tag:blogger.com,1999:blog-42471164650688449372024-03-14T11:53:44.768+08:00Marhaenonymous"senandika lelaki kelas bawahan"Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.comBlogger123125tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-12924393263762586242020-07-10T00:00:00.000+08:002020-07-12T09:48:57.307+08:00Hilang

aku lama hilang

lupa indahnya baqa'

lara pada pesona fana'

aku lama hilang

lupa indahnya ikhsan

dibuai lalai indahnya angan

aku lama hilang

lupa pada kasihnya Tuhan

sedangku mengharap setianya insan

aku lama hilang

lupa jalan pulang

sedang Tuhan menjemputku datang

aku lama hilang

pahit hitam ku peluk pejam

sedang putih selimutku kian usang

Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-7944819037583027772014-03-25T15:01:00.000+08:002014-03-25T15:05:38.499+08:00MH 370 Dalam Kenangandalam sedetik,

masa seakan terhenti berputar,

saat kalam Tuhan menuliskan,

tinta-tinta mencatat penyudahan terakhir sebuah perjalanan,

demikian juga berakhirlah satu penantian

penuh pengharapan kami,

jutaan yang menanti

penuh penyerahan..

MH370 tetap dalam ingatan,

impian sepenuh pengharapan,

walau lebur menjadi debu-debu kenangan,

tiadalah sekali akan dilupa,

tiap ingatan dititip doa,

demikianlah kudrat-Mu Tuhan

tiadalah mampu kami merubah,

hanya pada-Mu kami berserah,

selayaknya tempat kembali.

Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-71338688819121405042013-09-28T00:11:00.000+08:002013-09-28T00:15:43.162+08:00Negaraku Hari Ininegaraku hari ini,

serba serbi nya naik,

negaraku hari ini,

serba-serbi nya pelik,

negaraku hari ini,

serba-serbi nya serik,

negaraku hari ini,

sana-sini fasik,

negaraku hari ini,

masih tak serik-serik.

Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-19887946586836513972013-02-07T00:19:00.001+08:002013-09-28T00:16:28.761+08:00cinta,air dan udarajadikanlah cinta yang kau sanjung itu

ibaratnya udara yang kau hela tiap masa dan ketika

walau dimana jua berada mengisi rongga nafas hayatmu.

dan janganlah,

sesekali kau ibaratkan cinta itu

umpama air yang kau hirup cuma hanya sekadar pelepas dahaga

tapi,

terpulanglah kalian fikirkan

cinta itu luas isinya

cinta kepada Yang Esa,

cinta kepada bangsa dan negara atau sekalipun cinta sesama manusia

letakkanlah selayaknya

cinta itu bagi kamu

air atau udara.

p/s ; selamat tahun duaributigabelas walau sudah jauh terkehadapan

Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-70205596709453190572012-11-19T23:28:00.000+08:002012-11-19T23:34:42.432+08:00Gaza (siapa peduli )peluru-peluru berapi menghujani

yang dimuntahkan senjata nafsu amarah sang laknatullah

lantas bumi suci ini kembali basah bermandi darah

namun resah,esak tangis kami-kami ini

hanyalah bahan tontonan

esok lusa di catat sejarah

dimanakah ayah dan ibu

dimanakah saudara sepermainan kami

baru sebentar tadi kami bermesra

baru usai tadi kami berceritera

tentang impian aman

entah bila

bagaimanakah tidur kami malam ini

bila tiada lagi dodoi ibu meriba kami

bila tiada lagi ayah berkisah cerita

betapa bumi ini dulunya pusaka agama

wajar dipertahan berganti nyawa

ayah pernah bercerita

manusia seagama itu bersaudara

tanah ini juga milik bersama

tapi kami masih anak-anakan kurang mengerti

kerna hingga ke saat begini

kami masih sendiri.

Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-77282930355002722592012-09-24T22:50:00.000+08:002013-09-30T10:23:21.413+08:00jalangaku manusia jalang

tak di seru aku datang

aku manusia jalang

bila di undang

aku hilang

aku manusia jalang

orang menjulang

aku menentang.

Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-20814496734586544602012-07-28T00:06:00.001+08:002012-07-28T00:35:23.266+08:00Kita kalah atau kita menang.

Alhamdulillah.

Kembali berhasil menjengah ke lapangan menulis tempat menumpah rasa.Lama juga tiada sebarang perkhabaran yang mampu aku coret di sini lantaran kesibukan menempel di lain ruangan santai alam maya.Twitter misalnya.

Lihatlah di sisi blog ini juga telah aku tempel medium bicara kicauan mengarutku.

Begini.

Sebenarnya aku pun terpanggil malam ini untuk menulis di blog kusam lagi bersawang ini pun hanya kerana suatu suasana yang menggangu rasa dan menghibakan jiwa aku tatkala kita di sini berhadapan cabaran kecil berpuasa yang di rasakan cukup payah untuk di laksanakan.

Masih jauh lagi rasanya penghayatan kau,aku dan kita-kita semua ini tentang realiti menghargai nyawa dan rasa sayang sesama manusia.

Itulah antara tujuannya dianjurkan puasa selain menilai sejauh mana kekuatan dalaman bernama iman.

Supaya kau aku atau kita-kita semua ini lebih faham erti derita dan rasa syukur sebesar mana.

Bukankah begitu.?

Terpulang jika mahu setuju atau bangkang lalu ingin menunjal kepalaku.

Kita rasa terseksa menahan lapar dahaga sedangkan saudara mara kita di lain-lain negara dan benua terseksa menahan amarah dan berhabisan mempertahan agama dan mempertaruh nyawa.

Syria misalnya dan terbaru penderitaan muslimin Rohingya di Myanmar yang berdepan pembantaian berleluasa.

Sedihkah atau baca dan lihat sekadar mengambil tahu itu terpulang kamu untuk apa yang akan kamu iktibarkan pada diri sendiri.Andaikan kita-kita ini ada merasa bersama-sama penderitaan mereka itu.

Cukuplah membayangkan begitu saja.

Entahlah.

Dalam nyaman suasana dengan meriahnya makanan berbuka menjamu nafsu,aku sendiri tidak rasa aku mampu berhadapan dugaan sebesar itu.

Kita disini sering saja tewas dengan juadah yang menggoda mata dan selera

Selamat menjalani ibadah Ramadhan kawan-kawan.

Harapnya masih ada kemenangan untuk kita rai nanti.

Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-45875278157003795932012-04-08T01:18:00.000+08:002012-04-08T01:18:29.892+08:00Tanya pada malam
Oh malam<o:p></o:p>

Tidakkah kau bersimpati pada insan –insan sepi<o:p></o:p>

Oh malam<o:p></o:p>

Tidakkah kau kasihan pada anak gelandangan kelaparan menunggu siang<o:p></o:p>

Oh malam<o:p></o:p>

Tidak cukupkah kau dodoikan pembesar buncit perutnya kenyang<o:p></o:p>

Oh malam<o:p></o:p>

Apakah saksimu pada abid memuji Tuhan<o:p></o:p>

Oh malam<o:p></o:p>

Di manakah sembunyi mentari tadi siang<o:p></o:p>

Oh malam<o:p></o:p>

Jawablah pertanyaanku

sebelum aku hilang kau telan.

<o:p></o:p>
Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-88129221259124884722012-03-26T09:35:00.000+08:002012-03-26T09:35:32.136+08:00senyuman itu cantik dan cantik itu adalah senyumanKalau di tanya pada aku cantik itu bagaimana pasti jawapan yang korang terima takkan sama macam yang di jawab manusia lainnya.Aku rasa aku manusia pelik.

Aku tidak tahu menilai cantik.

