Nuffnang Ads

Thursday, 1 December 2011

hujan

Melihat pada titisan hujan yang meluncur laju di cucuran atap tika hujan lebat pasti buat kita merasakan ingin kembali pada zaman kecil.Bilamana hujan lebat membasahi bumi dan saat itulah kita berlarian menikmatinya titisan demi titisan.

Tiadalah lagi saat indah itu akan berulang.Kini menginjak usia dewasa dan terhumban ke lembah ini aku sudah tak tegal lagi menahan bisa racun ancaman hujan.


Kata mereka hujan itu berasid.Sekarang mungkin iya.
Jangan mengeluh andai tak lagi tega menikmatinya.Kerana bisa racun itu terhasil dari rencana tangan kita sendiri.Sekurang-kurangnya masih ada rahmat yang Tuhan berikan.

Sekarang musim hujan tiba lagi.Aku hanya mampu menikmatinya sambil menghirup teh tarik dan menyelami seni irama nyanyiannya dari jendela.

Bunyinya asyik tapi syahdu.
Andai kita bisa mampu dengar dan selami tangisannya.


21 comments:

april said...

huuu..hujan dgn apa2 pun minuman hangat kegemaran masing-masing,akan buat hidup jadi syurga,sekurang-kurangnya buat seketika.

Waqheh said...

salam...lama lu tak buka kedai bro..

ghost writer said...

asal saja hujan tidak terlalu marah dan menukarnya menjadi bah.

soalnya hujan tetap mampu dinikmati walau tidak basah.

hanaahmad said...

aku cukup senang dan suka dengan bau hujan. menenangkan dan asyik sekali kala melayan perasaan.

eLL said...

bau hujan mengingatkan zaman kecil bersama arwah nenek,
sambil aku menulis puisi yang mengejutkan bapa saudara yang tak tahu aku sebenarnya jiwang juga

MyHeart said...

sy suke hujan. Kedinginan hujan membuatkan sy rasa tenang selalu. Teringatkan kampung dan semua kenangan manis dahulu. Berbeza benar kalau nak dibandingkan hujan di kota dan di kampung. (^_^)

Pena Marhaen said...

april: hujan sering membuatkan kita rasa lapar dan apa saja yang terhidang ketika itu terasa sungguh nikmat.

mungkin itu adalah salah satu rahmat Tuhan.

Pena Marhaen said...

waqheh: bukan tak mahu buka kedai bro tapi aku kekurangan modal.

jangan pula nanti di sangka aku sudah cukup kaya dan selesa..hehe.

Pena Marhaen said...

ghost writer: tapi kalau boleh basah dan berkejaran seperti masa kecil lebih nikmat kan?

aku rindu suasana hujan yang meriah dengan tawa anak-anak kecil di laman.

Pena Marhaen said...

hanaahmad: hujan memang menenangkan dan buat tidur rasa sangat selesa.hehe

Pena Marhaen said...

ell:bau hujan memang memberahikan dan membangkitkan perasaan cinta.

selalunya ilham yang datang waktu hujan memang penuh kejiwangan.hehe

Pena Marhaen said...

myheart: hujan di kampung rasanya lebih suci kalau di bandingkan dengan hujan bandar yang penuh noda asid yang menghakis kesihatan.

Nadia said...

hujan bawa lagu sendu berbisa

LadyBird said...

suke main hujan.. tp bila dah besar2 ni .. main hujan rs sejuk..kalau zaman kecik2.. x trs sejuk pun..

PK said...

teh tarik onne!!

dari jendela sebelah.

Pena Marhaen said...

nadia: hujan sering di kaitkan dengan derita sedangkan aku rasa ia simbol kelapangan dan gembira.

Pena Marhaen said...

ladybird: jom mandi hujan..hehe

Pena Marhaen said...

PK: nah..*hulur teh tarik dan roti bakar serta sebatang sigar Dunhill.

محمد رازيق said...

akun suka bau hujan.. mengasyikkan dan menyegarkan..

Pena Marhaen said...

muhd razik: bau hujan itu ibarat bau perempuan di waktu pagi kan?

asyik dan memberahikan.

Mutiara Bernilai said...

aku cinta amat pada hujan.
bila rintik pertamanya turun,
laju2 aku akan ke luar,
berlari seperti kekasih yang rindu..
bermain dgn hujan itu indah, tahu.

:)