Nuffnang Ads

Sunday, 20 March 2011

konspirasi

akulah sang petualang
pembenci keamanan

akulah sang pendusta
seteru kebenaran

akulah sang pengganas
memperkosa keamanan

akulah sang antagonis
watak jalang

akulah sang dalang
perancang konspirasi songsang


p/s:kita mutakhir ini kian banyak di ajari tabii alam hasil dari tangan hitam kita sendiri.

30 comments:

intan.maisarah said...

sang dalang paling berkuasa antara semua

Pena Marhaen said...

setiap satu kejahatan pasti ada dalang di sebaliknya..

janganlah hendaknya kita ini menjadi dalang itu.

intan.maisarah said...

tapi, bagaimana kita mahu menyekat konspirasi sang dalang,

mereka terlalu berkuasa..

faiz said...

dalangla pemusnah segalanya..

Pena Marhaen said...

kita punya lebih kuasa..gunakan semua daya yg ada.

Pena Marhaen said...

faiz : dalang tu boleh menjelama dalam pelabagai watak..seharusnya kita ambil sikap hati-hati..

platipus said...

kita la superhero diri kita..

kita juga lah dalang dalam diri kita

Pena Marhaen said...

platipus :tepat sekali..pilih nak jadi superhero atau dalang watak antagonis.

kulupSakah said...

mari kita sama bikin kehancuran...

april said...

masing-masing mahu menjadi tuhan.
mahu punya kuasa lebih dari yang lain.
tanpa sedar telah menjadi si perosak.

Pena Marhaen said...

kulupsakah : mari..!!hahaha.

april : itulah sifat manusia yg paling keji..

Edy G-Minor said...

manusia memang makhluk yang seumur hidupnya perlukan bimbingan.

tapi, setiap kali si dalang cuba menjalankan kebatilannya, kebenaran itu akan muncul dengan sendirinya.

Cikli said...

sang dalang itu terang,
senang dicam senang ditentang,
belakang kira kalah atau menang,

bahaya lagi sang munafik
depan baik cakap berlapik
belakang kita semuanya taik
semua dicincang dicarik-carik

Dark Half said...

setuju dgn cikli
musuh dalam selimut lagi bahaya

Pena Marhaen said...

edy g-minor :kebenaran akan muncul akhirnya tapi atas dorongan manusia yang benci kebatilan..

cikli : sang munafik itu memang teman rapatnya adalah dalang..lebih tepat lagi sekutu.

dark half : musuh dalam selimut mmg bahaya dan ada di mana-mana.

Chereta Chenta said...

hah? sejak bila jd "penjahat" ni..hehe...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

aku sang pemimpin
aku makan rasuah kuat sex.. takut bini

skandaLdariLangit said...

hai si blogger serius.

sakit hati tak? :P

Pena Marhaen said...

chereta chenta : saya mula jadi penjahat sejak bosan dengan perangai manusia lain yang berlagak baik..hahaha.

brutalsolo : andalah pemimpin yang berkaliber dan di percayai pengundi..hehe

ska : sakit hati tidak ada..makan hati je..hehe

gedek! said...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o punay komen gua tak bole bla, la....

Pena Marhaen said...

gedek : dia dah kemaruk nak jadi calon laa tu..hehe

skandaLdariLangit said...

hahaha. hai MSC :p

Pena Marhaen said...

skandal dari langit :oii..!!jangan laa panggil nama manja aku kat sini..panggil je Marhaen Mahawangsa..hahaha

RastaMat said...

akulah watak dalam cerita ini..

kaulah pena dalam tulisan ini..

kaulah pena marhaen..

Pena Marhaen said...

rastamat : dan kaulah RastaMat..hehe

RastaMat said...

hehe..
teruskan tulisan marhaen..

Sutera_suci said...

Saya tak suka konspirasi, saya suka koperasi buat beli cekedis je

Pena Marhaen said...

sutera suci: saya pun suka koperasi..cukup tahun boleh ambil dividen.

skandaLdariLangit said...

saya gembira. saya ok. keh2 :p

skandaLdariLangit said...

ada masa melawat lah ke aku kau mereka :)