Nuffnang Ads

Sunday, 8 April 2012

Tanya pada malam

Oh malam
Tidakkah kau bersimpati pada insan –insan sepi
Oh malam
Tidakkah kau kasihan pada anak gelandangan kelaparan menunggu siang
Oh malam
Tidak cukupkah kau dodoikan pembesar buncit perutnya kenyang
Oh malam
Apakah saksimu pada abid memuji Tuhan
Oh malam
Di manakah sembunyi mentari tadi siang
Oh malam
Jawablah pertanyaanku
sebelum aku hilang kau telan.

12 comments:

Waqheh said...

oh siapakah yg datang bersama malam..yg memuramkan wajah siang hariku....

malam...tiap kali ku pandang semalam aaaammmmmm

ahmadnasaiemdnor said...

malam tetap sembunyi bilamana sang siang datang bertamu.

MyHeart said...

lalu jawab malam : tidurlah jangan banyak berfikir dan bertanya...aku dijadikan gelap agar kau dapat berehat. :)

hanaahmad said...

Oh malam
kasihanilah aku yang sering hilang dalam kegelapan.

Taiko Chengs said...

malam yang durjana
benci aku bukan malam...tapi sebaliknya.

Ninaaa said...

Malam suram itu kdg2 jd peneman org yg sepi.

Ayyza said...

Malamlah yang menjadi peneman setia aku malah dialah salah satu yang memahami.

epilesosis said...

malam tetap terus ada, selagi siang belum dimatikan Tuhan.

Oh malam, aku lelaki yqng sering dirapuhkan..

Chereta Chenta said...

aku suka

.::syifa::. said...

Malam tenggelam bersama tangisan sepi

Fel said...

Aku adalah salah seorang insan sepi itu.

SaddLone said...

selamat malam wehh!