Nuffnang Ads

Wednesday 7 March 2012

kamu itu bintang yang terang

Ada masanya aku suka mengira masa yang sudah lepas terkebelakangkan.Cukup buat peringatan pada diri sendiri apa adanya cabaran yang telah di lalui dan boleh pula memandang kira berapa banyak parut luka.
Kira jua banyak mana piala jadi juara.

Dulu aku juga fikir bintang itu ada banyak.Mungkin beribu atau jutaan barangkali.Agaknyalah.
Tapi itu dulu-dulu.Cerita lama.

Mungkin dulu aku kurang mengira dan kurang mahir berkira-kira rasanya.
Kerana aku tetap keliru kiraan selama ini telah silap.

Baru sekarang aku tahu bahawa bintang itu zahirnya hanya satu.

Itulah "kamu".
Masih lagi akan aku tersenyum setelah aku congak tolak tambah bahagi hanya "kamu ' yang terang benderang .
Kali ini tak akan silap lagi rasanya perkiraan aku.
Harap-harapnya.
Mudah-mudahan dengan izin Tuhan.

8 comments:

ghost said...

do something dengan 'bintang' kamu tuh, bro. Jangan sampai kehilangan.

sea_lavender said...

moga Allah permudahkn sgalanya~~

pepol said...

moga segalanya berjalan lancar

Sutera_suci said...

Akhirnya..

Selamat pengantin baru in advance *aci tak nak wish awal-awal?

Marhaenonymous said...

ghost writer: tolong doakan agar bintang itu sentiasa bersinar ophan..

sea lavender: aminn..

Marhaenonymous said...

pepol: insyaallah..harap-harap begitulah.

sutera suci: belum nak kahwin lagi laa sutera..hehe.

doakan saja yang terbaik.

Anonymous said...

yer sy

:p~

noir said...

jangan biarkan bintang itu kabur. gilap selagi mampu.