memenuhi ruang segenap.
monster:lama kelamaan hijab itu kan terbuka..sabarlah.
skandaldarilangit:ini bukan perihal kisah asmara..
ini perihal asyik dengan pencarian makna hidup..
itulah zabarjad yg bercahaya yg membawa bersamanya pesan dalam bahasa langit.
kamu juga mungkin jadi zabarjad bilamana terjadinya rasa itu atas kamu.
:)
asyik~
pesan aku, jangan digantung nilai dan harapan pada permata kau anggap paling bernilai seantero dunia itu.
sebab kadang2 bila musibah terkunjung tanpa rela, selepas hancur, plastik rentung pun kau anggap bernilai.
HATI HATI Sang Marhaen.
aku adalah sang zartaj. duduk diam di atas singgahsana.
kalau kau sudah ketemu zabarjad itu, khabarkan.
bertempiaranlah nanti jiwa aku mengusung sinar itu.
hey, mahu cornetto?
rasa macam kena mara reply karlos tu =="
act komen ska utk entry tu zabarjad tu ape je.. laen2 tu lua topik.. =="
catherine ;mmg asyik kalau mengalaminya..
larasephia:aku takkan lupa nasihatmu itu..terima kasih atas ingatan.
ska ; mana pernah aku marah dengan kamu..itu jawapan beserta penerangan ringkas..hehe
fiq vertigo:cornetto mmg aiskrim kegemaran aku..hehe
zabarjad batu permate kn..kalo mestika plak ape ekz?
semoga zabarjad itu kilauan nya pada yang hak.
=)
qistina filzah:ye..batu permata..mestika juga sejenis batu permata seangkatan dengannya..
heroiczero: mudah-mudahan..
indahnya ayat2 pena.. :)
mula ada sawang dah ni
azira mohamad:biasa-biasa saja..sekadarnya
brutalsolo : sedang cuba lari dan berlari..di himpit waktu dan kerja yg membeban..hehe
punya lama ska bz dgn xm n esemen, satu je entry karlos? =="
nakal ni.
ska; sama-sama hibuk hal duniawi yang tidak pernah surut dengan bebanan atas jasad dan akal..
lari sebentar mengatur langkah laju demi mengejar zabarjad di langit keempat..
untunglah masih berbaki sebutir untuk aku buat hiasan teratak jiwa.
Post a Comment