Seorang anak muda berteleku mindanya dalam suatu keheningan malam sunyi.Seputar fikir akal cetek ligat memerhati dunia kelilingnya.Ditangan menyepit sumber selera nikotin dan di sebelah tangan lagi sebatang pena dan buku kecil pencatat nota lusuh hidupnya.
Siang di sini hingar-bingar tingkah kelaku manusia,malam pula hanya hanyir bau badan bermandi lelah siang hari tadi.Akal muda dan mentahnya menafsir ada semacam kegilaan di tengah-tengah daerah kota batu ini.
Anak muda itu pernah ingin lari jauh namun langkah kaki longlai bagai tak terhayunkan.Dan kini dia kembali berlari-lari anak mengejar angan di tengah runtuhan puing-puing moral bangsanya.
Hanya satu perkara terselit di mindanya tika itu.Lalu berkatalah hatinya kepada sekitar batuan pejal beracuan tamadun atas runtuhan kemanusiaan itu.
"Aku tidak datang kepadamu untuk sujud dan memberhalakan kemewahan darimu,aku kembali kerana ingin menuntut bahagianku yang tersimpan dalam khazanah di gedung-gedung di sekitarmu"
17 comments:
dan semoga anak muda itu ditemukan dengan apa yang dia cari..
semoga kamu tidak mendahulukan sesuatu yang lain mendahului Allah SWT..
berjayalah hendakNya..
berusahaa!!! chaiyok28x!
berusahaa!!! chaiyok28x!
tak faham~~
usaha itu jika jitu pasti bawa bahagiannya...
lorong katak ke ni...?
Bukan ke azam baru anak muda tu berhenti merokok?
Anak muda tu mengelat.
Tak aci.
Lorong katak ada lagi ke bro Gedek? McD pun dah takde?
niat pemuda yg suci
selama mana ia bertahan??
intan maisarah: aminn..
karatz: insyaallah..anak muda itu tidak akan mendahului yang lain.
rastamat: mudah-mudahan
catherine: anak muda itu pastinya sedang gigih berusaha.
macy :cuba baca lagi dan fahami..hehe
kisah hati : ya..itulah bahagiannya yang di cari..bahagia setelah usaha.
gedek : bukan lorong katak tapi lorong tikus..hehe
sutera suci : mungkin anak muda tu masih berusaha..hehe
irwan : lorong katak mungkin dah tak ada lagi tapi nasi beriani lorong tikus masih ada..sedap..hehe
cassiasamea: insyaallah.doakan saja anak muda itu mampu bertahan selamanya.
kita telah diberikan hak kita pada tempat yang kita sepatutnya perolehi itu semua.
Post a Comment