Nuffnang Ads

Wednesday 2 February 2011

Hujan dah berhenti,banjir dah surut,ilham dah hanyut

Hujan dah berhenti sejak semalam.Air sungai pun dah surut tak melimpah lagi.Matahari pun nampak bersinar dan menyuluhi alam seperti biasa.Dan aku kembali merayap seperti biasa sepertimana biasa rutin yang aku buat sewaktu pulang ke kampung.Malam tadi sempat jugak ke Stadium Paroi untuk menonton perlawanan bolasepak di antara Negeri Sembilan menentang T-Team yang mana berkesudahan Negeri Sembilan menang dengan jaringan 3 berbalas 1..hehe.

Tapi di sebabkan suhu yang sejuk akibat hujan tak berhenti sejak pulang ke kampung Sabtu pagi di tambah pula air sungai melimpah membuatkan sebahagian kawasan sawah padi di kampung aku di tenggelami air maka otak aku pun jadi membeku..Ilham pula mungkin hanyut semasa aku yang masih muda remaja ni  bermain air banjir..Lagipun sepanjang cuti kat kampung ni aku banyak makan dan tidur sambil menikmati titisan hujan sayu..Hahaha.Jadi tiada ilham mahupun "rasa" untuk berpuisi atau bermelankolik..Maaf ye..Hehe.

9 comments:

.:padie_eyla:. said...

puisi melankolik pon bolehhh. haha.

Marhaenonymous said...

jangan..hujan baru je berhenti kat sini,banjir pun baru je surut..hehe

Sutera_suci said...

Bila hujan berhenti, banjir surut..daun-daun dan pohon kembali berpucuk dan menghijau. Patutnya lagi banyak ilham yang segar-segar :)

± said...

nak berpuisi pun kena ada feel gak kan?
syukurlah banjir dah surut, moga idea tak sama2 surut..hee

Irwan said...

hishhh...wa ada kat tepi stadium masa lu nengok bola tu...wa layan popia goreng kat kedai popia tu..

tapi banjir dah sampai kat N9!!!!

Alhamdulillah monsoon timur laut di filter jugak dek banjaran titiwangsa..kalau idak..sini pun samalah banjir cam belah sana...

Anyway, aku doakan semua agar semua sabar dengan ujian tuhan..


Dan cikgu besar, apsal ko suka delete aku punya komen?

Aku sajak sekali, kang?

Irwan said...

aku dah tau kenapa komen aku banyak tak tersiar (susah payah aku bersajak weyhh)


sebabnya: ada wed verifikesyen ni..(aku biasanya terus tekan x lepas post comment...)

uncle gedek said...

'Duit makin susut'

Marhaenonymous said...

Bila dah sibuk main air banjir memang lupa semua ilham yang datang..hehe

Qistina Filzah said...

banjir dtg, air kat umah pun asik xder...paip bocor jek