Nuffnang Ads

Saturday 26 February 2011

hari ini

hari ini
telah lupus segala indera
jasad kian lemah
bagai patah tulang belulangnya
meracik sendi-sendi
yang dulu tegak berdiri

hari ini
jiwa yang dulu subur
telah pun tandus gersang
tugu yang terpahat nama
telah menyungkur menjadi puing
sebagai tanda aku pernah ada.

Wednesday 23 February 2011

gadis jelita dan bapa tua yang buta

di suatu hari
dalam hening rembang senja
seorang gadis indah paras
mencuri sorot pandang mataku
bagai ada cerita sebalik senyumnya

getar hati rasa terharu
melihat gadis bersama bapa tua
betapa aku merasa terpana
bapa gadis matanya buta
cahaya hanya kenal nama

sungguh gadis besar jasa
setia memimpin bapa tua
wahai gadis sungguh kau mulia
menjadi indera bapa  yang buta
sana ke mari dipimpin bersama

kelak kau kan berbahagia
bakti budimu sebesar dunia
sungguh untung bapa tua
punya anak setia bersama
penyuluh jalan dunia yang gelita.


p/s: buat gadis dan bapa buta yang aku ketemu di stesen minyak Lavender Heights tempoh hari.

Tuesday 22 February 2011

tukar baju

Nampak.Macam aku,macam kita.Tukar baju setiap hari dan ubah pesen setiap kali bila kita rasa orang dah jemu dan muak asyik pandang benda yang sama.Supaya badan tak berbau dan penampilan sentiasa nampak kemas.

Lepas mandi,sembur minyak wangi,pakai deodoran serta sarung baju baru dan baru boleh jalan.Selesa.Orang pun pandang senyum-senyum buat kita rasa kacak atau ayu.(walaupun bukan;perasan lebih)

Begitulah kurang lebih.


p/s:aku cuma nak cerita yang layout blog ni dah bertukar rupa.Tu je.Jelas kan?hehe

Sunday 20 February 2011

tanya pada diri : ulang siar

saat termenung sejenak.
pernahkah kau berfikir akan hidupmu
sekadar cukup menghela nafas
atau kerdip matamu..

..........

antara hedonisme datang melanda
dan bila pluralisme makin menggila
dimana kau letak imanmu
dimana kau tanam malumu.
dimana nafi
dimana isbat
sedangkan apa yang datang semua kau rembat
apa yang melintang habis kau sebat

.............

kau lalai pada syariat,
enggan pada tareqat
kabur pada hakikat
dan kau butakan matamu mengenal maqrifat
sedang kau berharap pada syafaat


...........


sekali lagi aku tanyakan
antara hedonisme datang melanda
dan bila pluralisme datang menggila
dimana letak dirimu
sedang keperawanan jiwa,akal dan hatimu
telah kau gadai kepada nafsu...


..............
demi masa berlalu antara saat
waktu dunia makin tenat
sedang engkau dihanyut maksiat
dibuai gelombang nikmat
kau bangga dipuji hebat
enggan dilihat bangsat
marah ditegur sesat!!!

p/s:ini adalah puisi ulang siar.

sunyi sepi

Tengah malam.Awal pagi sebenarnya..Pandang kiri kanan.Sepi.Tenang dan sunyi bersatu menemani aku yang keseorangan mengetuk papan kekunci dengan jari.

Terasing terhumban ke alam sunyi ni kadangkala cukup indah bagi aku.Bagai hanya aku jasad yang tumbuh dan serasa dunia aku yang punya.Tapi itu kadang-kadang.

Seringkali sunyi sepi juga menghambat jiwa aku dan menyesakkan rasa kebosanan ke dalam jiwa yang di tambah perisa oleh nafsu.Ah!Manusia kan selalu begitu.

Tapi sunyi sekali ini adalah sunyi sepi yang memberi aku ketenangan.Sunyi dalam suasana kampung jauh dari latar hidup aku sewaktu bekerja Isnin hingga Jumaat.Indah dan damai menelusuri salur darah aku setiap kalinya aku menjejak kaki di kampung setiap hujung minggu.

Biarlah selamanya sunyi sepi ini menyambut kepulangan aku selepas ini supaya boleh aku lontarkan jauh-jauh rasa-rasa curang dan sakit dunia yang aku kumpul.Sekurang-kurangnya ringan beban jiwa kacau yang aku tanggung.


p/s :aku suka suasana kampung yang melambai aku setiap hujung minggu.Setiap hari aku membelai rasa rindu pada kampung halaman ibarat orang yang asyik berkasihan.

Wednesday 16 February 2011

semangat jasmine

ayuh pacu kuda liarmu,
terjah angin bisa,
bingkas menunjal langit,
berpencak lincah,
tangkas membara,
hilang dalam gema,
satu-satu musuh binasa,
jaya pasti jelma,
janjilah pada langit,
pada bulan,
pada mentari,
dunia kan berubah esok hari.

p/s: dunia sedang berubah.

