Nuffnang Ads

Tuesday 18 January 2011

sesak..rehat minda

Sesak
Memang sesak.Jalanraya sesak.Hidup sesak.Minda sesak.Macam-macam jenis sesak hari ini.Entah kenapa perkataan 'sesak"tu melekat pada diri aku.Pada minda aku.

Macam badi.Macam berhantu.Mungkin kerana sebelum ini aku dah puas bersenang-lenang.Sesekali Tuhan bagi sesak untuk pengajaran agaknya.Mungkin.Atau ujian untuk aku lebih menghargai masa-masa santai dan lapang.

Paling merimaskan aku adalah kesesakan minda.Aku gagal meraih sebarang ilham hari ini.Semalam juga begitu.Aku tak lagi mampu menafsir bahasa akal lantas mencoret dan mencatat di blog buruk ini.Minda sesak dan semak hingga aku kehilangan ilham dalam timbunan lain permasalahan dalam kepala hotak aku.Makin aku cari,makin jauh hilang dan tersembunyi.

Pandang.
Jauh.
Sayup-sayup jauh hampir tak kelihatan.Jenuh aku memanggil-manggil ilham datang hampir tapi hampa.Mungkin ia enggan bersahabat dengan aku lagi atau sememangnya aku perlu rehat dan ponteng minda.

Ya.Rehat minda.Penat siang malam "bekerja"dan di kerah berfikir,jesteru "sesak" adalah lambang protes minda agaknya.

Begitulah.
Lebih kurang.
Agaknya.


p/s:aku nak hisap rokok.Sebatang je!! sambil rehat minda.

9 comments:

Anonymous said...

sesak juga membantu taip entry pjg... keh keh keh!

Marhaenonymous said...

tu sebab aku tulis entry panjang dan merapu..sebagai perlambangan "sesak" dalam jiwa kacau aku ni.hehe.

Sutera_suci said...

Tak boleh! Jangannn hisap rokok..asap rosok akan menambah lagi sesak..sesak nafas skali jang oii

Marhaenonymous said...

sebatang pun tak boleh ke??err..err.

Sutera_suci said...

Tak boleh! Tu kan azam tahun baru..baru berapa hari, dah nak give up..bersabarlah ye..hiks

Marhaenonymous said...

ye ke tak boleh ni???err..saya baru je lepas hisap sebatang tadi..nak hilangkan stress..hehe.maaf laa ye..lupa plak!!

Sutera_suci said...

Eiii..teruk. Okey, mula balik azam..tapi lepas ni tak aci mengelat. Buleh? Semangat dan tekad kena kuat jang

Marhaenonymous said...

o.k.mula azam balik dan kejar momentum macam dulu-dulu..hehe

uncle gedek said...

"Revolusi Mental"