kala suram menyelubungi jiwa,
maka lontarkanlah diri ke alam seindah mimpi
terbang menuju ke langit tinggi
daerah pertapaan senyap sunyi
mulut diam memujuk hati
lalu berbicaralah bersama sekitar alam
bisikkan kata suci pada angin
berpesan kepada pohonan
seindahkata sehabisbicara berbahasa Tuhan
dan lunakkan hati yang kering tandus
bersama embun tangis penyesalan
ke alam indah penuh pengharapan
moga mansur menjadi nasir
menuju abadi mengenal Ihsan
Nuffnang Ads
Saturday, 26 March 2011
perihal memujuk jiwa mendamai hati
Label:
kawan-kawan.,
kongsi,
kosong,
puisi
Wednesday, 23 March 2011
untuk kawan-kawan
iwan fals adalah artis dari seberang yang menjadi kegemaran aku.
*aku dilanda mood malas menulis.
p/s: senyumlah kawan-kawan walaupun kita adalah insan yang terlupakan.
*aku dilanda mood malas menulis.
p/s: senyumlah kawan-kawan walaupun kita adalah insan yang terlupakan.
Label:
kawan-kawan.,
kongsi,
lagu kegemaran aku
Monday, 21 March 2011
diam
Bilamana alam menunjukkan kuasanya datang bersama gempa dan ombak besar menggulung manusia dan membadai kediaman.Ribuan nyawa terkorban.Kita semua tahu alam bertindak atas arahan Tuhan.
Ramai yang meratap sedih.
Tapi bilamana gerombolan angkatan perang membedil saudara-saudara kita di Libya,Bahrain,Iraq dan Afghanistan kita semua faham itu kerja manusia berhati setan.Bukan atas arahan Tuhan.
Yang di bedil di mamah peluru itu adalah manusia seperti kita juga.Saudara kita.
Yang di hirup darahnya itu juga manusia dan saudara kita juga.
Tapi berapa ramai yang merasa terkesan..
Mengapa diam.
*diam
p/s : Libya di serang gerombolan Setan awal pagi semalam.

jiwa kacau,
kongsi,
kosong
Sunday, 20 March 2011
konspirasi
akulah sang petualang
pembenci keamanan
akulah sang pendusta
seteru kebenaran
akulah sang pengganas
memperkosa keamanan
akulah sang antagonis
watak jalang
akulah sang dalang
perancang konspirasi songsang
p/s:kita mutakhir ini kian banyak di ajari tabii alam hasil dari tangan hitam kita sendiri.

