Nuffnang Ads

Thursday 3 March 2011

aku rindu ingin pulang

sepanjang perjalanan
masihkah ada bekalan bersisa
atau habis di tengah kembara
masihkah boleh di makan
atau basi dek usang masa
manakah kaki ingin melanglah
jauh sudah tersesat jalan
kerna lupa arah tempat bermula
siang dan malam seakan sama
kiranya mentari di sangka bulan
ingatkan aku andai terlupa
pada janji sebelum terpisah
kiranya aku kini
merintis jalan ingin pulang
setelah bertahun rindu dendam
hati sarat menahan bungkam
andai cintaku terlalu kurang
setelah hanyut tenggelam
dalam arus pusaran dunia
dan di terbangkan angin curang
atau hilang tercicir sepanjang jalan.

12 comments:

Unknown said...

saya fikir,saya juga sesat.
kompas dan peta hilang.
dan saya haus.lapar.letih.lusuh.

kamu,bolehkah kita-kita ni jadi kuat ?

± said...

mari pulang bersama-sama walaupun jalan yg dipilih berbeza

Cikli said...

dalam perjalanan
elok cari jalan yang terang
ada kedai ada restoran
bekalan habis tak perlu bimbang

Sutera_suci said...

Suke komen Cikli..hai Cikli..hiks

Jalan terang yang agak kalau malam ade lampu jalan..pastu kalau lapar ade R&R nak singgah..haks

Marhaenonymous said...

april :kita semua sesat..kita akan kuat kalau kenal diri kerana itu adalah senjata dan kita akan lemah kalau kurang mengenal diri dan itu adalah peluru-peluru musuh yang akan membunuh jiwa kita bila-bila masa..

dark half :ayuh teruskan perjalanan..moga ketemu di destinasi yang di tuju..

cikli :itulah sebaiknya cara bermusafir supaya boleh bertanya jalan dan menghilangkan lapar dahaga..janji cukup wang..

Marhaenonymous said...

sutera suci :ya..saya juga suka komen sebegitu..

jalan terang tak perlu bimbang lapar dahaga dan di serang hendap oleh musuh atau penyamun..hehe

Unknown said...

jika kita fikirkan kita sudah jauh tersesat dari landasanNya, kembalilah ke simpang mana yang kita sesat....mulalah langkah demi langkah semula

uncle gedek said...

Bila rindu, pulang.

Bila dah pulang... rindu nak balek...

Anonymous said...

aku juga sedang rindu mahu pulang...

Marhaenonymous said...

suhami :sesat di hujung jalan,kembali ke pangkal jalan..tapi sempat ke nak reverse??hehe

gedek :kejap rindu sana,kejap rindu sini..hehe

therebelkid :ayuh pulang..

Unknown said...

sempat lagi nak reverse. Sobolum jauh kita sesat, baik reverse. Hihi

Marhaenonymous said...

suhami :selagi pintu taubat terbuka bermakna masih ada masa untuk reverse kan?..

tapi itu bukan bermakna boleh berlengah-lengah kerana sekali pintu tu tertutup takkan terbuka selama-lamanya..