aku merasakan alun-alun sebal menari dalam litar saraf otakku tatkala terbeban dalam dunia serba mahal ini.
mujurlah udara untuk kita bernafas masih dikira percuma dan belum diberi tanda harga oleh kapitalis dan sang penguasa.
syukurlah.
meskipun ada sedikit rasa mual memikir perihal helah manusia mencari untung laba .
segala seksa di galaskan pada bahu dan jemala kita-kita ini.
entahlah.
Nuffnang Ads
Sunday, 29 May 2011
manusia kian haloba mencari laba
Label:
jiwa kacau,
kongsi,
kosong
Wednesday, 18 May 2011
tanya
andaikan angin tiba-tiba berhenti bertiup dan bulan mentari saling bercakaran aturannya masihkah ada cinta kamu untuk aku atau kau biarkan saja aku termanggu sendiri mencari arah.
andaikan aku tidak lagi cocok untuk kamu adakah masih ada kenangan bersama yang kau simpan atau kau lempar jauh ingatanmu terhadapku.
andai aku tidak lagi bernyawa adakah kau titip doa dan taburan bunga di pusara atau kau lupa setelah kering hapus airmatamu.
andai kita tiada sejiwa lagi pengakhiran kisah ini adakah kau kan membenci selama hayat atau kau simpan belas ihsan untuk cinta yang datang kemudian.
aku cuma bertanya selayaknya kerana aku ingin tahu.

kawan-kawan.,
kosong
Monday, 9 May 2011
bilamana rasa telah hilang di bunuh masa
inderajiwa telah mati,
bila rasa telah hilang
layulah jiwa dalam belasungkawa
kala cinta masih mengintai
jauh di balik hijab dunia
mungkinkah kembara seusia kita
bakal ketemu wijya mala
agar rasa kembali bernyawa
setelah tumpas di bunuh masa
p/s: rasa itu masih aku cari dan selusuri mana hilangnya.
p/s: rasa itu masih aku cari dan selusuri mana hilangnya.
Label:
jiwa kacau,
kosong,
puisi
Tuesday, 3 May 2011
entahlah
Minggu panjang yang terasa kosong walhal aku punya banyak rencana yang tak terkejarkan.Urusan duniawi banyak merencatkan hal-hal batiniah yang langsung terabaikan.
Aku mula sakit di belenggu masa dan kesibukan.Cuti juga seolah langsung mencemburui pengisian kekosongan lantas lompong-lompong masa itu jadi sendat dengan riadah dan lagha yang mencemar minda aku untuk jadi manusia semula.
Adakah aku juga akan jadi seperti lain-lainnya yang lalai dan terus memberhalakan dunia.Kadangkala aku fikir begitu.
Agaknya begitulah.Mungkin aku perlu lebih rangsangan adrenalin untuk penguat tenaga dan mengurangkan nikotin agar darah merah jadi segar dari virus malas dan sel-sel kekecewaan perlu di gantikan baru dengan yang lebih berani dan berahi.
Ada yang bertanya kenapa aku jarang "mengupdate"lewat kebelakangan ini.
Inilah jawapannya.
Aku masih kurang masa senggang untuk memerah ilham dan kurang rasa untuk menulis kebelakangan ini.

malas nak menulis
Subscribe to:
Posts (Atom)