Nuffnang Ads

Thursday 27 January 2011

kelepet

sana kelepet,
sini kelepet,
engkau kelepet,
aku kelepet,
engkau kelepet aku,
aku kelepet engkau,
sama-sama kena kelepet,
dua-dua kaki kelepet,
alangkah indah dunia tanpa kelepet,
kalau antara aku,kau tiada kelepet;
antara sesama manusia tiada kelepet.

p/s:jangan suka kelepet!
     kelepet : tipu

Monday 24 January 2011

angan sang pencinta

wahai sang pencinta,
kau pahat langit dengan angan-angan,
kau ukir malam dengan bayang-bayang,
namun sayang kau sepi kesorangan,
mencumbui malam-malam suram,
di ranjang sepi tiada berteman.


sedarlah sang pencinta,
sayang sebesar mana kau curahkan,
kasih sedalam mana kau buktikan,
takkan sama dengan yang kau gadaikan,
sewaktu engkau ditiup angin curang,
di badai gelombang janji jalang,
demi secebis janji si hidung belang.























 p/s :entah kenapa jiwa aku dilanda kejiwangan yang amat berat kebelakangan ini.hehe..tapi yang ini aku tulis sebagai pesanan untuk perempuan.

Saturday 22 January 2011

wasiat Syeikh Abdul Qadir Jailani

Nak,kamu tidak berada di atas apa pun,Islammu belum lagi benar.

Islam adalah pokok yang di bangun di atas syahadat.Ia belum lagi sempurna untukmu bila..

Kamu ucapkan La ilaha illallah,tapi kamu berdusta.Didalam hatimu ada banyak tuhan!

Takutmu pada penguasa,cintamu pada dunia adalah tuhan juga.

Penyandaranmu pada mata pencarian,laba,kekuasaan,kekuatan,pendengaran,penglihatan,dan peganganmu adalah tuhan juga.

Pandanganmu tentang bahaya,manfaat,pembicaraan,dan pencegahan dari manusia adalah tuhan juga.

Banyak orang membicarakan tentang semua ini dengan hatinya dan tampak saat mereka membicarakan tentang Al-Haq.Penyebutan mereka tentang Al-Haq hanya sebatas lisan,bukan dengan hati.

Ingatlah!Esok aib pasti kan tersingkap dan rahsia kan terbuka.

p/s:aku petik dari kitab.

Thursday 20 January 2011

duhai perempuan

duhai perempuan,
izinkan aku bertanya,
santai kita bual bicara,
tentang perasaan tentang cinta.

duhai perempuan,
andai aku seorang kaya,
bagaimana engkau berbelanja,
berhabis harta.

duhai perempuan,
andai aku seorang fakir hina,
sanggupkah kau berkongsi derita,
atau tinggalkan aku sia-sia.

duhai perempuan,
andai aku seorang pujangga,
sanggupkah engkau mendengar cerita,
memasang telinga.

duhai perempuan,
andai aku seorang tua,
lemah dan tidak berdaya,
sanggupkah engkau perbuat segala.

duhai perempuan,
jawablah soalan ku semua,
sebelum lanjut bual bicara,
tentang perasaan tentang cinta,
kasih-sayangmu setakat mana.


p/s:petua mencari cinta..hehe



Tuesday 18 January 2011

sesak..rehat minda

Sesak
Memang sesak.Jalanraya sesak.Hidup sesak.Minda sesak.Macam-macam jenis sesak hari ini.Entah kenapa perkataan 'sesak"tu melekat pada diri aku.Pada minda aku.

Macam badi.Macam berhantu.Mungkin kerana sebelum ini aku dah puas bersenang-lenang.Sesekali Tuhan bagi sesak untuk pengajaran agaknya.Mungkin.Atau ujian untuk aku lebih menghargai masa-masa santai dan lapang.

Paling merimaskan aku adalah kesesakan minda.Aku gagal meraih sebarang ilham hari ini.Semalam juga begitu.Aku tak lagi mampu menafsir bahasa akal lantas mencoret dan mencatat di blog buruk ini.Minda sesak dan semak hingga aku kehilangan ilham dalam timbunan lain permasalahan dalam kepala hotak aku.Makin aku cari,makin jauh hilang dan tersembunyi.

Pandang.
Jauh.
Sayup-sayup jauh hampir tak kelihatan.Jenuh aku memanggil-manggil ilham datang hampir tapi hampa.Mungkin ia enggan bersahabat dengan aku lagi atau sememangnya aku perlu rehat dan ponteng minda.

