Nuffnang Ads

Monday, 14 March 2011

Al Fatihah dan Tok Guru

"Rul !Aku tengok muka kau macam kelat je..ada masalah?" tanya seorang kawan.

"Tak "kata aku berselindung.

"Kalau ada masalah,besar atau kecil amalkan apa yang arwah Tok Guru pesan." "Bacalah dengan yakin dan sepenuh hati." sambung kawan tadi.

"Baca apa? arwah Tok Guru? aku bertanya lanjut takut tersalah meneka.

"Kau pun tahu kan?Dulu kau jugak yang selalu nasihat kan aku supaya amalkan "katanya.

Sedang aku berkira-kira dan menguis kotak fikiran aku tentang amanat arwah Tok Guru yang sebahagiannya aku lupa si kawan tadi menyambung.

"Baca Al-Fatihah..tu kan surah Pembukaan dan yang paling utama.Pembuka bagi segala kunci dan Pembuka jalan bagi apa jua keadaan " sambungnya.

Aku merasa terpukul dan sebak sebaik terdengar perkataan Al-Fatihah dan nama arwah Tok Guru.

Aku lupa pada semua itu dan aku lupa pada "Pembuka "bagi segala kunci dan masalah.Aku lupa pada Tok Guru.

Petang itu sewaktu dalam perjalanan pulang ke kota yang menghanyutkan ini,aku terpandang sebuah kubur bersebelahan masjid.Itulah kubur arwah Tok Guru.

Hati aku di banjiri rasa sesal.

Sedih dan pedih.

Al-Fatihah buat Tok Guru.

10 comments:

Sutera_suci said...

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali..al-fatihah buat tok guru

* Pen, tok guru silat ke?

Pena Marhaen said...

bukan guru silat tapi guru agama yg mengajar saya mengenal syariat,tareqat,haqiqat dan sebagainya..

intan.maisarah said...

moga rohnya dicucuri rahmat

april said...

'hanya kepada Engkaulah kami menyembah,hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.tunjukilah kami jalan yang benar'

al fatihah ; ayat 5 dan 6

ringkas,namun penuh makna.
sayang,sering terlupakan.

Dark Half said...

tak tau kenapa aku suka semua komen2 april -.-

Al-Fatihah buat tok guru kau jugak. bkn kau je, kebanyakan dari kita termasuk aku selalu terlupa bila terlalu fokus pada masalah yg kita hadap

gedek! said...

Al-Fatehah

Pistachio said...

Dia sentiasa ada, cuma kita selalu terleka..

Pena Marhaen said...

intan maisarah : aminn.

april : aku,kita-kita semua ini selalu saja di landa sakit batin iaitu mudah lupa.

dark half :kebelakangan ini aku banyak lupa.

gedek :Al-Fatihah..Amin.

pisty : memang kita mudah leka di hambat masa dan keduniaan.

Suhami Ahmad said...

sedekahkan Al-Fatihah pada yg pergi.....jangan lupa sedekah pada mak seta ayah setiap ari even mereka masih hidup.....

Pena Marhaen said...

suhami : ya..itulah amalan yang terbaik.