Aku tidak tahu mana yang jelik dan apa yang aku tahu aku saja yang pelik.

Pelik bukan?

Bagi aku cantik manusia itu pada senyuman.Tak kisahlah senyum kecil atau senyum lebar.

Senyum manusia kecil atau senyum manusia besar.

Senyum itu indah dan sedekah.

Manusia yang sering tersenyum itu kan manusia yang nampak ikhlas bila terlihat pada zahir wajahnya.

Indah bukan?

Rupa sering menipu namun senyum ikhlas datang dari hati.

Walau senyum selalu menyembunyi kesumat atau jiwa berduka.

Asalkan senyum saja sudah nampak manis biarlah wajah kurang menarik atau tak sekacak mana.

Senyum itu universal.

Senyum itu percuma dan mengindah rupa.

Senyuman itu cantik dan cantik itu adalah senyuman.

Tak percaya?

Lihatlah cermin dan senyum sendiri.

Apa rasanya?Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-26948866784539924372012-03-18T11:58:00.001+08:002012-03-18T12:01:14.624+08:00KL-Putrajaya-Banting-KLAku nyalakan sebatang rokok.Pekat malam beraroma nikotin segar.

Insan di sebelahku aku kerling dengan hujung mata.

Sipi-sipi.

Aku tau dia tak selesa.Batuk-batuk kecil kedengaran.Jalan di hadapan kelihatan kenderaan beratur panjang.

Ada kemalangan agaknya.

Tingkap kereta aku buka luas-luas.Biar asap sigar berputar terus keluar.

Jam di tangan hampir menunjuk jarum tengah malam sedang kami masih atas jalan.

Maaflah sayang.

Aku sering tersalah jalan terlepas simpang.

Namun untungnya kita masih tahu jalan pulang.Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com12tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-21852009779358584482012-03-07T12:36:00.000+08:002012-03-07T12:36:09.691+08:00kamu itu bintang yang terangAda masanya aku suka mengira masa yang sudah lepas terkebelakangkan.Cukup buat peringatan pada diri sendiri apa adanya cabaran yang telah di lalui dan boleh pula memandang kira berapa banyak parut luka.

Kira jua banyak mana piala jadi juara.

Dulu aku juga fikir bintang itu ada banyak.Mungkin beribu atau jutaan barangkali.Agaknyalah.

Tapi itu dulu-dulu.Cerita lama.

Mungkin dulu aku kurang mengira dan kurang mahir berkira-kira rasanya.

Kerana aku tetap keliru kiraan selama ini telah silap.

Baru sekarang aku tahu bahawa bintang itu zahirnya hanya satu.

Itulah "kamu".

Masih lagi akan aku tersenyum setelah aku congak tolak tambah bahagi hanya "kamu ' yang terang benderang .

Kali ini tak akan silap lagi rasanya perkiraan aku.

Harap-harapnya.

Mudah-mudahan dengan izin Tuhan.Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com8tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-41482405350014239762012-01-09T22:08:00.000+08:002012-01-09T22:08:23.414+08:00maaflahKiranya ada antara sifat dulu aku yang dah berubah aku mohon maaf.Mungkin kamu tersedar dan terperasankan semua itu.

Maaflah.

Mungkin perubahan aku terdorong oleh keburukan masa lalu.Mungkin juga perubahan ke arah yang lebih baik.

Hanya sedikit agaknya.

Aku bukan manusia suci.

Maaflah kawan-kawan.

