Nuffnang Ads

Tuesday, 11 January 2011

aku anak bumi adat

Duduk dekat berpelasaran,
Dekat rumah dekat kampung,
Sehalaman sepermainan,
Seperigi sepermandian,
Segayung sepergiliran,
Sejamban setepian,
Muafakat tak berubah,
Rahsia tak bertukar,
Ibarat labu menjalar ke hulu,
Ibarat kundur menjalar ke hilir,
Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama diambil,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama di renangi.


p/s:(Perbilangan Adat Perpatih)

Den banggo jadi anak jati Negeri Sembilan!!

13 comments:

Sutera_suci said...

Like!

Marhaenonymous said...

saya pun like!!hehehe..perbilangan adat ni tentang persahabatan dan persaudaraan..entah macam mana boleh terjumpa cebisan buku yg tercatat perbilangan adat ni masa kemas buku masa balik kg minggu lepas..hehe.

Anonymous said...

sejarawan~

Marhaenonymous said...

saya bukan sejarawan..cuma terkenang zaman kanak-kanak bila baca perbilangan ni..terinagt masa-masa manis waktu membesar..hehe

Sutera_suci said...

Da besau panjang, da keje bila kemas balik buku-buku sekolah dulu mesti jumpa macam-macam dan buat kita senyum sorang-sorang kan? nostalgia btol..hiks

Marhaenonymous said...

hehehe..betul!!buku ni buku sastera masa sekolah dulu..tak sangka plak ada pasal adat perpatih..dah lupa pasal lama dah..sebenarnya saya cari kitab-kitab lama dan novel..

Irwan said...

ke sini sama di ini
ke situ sama di itu
tanah sekangkang dah naik lalang
rumah bertiang pun dah nak tumbang

balik kampung masa raya,
time-time lain, kampung ini macam kat Nepal ajer.

bullshit punya pepatah!
anak negori dah sesat barat
kalau mereka tak hidup merempat

mana ketua kampung?
mana imam masjid?
Mana dia undang luak perut cilaka
atau Yamtuan yang tak pernah nampak batang hidungnya?


kalau tak esok, lusa akan aku hancurkan semua mereka yang tak pedulik;
tangisan anak negori yang kelaparan tak bernasik!!!

Marhaenonymous said...

irwan:perpatah dah takda makna akhir-akhir ni kerana semua sudah tidak beradat dan hanya pikir keuntungan dan mengejar pangkat..ni semua hanya kenangan lalu tak bererti lagi..

uncle gedek said...

Aku pernah sembang dengan orang tua N9... Dia kata masa muda dia masok 'noroko'... AKu ingat kan dia kata dia masuk 'Neraka'... rupa nya maksud dia dia masok 'meneroka' ~ Kisah benar.

Hobin jang Hobin...!

Ain Zulaikha said...

errr sasterawan ke karlos ni..

Marhaenonymous said...

bahasa n9 memang bayak slanga yang pelik bagi orang luar..hehe..jangan salah tafsir dan faham lain sudah..hehe

Marhaenonymous said...

ain zulaikha:err..saya bukan sasterawan atau angkasawan..saya hanya manusia yg tak rupawan..hehe

Unknown said...

Atok banggo jugak
=)