Nuffnang Ads

Sunday 20 February 2011

tanya pada diri : ulang siar

saat termenung sejenak.
pernahkah kau berfikir akan hidupmu
sekadar cukup menghela nafas
atau kerdip matamu..

..........

antara hedonisme datang melanda
dan bila pluralisme makin menggila
dimana kau letak imanmu
dimana kau tanam malumu.
dimana nafi
dimana isbat
sedangkan apa yang datang semua kau rembat
apa yang melintang habis kau sebat

.............

kau lalai pada syariat,
enggan pada tareqat
kabur pada hakikat
dan kau butakan matamu mengenal maqrifat
sedang kau berharap pada syafaat


...........


sekali lagi aku tanyakan
antara hedonisme datang melanda
dan bila pluralisme datang menggila
dimana letak dirimu
sedang keperawanan jiwa,akal dan hatimu
telah kau gadai kepada nafsu...


..............
demi masa berlalu antara saat
waktu dunia makin tenat
sedang engkau dihanyut maksiat
dibuai gelombang nikmat
kau bangga dipuji hebat
enggan dilihat bangsat
marah ditegur sesat!!!

p/s:ini adalah puisi ulang siar.

13 comments:

ghost said...

hebat puisinya bro...

tersusun dan jelas...

Marhaenonymous said...

terima kasih banyak..

anda juga seorang penulis yg jauh lebih hebat jika dibandingkan dgn saya yg baru belajar.

Chereta Chenta said...

buat lagu best tuh :p

Marhaenonymous said...

chereta chenta:hanya sekadar puisi penyendal..tidak layak untuk di buat lagu kerana kurang mesra telinga dan jiwa..hehe

ghost said...

masih tahap baru lagi bro..level tak tinggi mana pon..

Hantu Kak Limah said...

ulang siar utk mengingat mane yg dah tersesat...syabass beta..kush kush hota hai..

caDbury said...

dimana???dimana??wah...pandai berpuisi...

Marhaenonymous said...

ghost writer :bro dah dikira otai dalam penulisan kreatif alam blogging ni..tulisan bro pun cukup memotivasikan dan terkesan pada khalayak yg singgah di blog bro..hehe.

hantu kak limah :puisi ni antara yg terawal saya tulis dlm blog ni..saja diulang siar kerana tak tau nak tulis apa..hehe

caddbury : dimana tu kena sama-sama cari dan fikir..hehe

± said...

Mesej dari puisi ni macam bertepatan dengan keadaan masyarakat sekarang

Marhaenonymous said...

dark half :mungkin ada kena mengena sedikit..hehe

Al said...

ak yg kerdil dtg mnyibuk d sini jgk
haha

Marhaenonymous said...

Al:bukan menyibuk.kunjungan sahabat amat saya hargai..

Taiko Chengs said...

best laa abang nih.........