Nuffnang Ads

Monday 26 March 2012

senyuman itu cantik dan cantik itu adalah senyuman

Kalau di tanya pada aku cantik itu bagaimana pasti jawapan yang korang terima takkan sama macam yang di jawab manusia lainnya.Aku rasa aku manusia pelik.
Aku tidak tahu menilai cantik.
Aku tidak tahu mana yang jelik dan apa yang aku tahu aku saja yang pelik.
Pelik bukan?

Bagi aku cantik manusia itu pada senyuman.Tak kisahlah senyum kecil atau senyum lebar.
Senyum manusia kecil atau senyum manusia besar.
Senyum itu indah dan sedekah.
Manusia yang sering tersenyum itu kan manusia yang nampak ikhlas bila terlihat pada zahir wajahnya.
Indah bukan?
Rupa sering menipu namun senyum ikhlas datang dari hati.
Walau senyum selalu menyembunyi kesumat atau jiwa berduka.
Asalkan senyum saja sudah nampak manis biarlah wajah kurang menarik atau tak sekacak mana.

Senyum itu universal.
Senyum itu percuma dan mengindah rupa.
Senyuman itu cantik dan cantik itu adalah senyuman.
Tak percaya?

Lihatlah cermin dan senyum sendiri.
Apa rasanya?

Sunday 18 March 2012

KL-Putrajaya-Banting-KL

Aku nyalakan sebatang rokok.Pekat malam beraroma nikotin segar.
Insan di sebelahku aku kerling dengan hujung mata.
Sipi-sipi.
Aku tau dia tak selesa.Batuk-batuk kecil kedengaran.Jalan di hadapan kelihatan kenderaan beratur panjang.
Ada kemalangan agaknya.
Tingkap kereta aku buka luas-luas.Biar asap sigar  berputar terus keluar.
Jam di tangan hampir menunjuk jarum tengah malam sedang kami masih atas jalan.

Maaflah sayang.
Aku sering tersalah jalan terlepas simpang.
Namun untungnya kita masih tahu jalan pulang.

Wednesday 7 March 2012

kamu itu bintang yang terang

Ada masanya aku suka mengira masa yang sudah lepas terkebelakangkan.Cukup buat peringatan pada diri sendiri apa adanya cabaran yang telah di lalui dan boleh pula memandang kira berapa banyak parut luka.
Kira jua banyak mana piala jadi juara.

Dulu aku juga fikir bintang itu ada banyak.Mungkin beribu atau jutaan barangkali.Agaknyalah.
Tapi itu dulu-dulu.Cerita lama.

Mungkin dulu aku kurang mengira dan kurang mahir berkira-kira rasanya.
Kerana aku tetap keliru kiraan selama ini telah silap.

Baru sekarang aku tahu bahawa bintang itu zahirnya hanya satu.

Itulah "kamu".
Masih lagi akan aku tersenyum setelah aku congak tolak tambah bahagi hanya "kamu ' yang terang benderang .
Kali ini tak akan silap lagi rasanya perkiraan aku.
Harap-harapnya.
Mudah-mudahan dengan izin Tuhan.