Nuffnang Ads

Sunday 20 February 2011

sunyi sepi

Tengah malam.Awal pagi sebenarnya..Pandang kiri kanan.Sepi.Tenang dan sunyi bersatu menemani aku yang keseorangan mengetuk papan kekunci dengan jari.

Terasing terhumban ke alam sunyi ni kadangkala cukup indah bagi aku.Bagai hanya aku jasad yang tumbuh dan serasa dunia aku yang punya.Tapi itu kadang-kadang.

Seringkali sunyi sepi juga menghambat jiwa aku dan menyesakkan rasa kebosanan ke dalam jiwa yang di tambah perisa oleh nafsu.Ah!Manusia kan selalu begitu.

Tapi sunyi sekali ini adalah sunyi sepi yang memberi aku ketenangan.Sunyi dalam suasana kampung jauh dari latar hidup aku sewaktu bekerja Isnin hingga Jumaat.Indah dan damai menelusuri salur darah aku setiap kalinya aku menjejak kaki di kampung setiap hujung minggu.

Biarlah selamanya sunyi sepi ini menyambut kepulangan aku selepas ini supaya boleh aku lontarkan jauh-jauh rasa-rasa curang dan sakit dunia yang aku kumpul.Sekurang-kurangnya ringan beban jiwa kacau yang aku tanggung.


p/s :aku suka suasana kampung yang melambai aku setiap hujung minggu.Setiap hari aku membelai rasa rindu pada kampung halaman ibarat orang yang asyik berkasihan.

19 comments:

Sutera_suci said...

PM, kim salam kat jiran sebelah rumah..hiks

Anonymous said...

ooo.. rindu kampung rupanya... tulis direct kan senang... keh keh keh!

Marhaenonymous said...

sutera :jiran sebelah rumah yang mana satu??hehe..

pisty :sebab rindu laa gua balik kg tiap minggu..hehe

Chereta Chenta said...

kampung memang mendamaikan!

karatz said...

baik lu kawen.senang.kompem lu tak ingat kampung.kekeke

± said...

balik kampung nanti leh usha2 sekali anak dara buat peneman hidup..konfem tak sunyi lagi..theehehe

Cikli said...

bro, cuba bayangkan kampung hang tiada line broadband.

Marhaenonymous said...

chereta chenta:kampung mmg best..hehe

karatz:kawen??belum ada pompuan yg boleh terima saya..hehe

dark half:dah usha tapi belum ada yg sangkut..hahaha.

cik li:kalau takda line broadband terpaksa laa keluar cari cyber cafe..hehe

uncle gedek said...

Kampong Baru... damai tak?

Marhaenonymous said...

kampung baru pun sedang kacau..di lembah klang tempat paling aman dan damai hanyalah damansara damai..hehe

Sutera_suci said...

Jiran sebelah rumah paling kanan! afdhal sket..kakaka

Marhaenonymous said...

jiran sebelah rumah paling kanan buruh ladang berbangsa nepal..nak kirim salam jugak ke??

Sutera_suci said...

Hidung mancung tak?

Anonymous said...

gua malu2 nk komen ni... tp gua dh bau nasi minyak tuan blog dr jauh ni.. keh keh keh!

Marhaenonymous said...

sutera : mancung laa jugak..pipi pun tersorong-sorong..hehe.

pisty :jangan malu-malu..komen je..hehe..

nasik minyak tak best..nasi beriani lorong
tikus lagi best..hehe

Sutera_suci said...

PM ~ Nak..nakk..kim salam kat abang Nepal yang pipi sorong-sorong tu..hiks

Pisty ~ Nak kek! Nak kek tingkat-tingkat

Marhaenonymous said...

O.k..minggu ni saya balik kg dan cakap ngan abang nepal tu awak kirim salam..hehe

Unknown said...

sunyi itu boleh jadi bising yang sangat indah,tatkala kita-kita dapat mendengar detak jantung kita sendiri.
indahnya irama..

Marhaenonymous said...

april :saya suka suasana sunyi yang membuai jiwa dan memberi rasa..