Nuffnang Ads

Thursday 10 March 2011

malam kasmaran

kala malam melontarkan rasa
titip angin membisik
enigma membongkar rahsia
antara kelam antara nyata
membangkit ghairah seisi buana

lalu pesanku pada malaikat pagi
bangkitkan aku sebelum dinihari
andai mimpi ini terlalu membelaiku
lantas terlena dalam indah kasmaran
semoga aku ketemu mentari.

22 comments:

Unknown said...

saya juga cadangnya mahu bangkit sebelum dinihari.
mahu berbicara dengan Dia.

Qiez AR said...

cepat2 bangkit kalau bermimpi indah.
terlalu dibelai jadi terbuai.

pesan aku, jangan tutup tirai di jendela. Biar matahari jenguk buat kau silau untuk kau terjaga. ok?

Irwan said...

ni lah sajak yang paling aku paham (dengan sekali baca)

Marhaenonymous said...

april :bicaralah dengan-Nya nescaya akan lebih tenang..

larasephia :moga selalu saja mudah bangkit dari lena..petua kamu saya akan cuba amalkan..hehe

irwan :kau memang seorang yang mudah memahami..sesuai bagi sosok seorang tukangkomen..hehe.

Hantu Kak Limah said...

tetibe aku trsedar..lame x solat subuh ni.....

Chereta Chenta said...

tidur dengan nyenyak ya

Unknown said...

enigma tu apa? Atok baru nak belajar...thehehe... =)

Sutera_suci said...

* Hantu Kak Limah ~ 1st time dengar hantu bangun jugak solat subuh..kalo siap bangun solat tahajud, mmg bukan calang-calang hantu..hiks

Pen, kasmaran tu menda?

Marhaenonymous said...

hantu kak limah :tak terbakar ke kalau dengar azan subuh??hehe..

chereta chenta :harap-harap tidak terlalu lena..

suhami : enigma tu ibarat satu teka-teki atau keadaan yang kurang jelas dan banyak persoalan..lebih kurang begitulah.

sutera suci :kasmaran tu bermaksud mabuk berahi atau terlalu asyik dalam berkasihan..

Sang Gabriel said...

bangun2...subuh

Anonymous said...

ya.. bangun, bangun! hayya 'alassolah! :)

Qistina Filzah said...

kasmaran..wah cantiknyer bhs marhaen ^^,

Marhaenonymous said...

gabanmorka & therebelkid :alhamdulillah,dah bangun pun..

qistina filzah :bahasa yang biasa-biasa sahaja..tiada yg istimewa.

uncle gedek said...

Lepas nu tulis kan pasal 'Malam Asmara' pulak, boleh?

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

kasmaran tuh hape?

± said...

harini aku belajar vocab baru: kasmaran
aku teringin nak baca puisi kisah hantu pulak dari kau..
bukan hantu kak limah!

Marhaenonymous said...

gedek :malam asmara?? tunggu..belum ada pengalaman lagi..hehe

yuyun :maksudnya dah saya tulis pada komen di atas..hehe

dark half :kalau kisah hantu kena mintak dengan ghost writer..aku tak berapa arif bab dunia hantu ni..hehe

HEROICzero said...

jangan terus leka ya. insyaAllah. =)

Della Fesyen said...

:)

skandaLdariLangit said...

paling suka menerima mesej,
"bangun subuh" dengan senyuman..
sirius.

tapi adakalanya ada yg tak mahu bangun.
asyik sangat mimpinya~ =="

Marhaenonymous said...

heroiczero :insyaAllah..

rara : :)?

skandal dari langit :solat itu terlebih baik dari tidur tapi ramai yang bermimpi enak sambil di selimuti kulit khinzir..

Aina said...

selalu pesan pada malaikat..."tolong kejutkan aku bangkit subuh"..Alhamdulillah kalau berpesan sebelum tidur Insha Allah x terlajak.

~sajak yg sangat indah:)