Nasib malang.Begitulah ringkasan cerita nasib aku minggu ni.Sedang aku bercuti di kampung sempena Tahun Baru Cina rumah sewa di KL dimasuki pencuri.
Memang malang.Almari baju di kopak,rumah bersepah dan barang hilang di larikan penyamun.Abis duit tabung aku di larikan.Lain-lain mangsa penyamun tu adalah laptop kakak aku,kamera,dvd player,jam tangan dan tak ketinggalan jugak minyak wangi aku yang baru aku beli.
Hilang mood aku sekejap bila dapat tahu berita tu.Marah pun ada.Terkilan apatah lagi.
Aku marah kerana jenayah semakin menjadi-jadi di kawasan kediaman aku.
Terkilan kerana manusia makin hilang nilai moral dan kemanusiaan dalam mengejar kesenangan sementara tanpa mahu bekerja keras.Tak lagi mengira halal haram.Barangkali manusia semakin ramai yang jiwa kacau dan kosong.Mereka malu kelihatan bangsat dan marah bila ditegur sesat..Duit tabung aku pun kau sebat..
Alahai kau penyamun!!
12 comments:
Salam simpati..
Kes samun sekarang ni makin menjadi-jadi. Rumah kawan pun kena masuk pencuri hari tu.
Nasib baik laptop awak bawak balik kg :)
salam tuan marhaen,
hamba tumpang simpati.
kalau anak muda gerakan kedah tahu, marah dia sebab penyamun tu tak menghormati cny.
semoga Allah limpahkan rezeki yg lebih-lebih lagi daripada duit tabung tu.
Dah nk jadi,nk wt camne.redha je le...ayt klise... Setiap dugaan ade hikmahnye...
sutera,cik li,hantu kak limah:terima kasih sahabat semua..tengah bersabar dan redha buat masa ni..mungkin ada hikmahnya..hehe
Bro;
Takziah dari gua, takdir Allah tak siapa yang boleh elakkannya.
Cuba renungkan hikmahnya pula... insyallah...
Frust kan? bila kita kena samun. Tp hairan. Majoriti rakyat Msia relax je bila hasil negara kena samun dek org2 yg kononnya besar dan hebat. Yg kononnya pemimpin.
aku dah cakap...penyamun, penyangak, orang gila, jenayah...semuanya berpunca dari satu: duit...
duit jadi sesak sebab: inflasi..
inflasi terjadi sebab: perbelanjaan kurang daripada pendapatan...
belanja kurang dari dapat sebab: kos sara hidup naik 200%, tapi gaji naik <10%..
Ini ke masyarakat berpendapatan tinggi?
dulu aku respek dengan zeti BNM, sekarang aku rasa dia pun dah kena beli
ishh. kl lengang, tu makin diorng suka nak menyamun. adoiii.
takziah bro..hu3..bnyk2la bersabo yer...
xpelah..anggaplah tu rezeki die hehe
sungguh puitis luahan kemarahan lu~
keh keh keh!
sangat menyakitkan hati.. dia tak tahu kudrat yg dah kita tumpahkan utk beli semua tu...main rembat jer...moga2 cepat dapat balasan. kepada saudara marhaen, bersabar jer lah...
Post a Comment