Nuffnang Ads

Wednesday, 18 May 2011

tanya

andaikan angin tiba-tiba berhenti bertiup dan bulan mentari saling bercakaran aturannya masihkah ada cinta kamu untuk aku atau kau biarkan saja aku termanggu sendiri mencari arah.

andaikan aku tidak lagi cocok untuk kamu adakah masih ada kenangan bersama yang kau simpan atau kau lempar jauh ingatanmu terhadapku.

andai aku tidak lagi bernyawa adakah kau titip doa dan taburan bunga di pusara atau kau lupa setelah kering hapus airmatamu.

andai kita tiada sejiwa lagi pengakhiran kisah ini adakah kau kan membenci selama hayat atau kau simpan belas ihsan untuk cinta yang datang kemudian.


aku cuma bertanya selayaknya kerana aku ingin tahu.

48 comments:

Pijahh' de-Arr said...

aku ingin bertnya asal mcm sedih jekk..=(

KHRLHSYM said...

tanyalah aku tak kesah sahabat. hehe

RastaMat said...

hujan..

karatz said...

pehh..yang ni tacing..gua penah tanya tapi tak berjawab sampai skunk..ohh..xppe,gua dah redha!

ghost writer said...

dan dia akan menjawabnya hanya melalui tindakannya.

Kepala Manchiss said...

janji bukan suara yang pasti. itu pasti.

broken_nigina said...

i will always love you.
lol.

PK said...

jawapan lu kenal sama gua, lu akan dapat jawabannya.

*erkkk.

Waqheh said...

tanya sama itu hud-hud..

Khairul Antasha said...

nak tanya soalan yg sama pd dia... haihhh..

*hai encek karlos..boleh berkenalan..

catherine- said...

jawapan

catherine- said...

tanya sama pokok
apa sebab goyang
nanti jawap pokok
angin yang goncang


lalalaa~ usah byk tanya donk syg~
jalani saja hidup ini apa adanya...
bisa begitu?`

Chereta Chenta said...

akhirnya kamu jatuh cinta?

Hantu Kak Limah said...

tetiba teringat lagu rojak dan singkong......

~* chirpy_chummy *~ said...

aku yakin,pasti jawapannya hanya yg indah2 saja.. :p



*nampak kuntum2 bunga dlm senyumanmu*

Sutera_suci said...

Saya jenis keji..kalau ada yang bertanya macam ni saya akan cakap, 'Tak, saya tak pernah kenal kamu.'

Taiko Chengs said...

aku kan ada...tanya aku!aku pasti bagi jawapan...

Pena Marhaen said...

pijah:tiada rasa sedih cuma rasa ingin tahu.

Pena Marhaen said...

khrlhsym:aku akan tanya..kau tak kisah??hehe.

Pena Marhaen said...

rastamat:hujan panas..

Pena Marhaen said...

karatz:soalan ini nampak mudah tapi jawapannya rumit dan perlu keberanian serta kejujuran untuk menjawab.

Pena Marhaen said...

ghost writer: mungkin..aku akan perhatikan dari bahasa tubuhnya.

Pena Marhaen said...

kepala manchiss: aku perlukan kepastian..sesiapapun begitu.

Pena Marhaen said...

broken nigina: i will always love u all..hehe

Pena Marhaen said...

PK: aku kenal kau tapi kau tidak kenal aku..kau shahidzan kan?hahaha..

Pena Marhaen said...

waqheh: lebih baik bertanya pada m.nasir..hehe

Pena Marhaen said...

khairul antasha: hai..boleh saja kalau mahu berkenalan.hehe

april said...

semoga jawapan yang didapat bakal membahagiakan..

Pena Marhaen said...

catherine: dia manusia bukan pokok..kalau aku tanya soalan begini pada kamu apakah kamu bisa menjawab dengan jujur?hehe..

Pena Marhaen said...

chereta chenta: aku sentiasa mudah jatuh cinta tapi belum ada yang betul sejati..itu sebabnya aku ingin bertanyakan soalan itu.

Pena Marhaen said...

hantu kak limah : lagu tu memang sedap..hehe

Pena Marhaen said...

chirpy chummy : harapnya begitulah..aku harapkan keindahan jawapan itu.

Pena Marhaen said...

sutera suci : memang kamu tidak mengenali aku..hehe

Pena Marhaen said...

taiko chengs : kau selalu bagi jawapan yang tersasar dari soalan..hehe

Pena Marhaen said...

april : harap-harap begitulah..moga jawapan itu boleh membuatkan aku terasa bahagia dan senang hati.

maCy said...

perlu terus terang. bermain tarik tali menyakitkan satu pihak~

Naddia said...

jawabnye...TIDAK!

haha

Pena Marhaen said...

macy : ya..terus terang itu tanda ikhlas dan jujur dalam perhubungan..


nadia : kenapa tidak??hahaha.

アヌム ちゃん said...

Salam.
Datang visit sini..dan baca entri :) nice blog~
Sudi2 la visit me @ frommetoyou eh..arigatou..(^____^)

dayya dayyanna said...

pusara rindu, atasnya berbagi asing rasa berteman bunga kemboja pada batas tanah yang memisahkan. Aku tetap akan sentiasa pasti harum kemboja seputih suci putih kemboja.

NAJ HEBAT said...

ya, masih.

Chereta Chenta said...

kamu seperti aku. mudah terpesona pada yang menabur kebaikan tetapi tertanya2 pd erti keikhlasan sedangkan ianya tidak pernah dapat diukur :)

republik n9 said...

formspring ade hahaha

pisau belati said...

kau ingin tahu,menapa tidak kau tanya dulu sama hati?

Pena Marhaen said...

frommetoyou: terima kasih sudi singgah.

dayya dayyana: kemboja memangnya kuntuman bunga yang indah.

Pena Marhaen said...

chereta chenta; keihklasan memang tak pernah boleh diukur dan adakalanya kita tertipu dengan kenyataan palsu.


republicn9: nanti aku ajukan di formspring..hehe

Pena Marhaen said...

naj hebat: masihkah ada??hehe.

pisau belati: hati kadangkala terhijab dengan keindahan zahir sahaja..aku takut terlepas pandang.

Pistachio said...

andai kau pergi..
usah kau pergi...
meninggalkan aku....
tinggallah aku.....