Nuffnang Ads

Thursday, 6 January 2011

pada siapa engkau marah?

    Suatu hari ahli sufi terkenal,Syaqiq al-Balkhi membelikan sebiji tembikai untuk isterinya.Si isteri begitu gembira menerima tembikai tersebut,malangnya apabila buah tembikai itu di belah,isinya di dapati tidak elok.Isteri Syaqiq mula marah-marah kerana tidak mendapat tembikai ranum,enak dan elok seperti yang diharapkannya.

   "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu?"tanya Syaqiq "Adakah kepada si penjual,atau si pembeli,atau penanamnya,atau Pencipta buah tembikai ini?"

   Isteri ahli sufi itu terdiam."Wahai isteriku,"sambung Syaqiq,"Ketahuilah,si penjual itu tentu ingin agar barangan jualannya terdiri daripada barangan terbaik.Si pembeli lebih-lebih lagi,tentu ingin yang terbaik saja.Manakala si penanam,kalau mampu tentu dia ingin agar hasil tanamannya mengeluarkan hasil yang baik juga.
   "Kini nyatalah bahawa marahmu itu di tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.Maka bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya"


p/s: 1:Redha itu sifat yang paling terpuji..Adakah sifat Redha wujud dalam diri kita??
      2:Jangan suka marah-marah.

7 comments:

Pistachio said...

nasib badan..

naem glizzy said...

kalau marah kena amek wuduk. kan? itu yang terbaek. kalau sedih? :(

Pena Marhaen said...

pistachio;nasib kita semua yang suka marah-marah..
naem:kalau sedih banyakkan ingat yg baik-baik pasal diri kita dan kebesaranNya..dan banyakkan istighfar.

Sutera_suci said...

Okey..pasni saya dah tak marah-marah..hehe

Pena Marhaen said...

sabar tu kan separuh dari iman..jadi banyak-banyakkan bersabar kerana sifat sabar itu terkandung di antara sifat-sifat yg terkandung dalam Aqidatul Iman 50 didalam kalimah syahadah...sabar laa ye!!hihi

Suhami Ahmad said...

atok suko entry ni
=)

ahmadnasaiemdnor said...

ya. redha itu lebih indah. tenang.