Nuffnang Ads

Thursday 21 July 2011

bebelan kosong

Lewat kebelakangan ini aku rasa dunia makin tua dan penuh berantakan.
Lihatlah.
Lihatlah keliling dan hadamkan apa permasalahan yang tergambar di fikiran setelah akal waras mencerna hadam melalui pandangan mata.

Tentu saja kalian juga bingung kerana manusia seperti kita-kita ini tidak pernah surut dalam hidupnya membikin onar dan merosak warna putih corak batiniah dirinya sendiri.Mahukah kita jadi sebahagian kerosakan dan cacamerba yang mengatur kemusnahan di muka bumi sekaligus melenyapkan peradaban kemanusiaan yang menuntut segala kebaikan dan sejahtera.

Kita-kita ini seringkali jadi mangsa percaturan manusia lainnya yang mendabik dada angkuh dan penuh ujub akan kebijaksanaan memanipulasi kelemahan manusia lainnya khususnya yang lemah seperti kita-kita ini.

Dan begitu pula entah di mana silap dan bodohnya kita-kita ini seolah-olah telah ada rencana minda di kepala yang mengiyakan segala bentuk kerosakan itu.Kerosakan halus yang luarannya indah namun berselaput lumut hitam berselut noda yang mencemar minda kepala dan jiwa.

Sedarlah.
Aku berpesan pada diri sendiri dan lainnya agar sama-sama menilai kelemahan diri dan saling pula hendaknya kita-kita ini berkasih-sayang dan memperkuatkan antara satu sama-lain.

Kerana manusia itu takkan sesekali pernah merasa puas dengan apa yang ada.
Kalaulah syukur itu ada walaupun sedikit maka tiadalah kerosakan dan peperangan yang terhasil dari tangan atau lidahnya.

Aku cuma bermonolog.
Lebih kepada bebelan kosong sebenarnya.
Kerana bagi aku dunia adalah tempat menyebarkan cinta,mengumpul amal pahala dan bukan mengatur sengketa celaka.

36 comments:

Seroja Jingga said...

yeah kita kita ini yg jarang sekali mengucapkan syukur apatah lagi mau mengakui kelemahan dan kesilapan sendiri

apa khabar sahabat?

Marhaenonymous said...

seroja jingga:khabar baik-baik sahaja..moga kamu dalam sejahtera dan limpah rahmatNya juga.

PenjuruKosong said...

itulah guna akal fikiran
bertindak selepas fikir rasionaliti

jgn jadi pak turut saja...

Marhaenonymous said...

cassia siamea : rasanya kamu faham apa gunanya akal fikiran itu kerana kamu itu adalah "otak"..hehe.

itulah maksud aku.jangan menilai dan mendengar dari sebelah pihak saja.

Waqheh said...

dunia pancaroba..penuh dengan haloba..di lorong2 kurja sedang sibuk berurusan akhirat...jom

intan.maisarah said...

ada mata
teliti
ada mulut bersuara
ada telinga dengar
ada akal
fikir

Sutera_suci said...

Bebelan ni tak kosong.

Ada letak sirap dan gula jugak ni

Nadia said...

raikan cinta luas tak berterbatasan! ;)

sebenar hidup

ghost said...

manusia terlalu mencintai peperangan dan persengketaan.

uncle gedek said...

masalahnya ....

semua orang mendabik dada...!

Qiez AR said...

bebelan ini cukup berisi, kawan.

terima kasih.

RastaMat said...

manusia bercelaka

bujal X said...

*merindui abam karlos.

. said...

saia datang baca apa yang tertinggal, karatnya kepala membuat aku kosong untuk memberi komen


*singgah kawan.

Anonymous said...

akal fikiran membezakan org yg nampak keabjadan dan yg tidak

http://harapan-terbaru.blogspot.com/2011/07/bila-polis-nak-tayang-perhimpunan.html

jhnrdzi said...

Kita cukeww.

Marhaenonymous said...

Waqheh : itulah dunia..dunia adalah alam penuh pendustaan dan medan ujian bagi manusia.


intan maisarah : itulah gunanya akal.

Marhaenonymous said...

sutera suci : kalau banyak sangat ramuan takut banyak sangat rasa dan susah hadam.

nadia : cinta sebesar alam,angan sebesar bulan.

Marhaenonymous said...

ghost writer : manusia dari zaman Qabil memang telah mula berTuhankan nafsu.


gedek : manusia memang begitu..nafsunya sering mengatasi akal dan iman.

Marhaenonymous said...

larasephia : terima kasih juga pada kamu.

sekadar meluah rasa.


rastamat : manusia bercelaka ada di mana-mana..hati-hatilah.

Marhaenonymous said...

bujal x: rindu kamu juga..!!hehe


khrlhsym: terima kasih singgah berziarah..komen kamu selalunya bernas dan berinspirasi.


new hope : itulah bezanya kita-kita ini.


akal.

Marhaenonymous said...

johan champ radzi: terima kasih kerana suka blog picisan begini.

skandaLdariLangit said...

ytday i send few links to my sister. saying those are d blogs i read most.

and when it come to urs, i said.

"ini satu lagi, pemerhati."

Marhaenonymous said...

skandal dari langit: bukan pemerhati cuma sekadar mengikut perkembangan.

terima kasih.

catherine- said...

bujal X said...
*merindui abam karlos.

22 July 2011 08:46

~Sal Ismail~ said...

manusia itu mudah alpa..lupa segala bila diselimuti nikmat dunia..~

catherine- said...

sy tahu sy bersalah.
maafkan lah sy.


nak hadiah!! :p~

Marhaenonymous said...

catherine: kamu juga rindu sayakah sama seperti bujal x??hehe

kamu boleh mohon maaf kalau ada salah silap pada hari raya nanti..hehe


sal ijou: ya..sifat pelupa adalah lumrah dalam hidup manusia.

catherine- said...

ehhh~

xkan nk tunggu raya baru nk bermaaf-maafan???!!

x aciii la dia niiii!! majuk ahh~

Unknown said...

rencah yang ada walau tidak mahu.

intan.maisarah said...

"Kerana manusia itu takkan sesekali pernah merasa puas dengan apa yang ada.
Kalaulah syukur itu ada walaupun sedikit maka tiadalah kerosakan dan peperangan yang terhasil dari tangan atau lidahnya."





hati murni makin rapuh

Unknown said...

dunia tempat persinggahan.
-satu satunya tempat untuk singgah.

kenapa nak disia-siakan ?

Amirah Jafri said...

betul!! entry ni mengingatkan saye kepada hamba Allah tersebut..

sesungguhnya hidup sementara je..so, kena la isi dengan amal ibadah.

Qaseh Dalia said...

memang dunia dah makin tua .. emm

Taiko Chengs said...

abam carlos sayam....nak duit raya...

Marhaenonymous said...

cath: hari raya nanti jangan lupa datang beraya ke rumah..hehe


dayya: ya begitulah.


intan maisarah: hati manusia kian keras hasil perubahan zaman dan tamdun.

april: kalaulah semua pun berfikiran begitu.


amirah: ya..sementara di beri pinjam nyawa dan nafas percuma

qaseh adelia: terlalu tua sebenarnya dan manusia semakin kurang dewasa

taiko: nah..*menghulur syiling 20 sen