Andai saja aku sudah berubah dan dingin.Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-68952115606924160382011-12-08T16:40:00.000+08:002011-12-08T16:40:28.032+08:00tak pernah adalangit menghitam warnanya

aku ingin calitkan jalur-jalur berwarna

yang kau ungkap pelangi namanya

dan pabila angin berhembus

inginku renjis wangian seharum kemboja

bagai temasya musim bunga

tapi aku bukan siapa-siapa

teruslah semua

seperti aku tiada

kalau kau lewat tugu-tugu cinta

satu darinya tertera namaku

yang terkorban dalam hatimu

kerna aku bukan siapa-siapa

teruslah hidupmu

seperti aku tak pernah ada.Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com27tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-26581220677978930462011-12-01T23:31:00.004+08:002011-12-02T00:09:06.354+08:00hujanMelihat pada titisan hujan yang meluncur laju di cucuran atap tika hujan lebat pasti buat kita merasakan ingin kembali pada zaman kecil.Bilamana hujan lebat membasahi bumi dan saat itulah kita berlarian menikmatinya titisan demi titisan.

Tiadalah lagi saat indah itu akan berulang.Kini menginjak usia dewasa dan terhumban ke lembah ini aku sudah tak tegal lagi menahan bisa racun ancaman hujan.

Kata mereka hujan itu berasid.Sekarang mungkin iya.

Jangan mengeluh andai tak lagi tega menikmatinya.Kerana bisa racun itu terhasil dari rencana tangan kita sendiri.Sekurang-kurangnya masih ada rahmat yang Tuhan berikan.

Sekarang musim hujan tiba lagi.Aku hanya mampu menikmatinya sambil menghirup teh tarik dan menyelami seni irama nyanyiannya dari jendela.

Bunyinya asyik tapi syahdu.

Andai kita bisa mampu dengar dan selami tangisannya.

Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com21tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-2953712890933557292011-11-09T10:58:00.001+08:002011-11-09T11:40:01.342+08:00songsangEntah apakah kegilaan yang merasuk jiwa-jiwa manusia sekitar dunia hari ini.Kian kita berasakan tidak lagi punya maruah sebagai manusia pabila perihal kemanusiaan makin tipis lantas kebinatangan di rasakan lebih sesuai bagi gambaran perlakuan manusia itu sendirinya.

Cukup janggal rasanya bila memperkatakan tentang iman kiranya manusia keliling dewasa ini lebih suka bercerita perihal mengaibkan dari berbincang dan meneleku kekurangan diri.

Yang kedengaran hanyalah suara-suara sumbang yang lantang kononnya memperjuangkan hak-hak minoriti mereka yang songsang dan tercela perilakunya.

Bodoh.!!!!
Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-11704517343874517802011-10-13T23:52:00.002+08:002011-10-14T00:17:35.162+08:00kisah sang pria bodoh dan sang dewi pencinta sejati

Sang Dewi hatinya mudah tersentuh namun Sang Pria pula adakalanya memang bodoh.

Sememangnya bodoh dan dangkal akal fikir serta sering saja lepas laku.

Namun pastinya kasih sayang terhadap Sang Dewi tetap ada.Harapnya Dewi juga begitu kerana adakalanya pergeseran kata-kata itu suatu proses mematangkan perhubungan.

Kata oranglah.

Aku tidak tahu kerana aku sendiri tidak punya apa-apa ilmu cinta jesteru aku tentu saja sebodoh Sang Pria yang layaknya hanya menjadi penyendal alam dan pelengkap kisah kasih sayang dalam drama cinta manusia lainnya.

Dan sebenarnya aku juga seringkali memperbodohkan diri sendiri dan melukakan pula hati Sang Dewi yang punya cinta tulus.

Aku manusia bodoh.

Sang Dewi pula pencinta sejati cuma aku saja buta dalam mengenal makrifat kasih sayangnya.

p/s:kalau saja mulut sering bicara cinta jangan pula mulut juga yang memula sengketa yang mencarik luka hatinya Dewi..ingatlah itu wahai pria bodoh!!Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com11tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-32406074754188732782011-10-10T10:49:00.001+08:002011-10-10T10:52:02.757+08:00untuk Sang DewiMinggu yang singkat untuk cerita yang panjang.

Hilang dalam keberadaan.

Masih ada sebenarnya.

