Nuffnang Ads

Wednesday 12 January 2011

untuk jiwa-jiwa yang luka

berlari ke langit,
ingin terbang memetik bintang,
buat kalungan di leher sang perawan
tapi aku takut merentas awan,
menjerit hati ingin pulang,

setelah itu,
aku merasa sedar,
aku manusia kurang,
hanya tempelan peneman bosan,
kerana hati dan perasaanmu 
wahai rupawan,
lahir batin bukan untukku.

p/s:jangan ingat aku baru putus cinta..aku o.k!



12 comments:

Anonymous said...

keh keh keh..
kalau ngaku pn xpe.. huahuahua~

Marhaenonymous said...

tak nak mengaku pun...hehe

Sutera_suci said...

Tu la..tang atas tu ok je. Kat bawah tu fishy sket..

cer ngaku..cer ngaku

Marhaenonymous said...

saya tak pernah bercinta dan di cintai..lagi pun saya hanya memburu cinta organik tanpa sebarang pewarna,pengawet mahupun perasa tiruan.saya juga menolak cinta yang ada unsur kimia seperti kosmetik,plastik dan materialistik..hihi

± said...

pehh..cetusan rasa yg merobek limpa
tapi aku lagi suka statement yg incik pena baru komen kat atas ni. kalau buat puisi baru kedengaran urban gitu

Irwan said...

seorang pencinta, mahukan yang dicintai bukan untuk dirinya...

cukup jika yang dicintai melirik
dan menunjukkan tanda yang dia mendengar

kelukaan jiwa sipencinta,
jika keana mujahadah cintanya,
luka itu adalah parut kebanggaan

namun jika luka itu disebabkan oeh yang dicintai,

maka akan lahirlah puisi urban yang dimaksudkan oleh Dark tadi...

Sutera_suci said...

Vaaa..vaa..vaa

Bahasa tinggi!

Marhaenonymous said...

dark:tak mungkin aku mengalunkan puisi urban kerana aku orang yang konservatif dan naif yang tak pernah ambil peduli hal-hal "keurbanan"..hehe..

irwan:hanya ko yang faham balikan prarasa dalam setiap entry aku..mungkin tu kelebihan seorang "tukangkomen"..setiap entry aku sebenarnya ada maksud terbalik..hehe..thanks "tukang komen"!

Marhaenonymous said...

sutera suci:tak setinggi mana kalau penuturnya seorang yg dangkal ilmu macam saya..hehe

uncle gedek said...

*simpati*

Semarak Api said...

ehek ehek..bole gelak gtu?
xmo ngaku.blueek! haha

Marhaenonymous said...

semarak api:suka hati awak nak gelak macam mana..saya tetap tak nak mengaku..hehe