Ya.Rehat minda.Penat siang malam "bekerja"dan di kerah berfikir,jesteru "sesak" adalah lambang protes minda agaknya.

Begitulah.
Lebih kurang.
Agaknya.


p/s:aku nak hisap rokok.Sebatang je!! sambil rehat minda.

Sunday 16 January 2011

seruling rindu

ke satu daerah sunyi,
terdengar alunan seruling dari lembah,
mendendang irama syahdu,
kisah resah gelisah yang mendesah,
betapa sang seruling merasa rindu,
pada rumpunan bambu.
seorang tua peniup seruling,
berkongsi kisah yang sama,
menunggu pertanda tiba masa,
kembali ke riba yang Empunya.

Thursday 13 January 2011

aku sedang malas

*Manusia


*Alpa 


*Lalai


*Angkara


*Syaitan


 *Celaka kau setan!!Mengapa kau berlari-lari dalam salur darahku,
   bersarang dalam injap jantungku dan          
   meniup janji-janji curang di telinga dan membuat aku MALAS??

p/s:sendiri malas pun nak salahkan setan jugak..

Wednesday 12 January 2011

untuk jiwa-jiwa yang luka

berlari ke langit,
ingin terbang memetik bintang,
buat kalungan di leher sang perawan
tapi aku takut merentas awan,
menjerit hati ingin pulang,

setelah itu,
aku merasa sedar,
aku manusia kurang,
hanya tempelan peneman bosan,
kerana hati dan perasaanmu 
wahai rupawan,
lahir batin bukan untukku.

p/s:jangan ingat aku baru putus cinta..aku o.k!



Tuesday 11 January 2011

aku anak bumi adat

Duduk dekat berpelasaran,
Dekat rumah dekat kampung,
Sehalaman sepermainan,
Seperigi sepermandian,
Segayung sepergiliran,
Sejamban setepian,
Muafakat tak berubah,
Rahsia tak bertukar,
Ibarat labu menjalar ke hulu,
Ibarat kundur menjalar ke hilir,
Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama diambil,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama di renangi.


p/s:(Perbilangan Adat Perpatih)

Den banggo jadi anak jati Negeri Sembilan!!

Monday 10 January 2011

tak ada tajuk

    Penat..hmm.Huh!Aku rasa hari ni rasa macam tak ada mood langsung nak update blog ni..Tapi entah kenapa jari aku rasa gatal plak nak menulis..bukan puisi tapi entah apa pun aku sendiri tak tau nak panggil.Sekadar sampah cemar aja kot!!

    Hari ni aku masih dalam proses penyesuaian dengan tugas baru aku kat opis jadi mungkin ianya sedikit sebanyak mempengaruhi mood gila aku...Entahlah!

    Aku ni kadang-kadang emo sikit.Jadi atmosfera pemikiran aku sering berubah-ubah mengikut iklim persekitaran hidup seharian aku.Hari ni otak aku blank o.k!Jadi aku pun tak tau apa motif aku tulis kat sini..Korang baca ajalah..Bukan kena bayar pun.

    Tadi aku dah post satu puisi sebenarnya,tapi aku dah delete sebab aku sendiri takda nafsu nak baca.Kan ke gila namanya tu..Hahaha!!Tu lah aku dah kata yang emosi tak berapa stabil hari ni..Tambah plak tahap nikotin  dalam badan aku dah berkurangan sebab aku dalam proses berhenti merokok.Heh.Azam sempena tahun baru laa katakan..Err..Bukan!!Azam yang di perbaharui sebenarnya setelah bertahun-tahun mencuba.Sebelum ni aku tak kisah kalau putus cinta,tapi aku memang tak boleh putus bekalan rokok.
  
   Ambil keputusan nak meninggalkan tabiat merokok ni lebih berat bagi aku dari ambil keputusan berpisah ngan awek beb!!Teman setia laa katakan..

    Err..aku cerita pasal apa ni?Rokok ye??Arghh!!Lantak lah...janji korang baca entry aku ni.Hehe.