Hanyut seketika.Terhijab hilang sebentar dalam pelukan sayap wangi sang Dewi.Ah.Asyiknya perasaan di buai haruman wangian cinta yang terhambur dari nafas kata-kata Sang Dewi.Kata-kata penuh pengharapan bernafas berahi.

Namun kini Sang Dewi kembali terbang pulang ke kayangan membiarkan aku terkantuk seorang menghela udara berbaur rindu.

Oh Sang Dewi.

Moga kan ada lagi temasya cinta dalam musim bunga-bunga jiwa akan datang.

Terima kasih dewi.
Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com22tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-72881101421246440682011-09-26T09:00:00.003+08:002011-09-26T11:19:06.799+08:00lukamu hanya sedikitada seorang kawan yang katanya

hatinya sedang luka

di dalam bernanah penyakit cinta

kataku sakitmu hanya sedikit

sedang dunia sekadar transit

untuk kau lihat kisah kelilingmu

di sudut lain coba kau lihat

lasykar pulang perang

jasadnya luka berdarah

dan jiwanya lebih parah

setelah ratusan tahun kini

tiada pernah dia menang melawan sang bedebah

kiranya negeri tak pernah di jajah

dan sejarah telah berubah.

kataku

lukamu hanya sedikit.Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com17tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-65156153875681847772011-09-24T00:49:00.001+08:002011-09-24T00:54:54.295+08:00andainya masih adaoh kekasih

andainya masih ada

belas ihsan cintamu

izinlah aku menagih walau secangkir

andainya masih ada

ingatan sayang terhadapku

janganlah pernah mungkir

andainya masih ada

ruang sejengkal disisimu

izinkan terus diriku hadir

andainya masih ada

ingatan terhadapku

kenanglah semua itu selalu.

p/s : untuk kawan-kawan yang punya KekasihMarhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com14tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-85432561834929115422011-08-30T00:57:00.002+08:002011-08-30T01:04:22.947+08:00Perutusan Zahir BatinDi kesempatan ini tiada lain yang ingin di ku khabarkan kecuali ingin sekali ku titipkan perutusan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kalian.

Moga hari Raya kali ini kita beroleh kemenangan dalam ertikata sebenarnya.

Aku bermohon maaf atas segala keterlanjuran aku selama ini.

Di akhir kata aku sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Aku bermohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.Maafkanlah lahir batin kiranya ada terlanjur kata,tersilap kata mahupun terkasar bahasa yang ada membuatkan kalian tersinggung rasa kerana aku hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari noda dan dosa.

Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-47857309428014151592011-08-14T03:09:00.000+08:002011-08-14T03:09:21.679+08:00masa-masa yang terlepaskanAlangkah ruginya.

Baru sekarang aku terfikir sedangkan sudah lama berulangkali di peringatkan.

Diam.

Termenung sejenak.

Fikir dalam-dalam.

Sesal,sebak dan risau bercampur baur bilamana akal mencerna dan bayangan yang terkisahkan dalam kotak mindaku seputarnya memainkan masa-masa yang terlepaskan.

Bodoh.

Menyesal mengherdik diri.

Rugi.

"Sepanjang hayat ini sebenarnya kita cuma ada satu hari saja"

"Semalam sudah berlalu"

"Esok belum pasti".Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com37tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-65494282013057746362011-08-05T11:58:00.003+08:002011-08-06T00:24:55.839+08:00kisah yang terlupakan
garis-garis masa

kisah kita

berbekas parut luka

ada tawa suka walau sebenarnya

aku adalah yang mudah di terlupakan

rajukku semalam

merengsa jiwa

oh Tuhan

renggutlah nyawaku sekelip pejam

aku tak ingin mati perlahan

Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com33tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-20816351385482353092011-07-21T23:29:00.002+08:002011-07-21T23:35:20.611+08:00bebelan kosongLewat kebelakangan ini aku rasa dunia makin tua dan penuh berantakan.

Lihatlah.