Tuesday 15 February 2011

Selamat Hari Memperingati Kekasih Allah SWT

Hari memperingati kekasih datang lagi.Opss!!Bukan Valentines Day yang aku maksudkan.Yang tu hari kekasih yang di sambut orang barat dan orang moden di Malaysia segelintirnya.

Orang kampung macam aku tak sambut perayaan tu.Tak pernah.Tak menyesal dan tak rasa janggal pun kalau aku tolak ke tepi budaya tu.Aku bukan anak-anak Pavillion..Aku orang kampung yang konservatif..Dah.

Aku nak cakap tentang Kekasih Allah,kekasih Islam dan kekasih umat manusia akhir zaman.Hari ni 12 Rabiulawal 1432 Hijrah iaitu hari ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Jadi bersyukurlah kerana kita semua tergolong antara umat Kekasih Allah ini.Dan imani lah ajaran yang di bawanya.

Bukankah itu lebih baik dan mendatangkan faedah dari mengagungkan perayaan dan hari kebesaran agama lain yang jelas bukan untuk kita.

Nah.Sama-samalah kita cuba untuk berubah.
Tak perlu bunga atau coklat.Cuma perlu Ilmu,Iman dan Amal sebagai bukti kasih dan sayang.

SELAMAT HARI MEMPERINGATI KEKASIH ALLAH 12 RABIULAWAL 1432 HIJRAH







Saturday 12 February 2011

Aku nak berenti kerja


Tengah sibuk aku mengemas, tiba-tiba gril dah siap tunggu nak cat yang kat belah kiri pulak tumbang ditiup angin. Sibbaik belum cat. Kuat betul angin ni lately, ke memang skrang musim angin monsoon barat daya kot, try refresh balik ingatan study geografi form 3 dulu, tapi tetap gagal sebab daya ingatan aku makin dilemahkan dengan desakan idup tak menentu ni. 

Bile da jadi macam ni, aku teringat zaman kegemilangan aku mase skolah dulu. Sape tak kenal aku, Tanya je sape Wan Hebat, sume angguk kepala. Even makcik cleaner yang tak penah tegur orang tu pon tau sape aku. Pengetua skolah ape lagi, dia yang memula rapat ngan aku bila aku johan pertandingan public speaking, bile team bola tampar aku lak jadi johan peringkat daerah, ape lagi, macam-macam dijanjikan pada aku. Nak cari awek? Skali petik berduyun-duyun datang, dorang yang akan cari aku.

Lepas spm, aku nak try bende baru. Aku lepak ngan geng-geng indie, tiap mase aku turun gig. Zaman heaven katekan, takde orang nak pakse aku. Makbapak aku dorang tak penah kisah, hal dorang pon tak penah setel, ni plak nak tau pasal aku, mimpilah. Hasil terbace komik mase lepak ngan geng, aku terpikir nak wat zine. Bukan ape, aku pon minat jugak mnulis sket-sket, lagipon bakat yang ade baik aku gunakan sebelom ditarik balik.

Tapi keje aku tergendale bile tempat aku syik kena rush ngan pihak berkuase je. Last-last makin takde orang datang gig, tempat aku makin sepi, aku pon fedup. Mujurlah satu hari aku dapat offer masuk u. Tawaran datang tepat pada masa aku tak pasti nak wat ape, aku jadi bersemangat nak belajar balik sebab nanti aku nak idup aku bahagia. Semangat aku berkobar-kobar masa tu.

Tapi tu sume kisah dulu-dulu. Skrang aku sedang usahakan kudrat yang termampu je untuk idop. Aku rase menyesal,..

Rasa cam nak bunuh diri pun ada,lagipun bukan ada orang kesah ngan aku pun..Ada awek pun dah lari ngan pakistan jual karpet..hmm..aku bermonolog sekejap.

Lalu aku pun bersajak,

kasih yang pergi,
sepi meninggalkan kesan hitam,
muka jadi usang menahan derita jiwa kelam,
hilangnya kasih di bawa angin buas,
sepinya hati dibalut cerita indah masa silam.

andai masih ada esok mengganti semalam,
biarlah bahagiamu bersama yang kau sayang,
nasibku siapa kau nak endahkan,
cuma titian untuk kau ke seberang.

Belum sempat aku menghabiskan sajak spontan tu,tiba-tiba angin yang tadinya bertiup kencang jadi perlahan sepoi-sepoi bahasa..Ah!!alam pun dah mula memusuhi aku dan protes sajak-sajak "sampah"karya insan picisan cam aku.

Jadi tekad aku nak membunuh diri makin merangsang..Jap lagi aku mesti telan racun rumpai tapi aku takut sakit perut yang teramat sebelum mati..

Aku pikir nak terjun ke dalam laut je dari jambatan..hmmm.Tak boleh..aku perenang handalan.Malu kalau keluar paper nanti bekas perenang macam aku mati lemas.Monolog pun berlarutan.Macam-macam melayang dan melintas di fikiran memenuhi benak aku yang sedang kacau..Sialan.

