Nuffnang Ads

Sunday, 5 June 2011

pesan sang pertapa yang merindu lara dewi pada kunang-kunang

















ada sejalur garis cahaya
bak kerlipan indah kunang-kunang
mungkin kah hadirnya peneman sepi malam-malam sunyi
agar tiada rawan yang mematikan rasa
lalu berpesan sang pertapa pada sang kunang-kunang
andai esokmu menghiasi malam nun di kejauhan
kirimkanlah khabar yang tak terluahkan
dalam kenangan tak terlupakan
hikayat cinta yang tak terkisahkan
khabarkanlah lagi wahai kunang-kunang
malam sepi tanpa cinta bernafas berahi 
betapa merindu sang pertapa menunggu si lara dewi

30 comments:

PK said...

kunang-kunang pun berkata,"enset ada sms saja".

~* chirpy_chummy *~ said...

:
:
:
:
menusuk kalbu betei.


terasa ingin tujukan ini kpd seseorang.

Sutera_suci said...

Asek menunggu dan merindu je..bila nak mula langkah?

dayya dayyanna said...

kunang-kunang terpaling cantik tanpa bulan dan bintang. pada sepi. pada keseorangan.

karatz said...

indah pen..cukup indah..

gedek! said...

Setuju dengan sutera suci

catherine- said...

setuju dgn uncle gedek!

jangan di kasi lama enchik karlos!

ghost writer said...

awesome...!

skandaLdariLangit said...

ska tidak ingat bila, tapi di sini ska mula mengenal sayang pada kunang2 :)

Republic Aku said...

sampai bila harus menungu .....

Pena Marhaen said...

PK; pakai enset takda feel bercinta macam zaman dulu-dulu..hehe


chirpy chummy: tujukan saja agar jelas isi hati itu.

Pena Marhaen said...

sutera suci: langkah sudah bermula cuma tidak tahu mana dan bila penamatnya.


dayya dayyana:kunang-kunang pembawa cahaya dalam samar sinaran bulan.

peneman insan kesepian.

Pena Marhaen said...

karatz: tidak indah sepertimana pun sifatnya.sekadar berbahasa jiwa-jiwa


gedek : saya pun bersetuju juga.hehe

Pena Marhaen said...

catherine : erkk..kenapa semua pun sepakat bersetuju?


ghost writer : kamu itu lebih awesome!

Pena Marhaen said...

ska: kunang-kunang cukup cantik bilamana tiada cahaya lain di angkasa..lihatlah selalu.


republic aku:menunggu hingga sampai seruan giliranku..hehe

Inspirationalefeks said...

di pintu, menghitung hari, menunggu gerangan si dia tertawa dengan suaraku... dan nafasnya menikam berahi jiwa rindu ..

Pena Marhaen said...

inspirationalefeks:aku juga masih menunggu saat-saat itu..hehe

Dark Half said...

si lara dewi pun berkata: sudah2 la bertapa jauh dlm hutan. mari ke mari kepada aku. jgn main tunggu je kat sana >_<

Pena Marhaen said...

dark half: kalaulah si lara dewi melafazkan kata-kata itu sudah tentu sang pertapa keluar dari persembunyiannya..hehe.

betty said...

rindu adalah sengsara yg terindah

Pena Marhaen said...

betty: kalaulah seksa rindu itu tidak menyakitkan.

Seroja Jingga said...

tiada rindu yg idak menyakitkan..dia datang bila kala kita tidak mahu ia hadir..ah..aku juga sedang merindu..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

dalam sungguh dalam ..dalam dalam dalam

Kisah Hati said...

rindu itu... buatku sakit sekali...

april said...

i just..can't
:)

*senyum pahit*

Mawar Berduri said...

hayati rindu itu selagi ia bernafas.

Pistachio said...

cuba straight to the point..

lu nk minta alamat nk bg kad jemputan ke hape?

sbb gua xpaham~

keh keh keh!

RastaMat said...

manis rindu itu..

pahit pula bila terlalu rindu..

Jerry Ghazali said...

rindu..trindu...serindu..rindunya...

- elina - said...

*senyum*