Nuffnang Ads

Sunday, 18 March 2012

KL-Putrajaya-Banting-KL

Aku nyalakan sebatang rokok.Pekat malam beraroma nikotin segar.
Insan di sebelahku aku kerling dengan hujung mata.
Sipi-sipi.
Aku tau dia tak selesa.Batuk-batuk kecil kedengaran.Jalan di hadapan kelihatan kenderaan beratur panjang.
Ada kemalangan agaknya.
Tingkap kereta aku buka luas-luas.Biar asap sigar  berputar terus keluar.
Jam di tangan hampir menunjuk jarum tengah malam sedang kami masih atas jalan.

Maaflah sayang.
Aku sering tersalah jalan terlepas simpang.
Namun untungnya kita masih tahu jalan pulang.

12 comments:

una berry said...

woh, macam mana boleh sampai banting tu?

Pena Marhaen said...

jalan-jalan jumpa kawan..hehe

jhnrdzi said...

sesat letteww

jhnrdzi said...

sesat letteww

nyanyisunyi said...

kalau tak hisap rokok pasti udara dalam kereta lebih segar kan...:)

april said...

haha.kesian org sebelah..lemas asap rokok

Taiko Chengs said...

seronok naik belon??

RastaMat said...

lain kali suruh orang sebelah hisap rokok sekali..
hahaha

hanaahmad said...

selalunya kalau hati sedang dibajai cinta. masa yang ada memang sengaja dilewat-lewatkan. iya kan? :)

Larasephia said...

komen april tu macam redha je? :p

aku rasa orang sebelah tu saja buat2 tak tahu yang korang dah sesat. Bak kata Hana, bila hati tengah berbunga, jalan panjang mana pun ditempa.

ghost writer said...

haha.. aku biasanya kalau sudah tersilap jalan, diam manjang dan buat tuli.

ahmadnasaiemdnor said...

sesat itu biasa. moga sempat pulang.