pikirlah sendiri,
puisi
Thursday, 17 March 2011
siang malam dan hidup mati
siang mencari makna
malam mencari cahaya
mati semasa hidup
hidup sesudah mati
merangkak mengejar mimpi
berlari menghambat masa
jasad menunggu mati
batin menggengam janji
malam mencari cahaya
mati semasa hidup
hidup sesudah mati
merangkak mengejar mimpi
berlari menghambat masa
jasad menunggu mati
batin menggengam janji
Label:
jiwa kacau,
kawan-kawan.,
kongsi,
kosong,
puisi
Tuesday, 15 March 2011
yang tak terlupakan
Hitam.
Putih.
Berwarna-warni atau kelam suram.Itulah warna-warna kehidupan.Corak semalam adalah pengolah masa depan.
Putih.
Berwarna-warni atau kelam suram.Itulah warna-warna kehidupan.Corak semalam adalah pengolah masa depan.
Masa lalu ada ketikanya terlalu manis untuk di lupakan dan adakalanya terlalu pahit untuk di kenang.Aku,engkau dan semua kita-kita ini punya masa lampau dan sejarah.
Dan sepahit manapun untuk kita telan tetaplah hendaknya masa terus bergulir mengikut hukum alam.Tak terkurang atau terulang.
Sekuat manapun kita ini bilamana ada ketika yang mencengkam perasaan dan merejam dinding-dinding perwatakan lantas kita menyerah tak melawan.
Kita akan terus lemah tak berdaya tuk bertahan.Namun harus di ingat bahawa putaran masa itu saksama dan tetap atas setiap manusia.Sentiasa setiap dari kita ini ada yang riang gembira dan ada yang berduka.Begitu juga sebaliknya bilamana kita gembira ada pula yang menderita.
Adil bukan.Semua pun merasa pahit manisnya selama di dunia.
Aku juga seperti kamu punya masa-masa yang tak terlupakan.Saat-saat indah dan saat-saat kelam.
Begitulah kita ini manusia yang harus akur dengan ketentuan.
Jadi mengapa harus bersedih dan bungkam?
Masa lalu nan pahit jangan di kenang dan masa yang terindah kita simpan kemas dalam ingatan.
Bukankah begitu akan buat kita lebih tenang..
Walaupun banyak antara masa-masa itu adalah yang tak terlupakan.
*kamu,kamu dan kamu.! jangan bersedih dan senyumlah pada seisi alam.
ayuh teruskan perjalanan.
Label:
kawan-kawan.,
kongsi,
kosong
Monday, 14 March 2011
Al Fatihah dan Tok Guru
"Rul !Aku tengok muka kau macam kelat je..ada masalah?" tanya seorang kawan.
"Tak "kata aku berselindung.
"Kalau ada masalah,besar atau kecil amalkan apa yang arwah Tok Guru pesan." "Bacalah dengan yakin dan sepenuh hati." sambung kawan tadi.
"Baca apa? arwah Tok Guru? aku bertanya lanjut takut tersalah meneka.
"Kau pun tahu kan?Dulu kau jugak yang selalu nasihat kan aku supaya amalkan "katanya.
Sedang aku berkira-kira dan menguis kotak fikiran aku tentang amanat arwah Tok Guru yang sebahagiannya aku lupa si kawan tadi menyambung.
"Baca Al-Fatihah..tu kan surah Pembukaan dan yang paling utama.Pembuka bagi segala kunci dan Pembuka jalan bagi apa jua keadaan " sambungnya.
Aku merasa terpukul dan sebak sebaik terdengar perkataan Al-Fatihah dan nama arwah Tok Guru.
Aku lupa pada semua itu dan aku lupa pada "Pembuka "bagi segala kunci dan masalah.Aku lupa pada Tok Guru.
Petang itu sewaktu dalam perjalanan pulang ke kota yang menghanyutkan ini,aku terpandang sebuah kubur bersebelahan masjid.Itulah kubur arwah Tok Guru.
Hati aku di banjiri rasa sesal.
Sedih dan pedih.
Al-Fatihah buat Tok Guru.

kongsi
Sunday, 13 March 2011
kalaulah mak tahu
"Bilo kau nak kahwin? Kawan-kawan sebayo kau semuo dah kahwin dan ado yang dah beranak-pinak.."itulah soalan beracun dari mak aku tak berapa lama dulu..
Aku cuma mampu senyum dan tersengih.Macam biasa bila aku terpaku dengan apa-apa keadaan yang tidak memungkinkan aku berfikir akan jawapannya.
Namun jauh di sudut hati aku.Aku berkata kalaulah mak tahu..
Anak mak ini tidak berduit dan tidak mungkin ada perempuan yang ingin berdampingan.Badanku sendiri kurus kering dan belum mampu menanggung makan anak bini.
Anak mak ini kurang paras rupa dan mana mungkin ada perempuan sudi memandang.Anak mak ini juga sering silap tingkah dan buruk laku..perempuan akan cepat jemu.
Anak mak ini hujung minggunya sering pulang ke kampung dan tiada masa berjanji temu segala.Kalau anak mak ini bercinta takut nanti tiada masa pula pulang menjenguk.
Setiap kali mak ajukan pertanyaan itu anak mak ini cuma mampu tersenyum.
Senyum paksa yang nampak manis di luar namun rasa pahit dan kelat di dalam.
p/s: Selamat Pengantin Baru buat kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan hari ini dan akan datang.