Saturday 8 January 2011

Nasib Marhaen

sabar,sabar,sabar!
sampai bila harus sabar.
sedang hidup kami kusut,
sedang bahagia kami di ragut.


setia,setia,setia!
bila masa kami durhaka,
kami hidup berbudi bahasa.
segala onar bukan kami
yang punya angkara.


naik,naik,naik!
tak pernah turun harga.
kami hampir papa kedana,
semua barang naik belanja,
tuan selesa makin kaya.


seksa,seksa,seksa!
kami makin seksa.
susah senang sendiri tanggung,
janji tuan omong kosong.


bila,bila,bila!
nasib kami hendak di bela.
jangan sampai turun takhta,
baru tuan mulut ternganga,
hilang nama,lesap kuasa.

















p/s:tiada motif politik disini..pikirlah sendiri!!

Thursday 6 January 2011

pada siapa engkau marah?

    Suatu hari ahli sufi terkenal,Syaqiq al-Balkhi membelikan sebiji tembikai untuk isterinya.Si isteri begitu gembira menerima tembikai tersebut,malangnya apabila buah tembikai itu di belah,isinya di dapati tidak elok.Isteri Syaqiq mula marah-marah kerana tidak mendapat tembikai ranum,enak dan elok seperti yang diharapkannya.

   "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu?"tanya Syaqiq "Adakah kepada si penjual,atau si pembeli,atau penanamnya,atau Pencipta buah tembikai ini?"

   Isteri ahli sufi itu terdiam."Wahai isteriku,"sambung Syaqiq,"Ketahuilah,si penjual itu tentu ingin agar barangan jualannya terdiri daripada barangan terbaik.Si pembeli lebih-lebih lagi,tentu ingin yang terbaik saja.Manakala si penanam,kalau mampu tentu dia ingin agar hasil tanamannya mengeluarkan hasil yang baik juga.
   "Kini nyatalah bahawa marahmu itu di tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.Maka bertakwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya"


p/s: 1:Redha itu sifat yang paling terpuji..Adakah sifat Redha wujud dalam diri kita??
      2:Jangan suka marah-marah.

Wednesday 5 January 2011

hidup tanpa cinta

gelintar..
kabut-kabut
kelam yang mencemar,
jiwa-jiwa resah,
memakan diri-diri
terasing,
hidup tanpa cinta,
terbiar tanpa rela,
senyum dalam paksa,
tangis dalam tawa.
derita
memamah kalbu,
jiwa-jiwa kosong
tanpa cinta.



Monday 3 January 2011

Bangang

kebodohan yang di ulang-ulang,
akan menjadi terbiasa,
hingga benar di sangkal,
akal menjadi bebal.


dusta yang di terima akal,
menjadi kebiasaan,
senak di otak kebanyakan,
enak dibuai kebodohan!

Saturday 1 January 2011

Perutusan Tahun Baru Aku

    Wah!! Dah masuk Tahun Baru hari ni rupanya..hahaha!Nampaknya aku terlewat beberapa jam..Bukannya apa,aku sibuk sikit semalam dan tak sempat nak update blog ni.. Maklumlah aku balik kampung dan aku plak tak bawak broadband jadi takleh nak mentenet.Jadi aku pun wish lambat sikit laa yek!Korang jangan kecik hati plak..hehe.

   Takda apa yang menarik rasanya bagi hidup aku tahun ni kecuali benda yang sama macam tahun sudah..Hmm!!Hidup aku ni statik je ..Takda perubahan langsung..Err,maksud aku bukanlah perubahan apa-apa secara total.Perubahan kecik ada laa .

  Tapi ada beza sikit saja kot.Tahun lepas aku bujang tetapi tahun ni aku belum kahwin..hehe..Kira ada beza laa tu...hehe..Bab kahwin ni aku trauma sikit sebab tahun ni  member aku banyak yang buat keputusan drastik untuk mengorbankan "kebujangan"diorang..Tinggal aku sorang je yang masih berjuang untuk kebebasan..hahaha!! Mak aku pun dah sibuk tanya bila nak kahwin..tu yang buat aku trauma.Mungkin tahun ni kot!!hehe..

 Jadi sebagai penyelesaiannya tahun ni aku nak carik awek seramai mungkin..Tahun lepas pun aku cuma dapat ngorat 365 orang awek je..Kiranya tahun ni aku nak pecah rekod laa..Hahaha!!

 (  Kalau ramai sangat awek kenapalah kau tak kahwin lagi? hehe. )

O.K lah aku nak ucap Selamat Tahun Baru Masihi 2011 pada korang semua..Selamat Tahun Baru!!