Nuffnang Ads

Tuesday 30 August 2011

Perutusan Zahir Batin

Di kesempatan ini tiada lain yang ingin di ku khabarkan kecuali ingin sekali ku titipkan perutusan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kalian.

Moga hari Raya kali ini kita beroleh kemenangan dalam ertikata sebenarnya.
Aku bermohon maaf atas segala keterlanjuran aku selama ini.

Di akhir kata aku sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Aku bermohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki.Maafkanlah lahir batin kiranya ada terlanjur kata,tersilap kata mahupun terkasar bahasa yang ada membuatkan kalian tersinggung rasa kerana aku hanyalah manusia biasa yang tak lepas dari noda dan dosa.

Sunday 14 August 2011

masa-masa yang terlepaskan

Alangkah ruginya.
Baru sekarang aku terfikir sedangkan sudah lama berulangkali di peringatkan.

Diam.
Termenung sejenak.
Fikir dalam-dalam.

Sesal,sebak dan risau bercampur baur bilamana akal mencerna dan bayangan yang terkisahkan dalam kotak mindaku seputarnya memainkan masa-masa yang terlepaskan.

Bodoh.
Menyesal mengherdik diri.
Rugi.

"Sepanjang hayat ini sebenarnya kita cuma ada satu hari saja"
"Semalam sudah berlalu"
"Esok belum pasti".

Friday 5 August 2011

kisah yang terlupakan

garis-garis masa
kisah kita
berbekas parut luka
ada tawa suka walau sebenarnya
aku adalah yang mudah di terlupakan

rajukku semalam
merengsa jiwa
oh Tuhan
renggutlah nyawaku sekelip pejam
aku tak ingin mati perlahan