Thursday, 10 March 2011
malam kasmaran
kala malam melontarkan rasa
titip angin membisik
enigma membongkar rahsia
antara kelam antara nyata
membangkit ghairah seisi buana
lalu pesanku pada malaikat pagi
bangkitkan aku sebelum dinihari
andai mimpi ini terlalu membelaiku
lantas terlena dalam indah kasmaran
semoga aku ketemu mentari.
titip angin membisik
enigma membongkar rahsia
antara kelam antara nyata
membangkit ghairah seisi buana
lalu pesanku pada malaikat pagi
bangkitkan aku sebelum dinihari
andai mimpi ini terlalu membelaiku
lantas terlena dalam indah kasmaran
semoga aku ketemu mentari.
Label:
kawan-kawan.,
kongsi,
puisi
Monday, 7 March 2011
maafkan aku kawan-kawan
Minggu yang agak sibuk bagi aku.Bertukar ke bahagian baru meskipun di bangunan sama cuma berbeza aras.Masih dalam proses penyesuaian.Maklumlah tempat baru.
Jadi beginilah.Aku tak punya cukup masa untuk mengupdate blog ni kerana aku mahu mengutamakan kerja yang agak memeningkan dahulu dan mempersiapkan diri untuk menghadapi semua tu pada hari-hari yang mendatang.
Aku perlu fokus.Akan aku nukilkan apa-apa bahan untuk kawan-kawan selepas aku cukup rehat dan menghela nafas lega.Kalian juga pernah ada situasi sebegini kan?
Jadi maaflah kalau tak berkesempatan berkunjung ke ruangan blog kamu dan membalas setiap komen dari kamu semua yang hadir berziarah ke sini.Aku akan cuba mengemaskini sekerap mungkin yang boleh kiranya ada kesempatan. (InsyaAllah )
Aku tahu kawan-kawan faham.Kalau buat-buat faham pun tak mengapa.
Asalkan kalian masih sudi berkunjung dan mewarnai hitam putih coretan blog daif ini.
p/s :aku akan cuba curi masa.

Thursday, 3 March 2011
aku rindu ingin pulang
sepanjang perjalanan
masihkah ada bekalan bersisa
atau habis di tengah kembara
masihkah boleh di makan
atau basi dek usang masa
manakah kaki ingin melanglah
jauh sudah tersesat jalan
kerna lupa arah tempat bermula
siang dan malam seakan sama
kiranya mentari di sangka bulan
ingatkan aku andai terlupa
pada janji sebelum terpisah
kiranya aku kini
merintis jalan ingin pulang
setelah bertahun rindu dendam
hati sarat menahan bungkam
andai cintaku terlalu kurang
setelah hanyut tenggelam
dalam arus pusaran dunia
dan di terbangkan angin curang
atau hilang tercicir sepanjang jalan.
masihkah ada bekalan bersisa
atau habis di tengah kembara
masihkah boleh di makan
atau basi dek usang masa
manakah kaki ingin melanglah
jauh sudah tersesat jalan
kerna lupa arah tempat bermula
siang dan malam seakan sama
kiranya mentari di sangka bulan
ingatkan aku andai terlupa
pada janji sebelum terpisah
kiranya aku kini
merintis jalan ingin pulang
setelah bertahun rindu dendam
hati sarat menahan bungkam
andai cintaku terlalu kurang
setelah hanyut tenggelam
dalam arus pusaran dunia
dan di terbangkan angin curang
atau hilang tercicir sepanjang jalan.
Tuesday, 1 March 2011
aku tak faham perempuan
perempuan
p/s: perempuan memang mudah menangis
andai kau bersedih
lepaslah esak tangis
dan segala duka
beban resah merengsa jiwa
ke bahuku
lontarkan kecewamu ke cuping telingaku
agarku faham misterius
jiwa perempuanmu.
p/s: perempuan memang mudah menangis
Label:
puisi
Subscribe to:
Posts (Atom)