di suatu hari
dalam hening rembang senja
seorang gadis indah paras
mencuri sorot pandang mataku
bagai ada cerita sebalik senyumnya
getar hati rasa terharu
melihat gadis bersama bapa tua
betapa aku merasa terpana
bapa gadis matanya buta
cahaya hanya kenal nama
sungguh gadis besar jasa
setia memimpin bapa tua
wahai gadis sungguh kau mulia
menjadi indera bapa yang buta
sana ke mari dipimpin bersama
kelak kau kan berbahagia
bakti budimu sebesar dunia
sungguh untung bapa tua
punya anak setia bersama
penyuluh jalan dunia yang gelita.
p/s: buat gadis dan bapa buta yang aku ketemu di stesen minyak Lavender Heights tempoh hari.
27 comments:
Meh sutera tolong sambung lagi..
Duhai anak gadis yang jelita,
Indah paras dan budi pekertinya,
Apa nama dan tinggal di mana?
Izinkan saya jalan bersama
Patutnya jang kuar yo keto pi tolong pimpin bapak dio..hiks
tak terlintas pulak di hati nak berkenalan masa tu..hehe..cuma saya merasa terharu melihat gadis tu sabar menanti bapanya yg solat di surau stesen minyak tu..selesai solat dia terus memimpin bapanya berjalan ke kereta..
itulah jalan mudah yang Allah berikan kepada sang gadis untuk ke syurga sebenarnya.
kita-kita ini,kalau berada di tempat si gadis itu,barangkali tidak semolek dia.
indah pekerti, indah bahasa
gadis dicari, di depan mata
lidah terpateri, tidak terkata
si gadis pergi, aku yang sajjjoooo...
chereta chenta :ya beruntung gadis itu..besar ganjaran baktinya.
april :kita tidak mungkin setabah dia..
cik li :hehehe..aku juga rasa yang sama ketika tu..
gadis sebiginilah yang sesuai dan layak dijadikan sebagai isteri buat jejaka2 di luar sana....
komen polapola 1: nape lu tak terus meminang gadis tuh? rugi.. rugi..! paling kurang, bg sebatang dua pen kilometrico sbg pembuka bicara...
komen polapola 2: seryes... nmpak smart blog ni... muhehehe~ combination colors memang cunn!
Kisah benar?
princess in fairyland :seeloknya begitulah..
pistachio :cuma ambil pengajaran bukan ambil kesempatan..hehe. .smart??..terima kasih.
gedek : ya.. kisah benar yang berlaku ahad lepas di stesen minyak lavender heights, senawang.
siapa siapa pun gadis ini
dia tetap akan kelihatan cantik
walau bagaimana saja rupanya
kerana dia punya
JIWA YG CANTIK
maka cantiklah semuanya
:)
bonekadalamchermin :itulah kecantikan abadi..pada jiwa dan bukan paras rupa.
sungguh bertuah dpt rasai pengalaman itu
mesti sgt terharu
tp lg bertuah klo dpt berkenalan kan..hehe
al :memang mengharukan..bab berkenalan tu..no komen..hehe
bertuahnya bapa yg ada anak cantik jelita luar dalam
dark half :sungguh..
semoga ia berbahagia dengan hatinya yang mulia...
berapa kerat dari kita mau merenung nasib mereka dari setakat merenung apa yang mereka perbuat...
ARGH ..KENAPA TAK AMBIK NO PONE SI JELITA
ghost writer :orang yang hatinya mulia selalunya kan berbahagia dunia dan akhirat..
brutalsolo :tak sempat nak mintak..hehe
Mungkin yg ko tengok itu betul..tapi ,kadangkala ramai gadis jelita hanye mnjadi ejen membawa seorang bapa tua yg buta utk menarik belas ehsan umum.....(itu pndangan aku..)psl pernah trkena...
kompem ke gadis itu anak si bapa buta itu?
hantu kak limah & qistina filzah: saya mendengar perbualan mereka di mana perempuan itu membahasakan dirinya dengan panggilan "adik' dan lelaki buta itu pula membahasakan dirinya dgn panggilan "abah "..mereka cuma singgah untuk menunaikan solat dan bukan untuk meminta sedekah kerana saya sendiri melihat anak gadisnya memimpin bapanya ke kereta..lagipun dia memandu kereta import berjenama keluaran baru..
owh..faham sudah...anak bongsu lelaki tu pempuan jelita tu ^^, nice scene...
best
wow!indahnya budi pekerti gadis ni....
klu ku ditempatnya mampu ku jd sebaik tu....
(--')
Post a Comment