Aku capai kunci motor dan helmet.Aku dah nekad.Tiba-tiba satu usapan lembut menyapa ke sudut jiwa aku..Aku merasa insaf dan aman tenteram.Cukup asyik..Lembut dan menenangkan.Damai.

A: Aku batalkan hasrat bunuh diri.Celaka mana sekalipun suratan dan perjalanan hidup,aku mesti tabah dan keras macam kacang..

B:Aku batalkan hasrat bunuh diri.Celaka mana sekalipun suratan dan perjalanan hidup,aku tak akan bunuh diri sebab aku takut jadi hantu

C:Aku batalkan hasrat bunuh diri.Celaka mana sekalipun suratan dan perjalanan hidup,aku nak enjoy dan happy selalu.Hidup ni kan indah dan harum,mekar bak sejenis bunga ni.


p/s:cerita ni takda kena mengena dengan aku yang masih hidup dan akan mati satu hari nanti.Aku tulis setelah di tag oleh si Ali..O.k tak cerita  versi aku??

Wednesday 9 February 2011

lihatlah kawan

kawan!
pandanglah alam sekeliling,
pada malam bulan terang,
pada siang mentari cerah,
pada awan memayungi bumi,
pada gunung menongkat langit.

kawan!
pandanglah pada aku,
pandanglah diri kamu,
apa yang kau lebih aku kurang,
apa yang aku kurang kau lebih,
renunglah sedalam-dalamnya.

kawan!
setelah semua itu,
apa yang kita faham,
apa yang kita tahu,
antara semua itu,
bukti adanya Maha Pencipta,
sedang kita tegar berbuat dosa.





Monday 7 February 2011

Alahai Penyamun!!

Nasib malang.Begitulah ringkasan cerita nasib aku minggu ni.Sedang aku bercuti di kampung sempena Tahun Baru Cina rumah sewa di KL dimasuki pencuri.

Memang malang.Almari baju di kopak,rumah bersepah dan barang hilang di larikan penyamun.Abis duit tabung aku di larikan.Lain-lain mangsa penyamun tu adalah laptop kakak aku,kamera,dvd player,jam tangan dan tak ketinggalan jugak minyak wangi aku yang baru aku beli.

Hilang mood aku sekejap bila dapat tahu berita tu.Marah pun ada.Terkilan apatah lagi.

Aku marah kerana jenayah semakin menjadi-jadi di kawasan kediaman aku.

Terkilan kerana manusia makin hilang nilai moral dan kemanusiaan dalam mengejar kesenangan sementara tanpa mahu bekerja keras.Tak lagi mengira halal haram.Barangkali manusia semakin ramai yang jiwa kacau dan kosong.Mereka malu kelihatan bangsat dan marah bila ditegur sesat..Duit tabung aku pun kau sebat..

Alahai kau penyamun!!

Sunday 6 February 2011

salut#3

jiwa-jiwa muda yang berontak,
ingin bebas dan terbang.
lantas kudrat dan berontak masa silam,
meratah angin sunyi jalan-jalan kusam.

ayuh anak muda pejuang harapan,
kembalikan kuasa yang lama hilang,
bergema sorak yang mengaum di seluruh alam,
yang dulunya hanyalah suara-suara kecil,
dipandang enteng sekalian pembesar durjana,

salut ku untuk kalian,
salut ku untuk jiwa-jiwa merdeka,
esok yang cerah pasti milik kalian!!



















p/s:khas buat pejuang kebebasan di Tunisia,Yaman dan Maghribi serta seantero alam buana.

Wednesday 2 February 2011

Hujan dah berhenti,banjir dah surut,ilham dah hanyut

Hujan dah berhenti sejak semalam.Air sungai pun dah surut tak melimpah lagi.Matahari pun nampak bersinar dan menyuluhi alam seperti biasa.Dan aku kembali merayap seperti biasa sepertimana biasa rutin yang aku buat sewaktu pulang ke kampung.Malam tadi sempat jugak ke Stadium Paroi untuk menonton perlawanan bolasepak di antara Negeri Sembilan menentang T-Team yang mana berkesudahan Negeri Sembilan menang dengan jaringan 3 berbalas 1..hehe.

Tapi di sebabkan suhu yang sejuk akibat hujan tak berhenti sejak pulang ke kampung Sabtu pagi di tambah pula air sungai melimpah membuatkan sebahagian kawasan sawah padi di kampung aku di tenggelami air maka otak aku pun jadi membeku..Ilham pula mungkin hanyut semasa aku yang masih muda remaja ni  bermain air banjir..Lagipun sepanjang cuti kat kampung ni aku banyak makan dan tidur sambil menikmati titisan hujan sayu..Hahaha.Jadi tiada ilham mahupun "rasa" untuk berpuisi atau bermelankolik..Maaf ye..Hehe.