Nuffnang Ads

Tuesday 5 April 2011

bilamana merasa gembira dan senyum tanda bahagia

Hari ini cukup indah.
Indah dengan gelak tawa dan juga indah dengan senyuman manusia keliling.Aku turut merasa tempias cahaya kegembiraan mereka-mereka itu.

Kalaulah hari-hari begini.Bisa saja kita menepis jauh-jauh dan melampiaskan resah.
Barulah senyum turut terukir menguntum di bibir tanda bahagia bertakhta di dasar jiwa.
Sudah penat mendengar caci keji dan kata-kata yang sengaja di makandalamkan oleh mereka yang kurang erti perasaan orang lain.Biarlah.

Hidup kita-kita ini berlorong bencah dan samar jauh lagi ke hadapan.
Jalan lain-lain namun arah masih sama.
Semua antara kita-kita ini pasti mahu merasa bahagia dan gembira.

Dan aku masih ingin mengecapi hangatnya kucupan mesra alam yang bisa mendamaikan jiwa-jiwa resah.
Teruslah berdamping dengan ku duhai alam dan buatkan aku terus gembira dan tersenyum.

Buat mereka yang sedang gembira,tahniah kerana anda sedang menikmati fitrah alami sebagai manusia.Asas melengkapi fitrah kemanusiaan itu adalah salah satunya gembira dan tangis.

Bukankah senyum itu indah,damai dan menyenangkan.
Teruslah hiasi bibir dengan senyuman semekar mawar dan sehangat suria.

Pesan aku pada diri sendiri tikamana hati baru saja mengenal bahagia.
Usai berperang dengan resah merengsa jiwa-jiwa kaku.

p/s : ini bukan entri bahagia kerana cinta.

40 comments:

catherine- said...

janggg... ooOo jangg... ;p~

ekau saket perot pon bahagio jugok yerrr?`

heh heh heh.

saya nak ucapkan tahniah sebab akhirnya kamu tersonyum juga~ yeyyy~

~* chirpy_chummy *~ said...

kalo anda gembira tepuk tangan! *clap-clap*

. said...

senyum itu hadiah juga.

skandaLdariLangit said...

hari ini kau sudah merasa bahagia cinta. cinta teman2. kami, bukankah teman? ;)

Ann Huda (Ate) said...

Kebahagiaan hanya dapat dikecapi oleh hati-hati yang selalu bersyukur krn susungguhnya bukan kebahagiaan yang menjadikan kita bersyukur tetapi bersyukurlah yang menjadikan kita berbahagia seterusnya mendamaikan jiwa-jiwa yang resah.

RastaMat said...

syukur..

ghost said...

aku sampai sekarang tidak tahu menggambarkan kebahagiaan tapi aku cuma tahu apa itu 'senang hati'..

raihanmaskuriy said...

indah nye hari kau. patut kau nak runtuhkan dinding orang lain kan. huehuehue

Perempuan dari uranus said...

jadi bahagia kerana apa ?

Marhaenonymous said...

catherine : dah tak sakit perut buat saya rasa bahagia..hehe


chirpy chummy:ayuh tepuk tangan sama-sama tanda gembira.

Marhaenonymous said...

khrlhsym:senyum tu sedekah paling murah di bibir tapi mahal di jiwa.

ska:bahagia kerana punya kawan-kawan seperti kalian..

Marhaenonymous said...

ann huda : ya..bahagia itu tiba sesudah syukur..bahagia itu tanda rahmat Tuhan pada kita hamba-Nya.

rasta mat : alhamdulillah.

Marhaenonymous said...

ghost writer: senang hati itu juga satu cabang bahagia..mungkin kau patut teroka hingga ke hujungnya untuk ketemu jalan yg lebih luas dan lurus.

serene : itu cuma gurauan tanda aku sedang berbahagia dengan gurauan ke atas kawan-kawan yg beri aku rasa bahagia.

Marhaenonymous said...

marr misrawi ;bahagia kerana macam-macam derita selama ini rupanya pembuka jalan untuk saat-saat indah hari ini..kalau tiada sedih dan duka masakan ada istilah bahagia tercipta sesudahnya.

b.a.k.a.w.a.l.i. said...

