langit menghitam warnanya
aku ingin calitkan jalur-jalur berwarna
yang kau ungkap pelangi namanya
dan pabila angin berhembus
inginku renjis wangian seharum kemboja
bagai temasya musim bunga
tapi aku bukan siapa-siapa
teruslah semua
seperti aku tiada
kalau kau lewat tugu-tugu cinta
satu darinya tertera namaku
yang terkorban dalam hatimu
kerna aku bukan siapa-siapa
teruslah hidupmu
seperti aku tak pernah ada.
27 comments:
nice one (:
seperti di dalam Evolitera,kau menulis pun sudah menampakkan yang kau ada.dan orang lain akan berkata,kau ada.
aku tak tau evolitera tapi yea, aku setuju dengan filasafi begitu.
ada sebenarnya, cuma ada yang tak nampak.
kau akan sinar di mata hati si dia yang hak dan wajar terima.
usah duka (:
"aku bukan siapa-siapa"
itu aku.
kerna aku bukan siapa-siapa
teruslah hidupmu
seperti aku tak pernah ada... :))
sy suka puisi ni. Boleh minta izin utk sy meng'copy'nya tak??
kamu, sentiasa ada
art: biasa saja.
ghost writer: ada tapi tak terlihat dan terperasankan.
johan: sila tanya ghost apa maksudnya..hehe
hanaahmad: halimunan agaknya..hehe
adra muira: moga sinar pada yang hak itu akan terus gemerlapan.
chirpy chummy: kadangkala rasa bosan juga jadi yang biasa-biasa kan?
yuyun@ kulat nakal: saya izinkan.
intan maisarah: selalu ada di sini saja..hehe
Menarik. :)
makanya jangan dilayan sangat,PM
oooo..terima kasih banyak2!!!
kau ada karena yg ada.
bagaimana mahu teruskan andai tulisan kau yang tiada?
fuhh..puisi yg cantik..
walau kau cuma mangsa
yang terkorban cintanya
dalam hati si dia
sekurang-kurangnya,
kau pernah ada.
kau pernah merasa.
ada yang tak ada?
tak ada yang ada?
semua pun ada di dada
macy: ya..betullah kita semua ada kerana kehendaknya yang sentiasa Ada
afiq ah: katakan saja aku pernah ada
nasha sanza: hanya sekadarnya saja..terima kasih.
venus: hanya yg pernah merasa akan tahu kan?
catherine: mana kamu lama menghilang si cantik manis?
untunglah kamu masih ada..hehe
kau bukan siapa-siapa namun kau sendiri yang menciptakan siapa kau!
P/s: Jangan kecewa, bunga bukan sekuntum...:)
Post a Comment