Lihatlah keliling dan hadamkan apa permasalahan yang tergambar di fikiran setelah akal waras mencerna hadam melalui pandangan mata.

Tentu saja kalian juga bingung kerana manusia seperti kita-kita ini tidak pernah surut dalam hidupnya membikin onar dan merosak warna putih corak batiniah dirinya sendiri.Mahukah kita jadi sebahagian kerosakan dan cacamerba yang mengatur kemusnahan di muka bumi sekaligus melenyapkan peradaban kemanusiaan yang menuntut segala kebaikan dan sejahtera.

Kita-kita ini seringkali jadi mangsa percaturan manusia lainnya yang mendabik dada angkuh dan penuh ujub akan kebijaksanaan memanipulasi kelemahan manusia lainnya khususnya yang lemah seperti kita-kita ini.

Dan begitu pula entah di mana silap dan bodohnya kita-kita ini seolah-olah telah ada rencana minda di kepala yang mengiyakan segala bentuk kerosakan itu.Kerosakan halus yang luarannya indah namun berselaput lumut hitam berselut noda yang mencemar minda kepala dan jiwa.

Sedarlah.

Aku berpesan pada diri sendiri dan lainnya agar sama-sama menilai kelemahan diri dan saling pula hendaknya kita-kita ini berkasih-sayang dan memperkuatkan antara satu sama-lain.

Kerana manusia itu takkan sesekali pernah merasa puas dengan apa yang ada.

Kalaulah syukur itu ada walaupun sedikit maka tiadalah kerosakan dan peperangan yang terhasil dari tangan atau lidahnya.

Aku cuma bermonolog.

Lebih kepada bebelan kosong sebenarnya.

Kerana bagi aku dunia adalah tempat menyebarkan cinta,mengumpul amal pahala dan bukan mengatur sengketa celaka.Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com36tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-50689627438086977552011-07-08T23:57:00.004+08:002011-07-09T00:13:56.771+08:00sejuta salutduhai kawan,

janganlah kita-kita ini begitu cepat merasa suka,

musim temasya belum bermula,

baru menapak langkah pertama,

sedang impian jauh dari nyata,

kerana ada mata yang curiga,

di dalam hati merasa iri,

sentiasalah mereka ingin mencerca mendatang bencana,

hingga seorang tua dan puisi dikata mengancam nyawa.

p/s: aku dedikasikan pada kawan-kawan dan sejuta salutku untuk  Pak Samad Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com28tag:blogger.com,1999:blog-4247116465068844937.post-41664890858662758312011-06-27T00:15:00.002+08:002011-06-27T00:18:04.769+08:00nota dari lorongSeorang anak muda berteleku mindanya dalam suatu keheningan malam sunyi.Seputar fikir akal cetek ligat memerhati dunia kelilingnya.Ditangan menyepit sumber selera nikotin dan di sebelah tangan lagi sebatang pena dan buku kecil pencatat nota lusuh hidupnya.

Siang di sini hingar-bingar tingkah kelaku manusia,malam pula hanya hanyir bau badan bermandi lelah siang hari tadi.Akal muda dan mentahnya menafsir ada semacam kegilaan di tengah-tengah daerah kota batu ini.

Anak muda itu pernah ingin lari jauh namun langkah kaki longlai bagai tak terhayunkan.Dan kini dia kembali berlari-lari anak mengejar angan di tengah runtuhan puing-puing moral bangsanya.

Hanya satu perkara terselit di mindanya tika itu.Lalu berkatalah hatinya kepada sekitar batuan pejal beracuan tamadun atas runtuhan kemanusiaan itu.

"Aku tidak datang kepadamu untuk sujud dan memberhalakan kemewahan darimu,aku kembali kerana ingin menuntut bahagianku yang tersimpan dalam khazanah di gedung-gedung di sekitarmu"Marhaenonymoushttp://www.blogger.com/profile/03562092914987500133noreply@blogger.com17