Bahagia....
walau tidak mampu terucap dibibir,
ia akan terpancar dimata!!!

uncle gedek said...

Senyum... Senyum... Senyum... Senyum...

'terasa' la pulak...!

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

tapi bro, tak semestinya senyuman yg diukir itu menandakan kebahagiaan..

Hantu Kak Limah said...

hanya nak nyanyi...senyummm..tak perlu kata apa-apa...senyum.....:)

Marhaenonymous said...

bakawali: ya..mata mereka yang jiwanya berbahagia akan bersinar kemilauan.

gedek : cuba ambil gambar dalam keadaan senyum pasti lebih kacak..hehe

kulat nakal: saya hanya senyum bila gembira dan bahagia..

Marhaenonymous said...

hantu kak limah : suara kak limah memang sedap dan buat saya tersenyum..hahaha

Anonymous said...

den bau nasi minyak ni..

ekau bawa sutera kawen lari ke hapo?

keh keh keh!

.drakula. said...

indahnya bahagia tiada terungkap dek kata-kata,carila bahagia semahumu...

Anonymous said...

bahagia ada di mana2
lambat cepat shj dia
mendakapmu... moga Allah sentiasa
bersamamu...

salam ziarah ~

intan.maisarah said...

baguih le ekau bahagia
den pon
tompang bahagia :)
den suko nengok orang bahagia ni

:)

Marhaenonymous said...

pisty:x jadi nak kawen lari..hehe

republic aku:sedang mencari dan akan terus mencari..

Marhaenonymous said...

manje:aminn..salam juga untuk kamu yg sudi singgah..

intan maisarah:sesiapa pun pasti mahu bahagia dan suka melihat kebahagiaan..terima kasih.

Sutera_suci said...

Pen, jom kita pakat lipat-lipat Pisty wat masuk dalam kotak pastu hanyutkan kat sungai gangga

Marhaenonymous said...

sutera suci:pisty mmg suka buat spekulasi dan gosip liar..

tak payah lipat-lipat masuk kotak..kita campak dari bangunan tinggi je..hehe

Sutera_suci said...

Betul jugak tu, tak yah susah-susah cari kotak

Pisty, agak-agak burung layang-layang lu buleh selamatkan lu tak? kakaka

Anonymous said...

Manja2 plaks lu orang berdua kheennn~

Keh keh keh..

Sutera_suci said...

Ala la la..acece..suwit nye pisty gosip belakang langsir..haha

Pisty, kabo je lu rindu kat kitaorang..tu la, lama beno ilang candat jerung

Jangan nak mengelat, lu kena update blog 2 kali sehari..

Pen pun sekarang macam biskut, jap update..jap idak

Aishh..lu orang putus chenta ke hape? hehe


Haa, tengok..kang komen den macam orang tulis karangan dah ni. Nasib baik den tak tulis lirik lagu tuju kat lu berdua. Lagu bertajuk 'Biar putus chenta, jangan putus hapdate blog!' kakaka

Marhaenonymous said...

pisty sebok bercinta ngan tyra banks versi bangla..hehe

saya hilang kerana sedang mempraktikkan ilmu biskut yg baru di pelajari..hehe

Qistina Filzah said...

resepi biskut istilah nyer..hehe

Marhaenonymous said...

qistina filzah: ilmu biskut sangat sulit untuk dipelajari kerana ujiannya sangat berat dan bilamana menguasainya pengamal akan boleh ghaib bila2 masa..hehe

Mutiara Bernilai said...

^___^

nak senyum utk kamu,

bahagia x?

:P

- elina - said...

trimas buat aku tersenyum

keh keh .

Marhaenonymous said...

mutiara bernilai :sudah pasti senyuman kamu membahagiakan sesiapa saja yg melihat..hehe


elina:sama-sama..kunjungan kamu ke sini juga buat saya tersenyum..

± said...

mahu bahagiaa...
tapi bukan di hospital bahagia

HAN said...

manusia normal :)

Marhaenonymous said...

dark half:aku juga tak ingin berbahagia di hospital bahagia..hahaha.


far: ya..sy normal seperti kamu dan yang lain..hehe