Nuffnang Ads

Sunday 13 March 2011

kalaulah mak tahu

"Bilo kau nak kahwin? Kawan-kawan sebayo kau semuo dah kahwin dan ado yang dah beranak-pinak.."itulah soalan beracun dari mak aku tak berapa lama dulu..

Aku cuma mampu senyum dan tersengih.Macam biasa bila aku terpaku dengan apa-apa keadaan yang tidak memungkinkan aku berfikir akan jawapannya.

Namun jauh di sudut hati aku.Aku berkata kalaulah mak tahu..

Anak mak ini tidak berduit dan tidak mungkin ada perempuan yang ingin berdampingan.Badanku sendiri kurus kering dan belum mampu menanggung makan anak bini.

Anak mak ini kurang paras rupa dan mana mungkin ada perempuan sudi memandang.Anak mak ini juga sering silap tingkah dan buruk laku..perempuan akan cepat jemu.

Anak mak ini hujung minggunya sering pulang ke kampung dan tiada masa berjanji temu segala.Kalau anak mak ini bercinta takut nanti tiada masa pula pulang menjenguk.

Setiap kali mak ajukan pertanyaan itu anak mak ini cuma mampu tersenyum.

Senyum paksa yang nampak manis di luar namun rasa pahit dan kelat di dalam.



p/s: Selamat Pengantin Baru buat kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan hari ini dan akan datang.

26 comments:

uncle gedek said...

Ontok-ontok la omak....

Hantu Kak Limah said...

sedey je bunyinyer...jodoh prtemuan d tangan tuhan,jgn menidakkan kun fa ya kun....mane tau dpt can ngn lisa surihani nti..hehehe

Marhaenonymous said...

gedek :tak boleh cakap macam tu dengan mak takut nanti dikata anak derhaka dan disumpah jadi tv plasma..hehe.

hantu kak limah : mudah-mudahan lisa surihani sudi ngorat saya..hehe

Cikli said...

kahwin bukan kira kacak atau tidak.
tidak pernahkah engkau mendengar sebutan bank rakyat?

Marhaenonymous said...

cikli :bank rakyat??saya mesti pilih..!!kalau mampu bayar balik..hehe

Unknown said...

apa kata,suruh saja mak carikan.
: DD

cuma teringat,jika tidak berkemampuan,lebih baik jangan berumah tangga.buruknya lebih banyak dari baik.

dan terfikir pula,masyarakat kita sekarang terlalu mendewakan sebuah majlis perkahwinan.sambutan yang meriah.belanja besar-besaran.
sungguh satu perkara yang sia-sia.

haih.
materialistik.
dan yang tersepit,rakyat-rakyat sederhana seperti kita ini lah~~

karatz said...

maya karin solo balik bro.hahahaha

Marhaenonymous said...

april :saya juga pernah berfikir begitu..

karatz :nanti aku cuba ngorat...hahaha!!

Chereta Chenta said...

kene tulis surat kat mak ni..

Sutera_suci said...

Waa..siap wish untuk yang akan datang..

Tima kaseyy..tima kaseyyy..

Jang, ekau kabo kek omak yo la..omak, takdo ko anak daro dokek-dokek ni haa nok ko eden..

ekeke

Marhaenonymous said...

chereta centa : tak perlu tulis rasanya..kat sini pun dah cukup..hehe

sutera suci : selamat bakal bergelar pengantin baru juga buat sutera yang akan kahwin tak lama lagi.

dekat atau jauh tak ada yang sudi setakat ni..hehe

Nurul EL-Huda said...

awak....dtgnya cinta setelah khudusnya cinta makhluk kepada pencipta.....

sabar ye.... 0mak tue bkn ape.... x sabar nk neng0k generasi baru....
:)

Marhaenonymous said...

gad1s soypans : betul..cinta pada Pencipta lebih indah dan mengasyikkan berbanding sesama makhluk..

caDbury said...

la,ckp je ngn mak..nnt mak,ngh tngg lisa surirumah approved lamaran ni..hi3

Marhaenonymous said...

caddbury : saya dalam dilema nak kawen dengan lisa surihani ke atau maya karin..hehe

± said...

kebanyakan org zaman skrg demand tinggi
kalau nak meminang anak dara graduate pun, rasanya paling cikai RM10K
itu blom masuk kos kenduri dan lain2. haihh..

tuan pengetua, nak request pop-up komen box bleh?

Marhaenonymous said...

dark half : dah jadi trend zaman sekarang orang lebih suka bermegah dengan faktor materialistik dan tayang kemewahan untuk menjaga ego.

nanti aku ubah setting komen..

Della Fesyen said...

relax2 je..
InsyaAllah jodohmu akan datang....
kekacakan bukan kayu ukuran...
tp ketaatan seorang anak itu wajar diteruskan...

he he he..
ewah2 aku ni...!

Marhaenonymous said...

rara :insyaAllah..aku sebenarnya tak kisah pun..tapi bilamana soalan sama berulangkali di tanya aku tak tau nak jawab apa..hehe

Qistina Filzah said...

owg pempuan kalo dier da shuke laki tu, xkesah dari segi kacak ke,kaye ke,perangai membosankn ke...da syg yg ikhlas kn..hehe..arap2 en pena marhaen akn bertemu jodoh pempuan yg ikhlas n baik

Marhaenonymous said...

qistina filzah:mudah-mudahan..aminn

Unknown said...

Xpolah Pena Marhean, setiap kejadian tu Allah jadikan pasang2....kok ado jodoh, adolah tu =)

Marhaenonymous said...

suhami : mudah-mudahan..

Semarak Api said...

hehehe..seb bek mok den blum kua soklan2 cenggini..kalo die tny nti,aku nk pnjm jwpn2 kalalah mak tau ni bole?

cimöt said...

alahai..aku tak tahu nak cakap apa..cuma kesian..but dun worry because the time will come~~

Aina said...

alolo kesianya..anak2 mak cik semuo jantan.kalau gadis buleh mak cik pinang ekau..hehe

~jgn putus berdoa dan berusaha...Insha Allah Dia ada jadikan seseorang untukmu...Carrikkk!!