Nuffnang Ads

Saturday 26 February 2011

hari ini

hari ini
telah lupus segala indera
jasad kian lemah
bagai patah tulang belulangnya
meracik sendi-sendi
yang dulu tegak berdiri

hari ini
jiwa yang dulu subur
telah pun tandus gersang
tugu yang terpahat nama
telah menyungkur menjadi puing
sebagai tanda aku pernah ada.

14 comments:

Inspirasi Lyn said...

kacaunya jiwa.

Unknown said...

hari ini bukan hari cerah kamu,kah ?
jangan dikubur lagi jasad.

(mari jadi zombie :P)

Anonymous said...

haih. kenapa ramai pulak yang ber'mode' jiwa kacau sekarang ni. rilek bro. moga Dia suluhkan jalan buatmu. amin.

Raja Fiqri Fauwaz said...

pandang ke depan.. Hari ini bakal jadi sejarah bila esok hadir

Semarak Api said...

hari ini..
aku ingin meluahkan kpd mu..
bahawa aku..






gagal menyambung cerita itu..
mintak maap -.-


hahaa..

Marhaenonymous said...

inspirasi lyn :jiwa saya sgt tenang hari ini sebenarnya kerana balik kampung..ini adalah kisah mengenai seorang kawan yang baru putus dengan awek dia..bukan saya..hehe

april :hari ini cerah dan tidak hujan..dan saya masih mahu jadi manusia.

rebel kid :amin..

ismet ulam raja :saya selalu memandang ke depan,belakang kiri dan kanan..hehe

semarak api :tiada maaf bagimu..tak takut kena spam dengan scuba a.k.a irwan ke??hahaha!!

Chereta Chenta said...

benar chenta itu mampu melonjak atau menjatuhkan seseorang

Marhaenonymous said...

chereta chenta :benar..banyak yang telah saya lihat.

cikgu chopstick said...

sangat puitis! btw, sila singgah blog saya @ http://closetsimanis.blogspot.com/

uncle gedek said...

Alamak, ini tinggi sangat ni.... tak mampu nak paham...!

Sori aku tua.

Marhaenonymous said...

cikgu chopstick :terima kasih..tidak sepuitis mana pun..

gedek :mana ada tinggi..tahap biasa je..hehe
bro nampak muda dari sejak dari gambar pertama sehingga gambar terbaru dalam blog begins at forty..still maintain..hehe

miloaiskurangmanis said...

ramai jugak yang mode jiwa kacau skang neh!

tu pasal le gamaknya
ramai orang kat dept psy @ GH!
hiks

relak le beb!

a.samad jaafar said...

melontarkan rasa lewat kata2 berhelah kekadang bisa menyamankan.. respek buat lu geng..

Marhaenonymous said...

miloais: kadangkala mode jiwa kacau ni bagus jugak utk muhasabah diri..hehe


a.samad jaafar :terima kasih atas komen saudara..