Nuffnang Ads

Thursday, 7 February 2013

cinta,air dan udara

jadikanlah cinta yang kau sanjung itu
ibaratnya udara yang kau hela tiap masa dan ketika
walau dimana jua berada mengisi rongga nafas hayatmu.

dan janganlah,

sesekali kau ibaratkan cinta itu
umpama air yang kau hirup cuma hanya sekadar pelepas dahaga

tapi,

terpulanglah kalian fikirkan
cinta itu luas isinya
cinta kepada Yang Esa,
cinta kepada bangsa dan negara atau sekalipun cinta sesama manusia

letakkanlah selayaknya
cinta itu bagi kamu


air atau udara.


p/s ; selamat tahun duaributigabelas walau sudah jauh terkehadapan



3 comments:

ana said...

segala cinta asalnya dari surga, ditabur Tuhan dari langit untuk manusia. bangsa manusia menyambut di bawah..ada yang peroleh segengam..ada yang cakau sepemeluk.

kadang cinta yang terlalu mewah membunuh manusia menjadi kaya syukur yang miskin.

selamat tahun baru, sudah lama tidak membaca karyamu yang indah..:)

catherine- said...

di sini


























































































































ada yang rindu

hanaahmad said...

selamat. semoga bahagia terus mengiringmu.