Nuffnang Ads

Thursday 28 October 2010

Politik Melayu atau Melayu Politik???

   Sana-sini org sibuk cerita pasal politik...cuma aku yg dah naik jelak dan penat bila pikir bab politik ni..Bagi aku politik zaman sekarang ni tidak suci dan jujur lagi..berbeza dengan zaman kebangkitan semangat kemerdekaan dulu.Politik sekarang hancing,busuk,berlumuran najis dan sekotor air perlimbahan Indah Water..hahaha!!
  Kalau tanya pendapat aku...jawabnya senang je..terutama tentang survival politik bangsa Melayu.Bagi aku,politik Melayu dah lama uzur,nazak dan menunggu masa untuk "mati"dan dikebumikan...kalaulah tiada penawar maka tamatlah riwayatnya....Ini kerana politik Melayu adalah politik yg jujur,amanah dan bersih tanpa ada penyelewengan dan "pengklepetan"..Politik Melayu berbudi bahasa,berbakti dan berkhidmat tanpa ada niat tersembunyi di sebalik kuasa..Itu hanya ada pada zaman dulu...zaman Dr.Burhannudden Helmy,Dato Onn dan ahli politik seangkatan mereka tak kira dari Perikatan,PAS ataupun lain2 bendera parti..Diorang berjuang utk kesinambungan hidup bangsa..Lihat saja berapa ramai tokoh PKMM,AWAS dan lain2 cabang..diorang sanggup meringkuk dipenjara dari tunduk kepada kuasa penjajah..itu dinamakan semangat perjuangan POLITIK MELAYU...Menggalas amanah di bahu,hukum dijunjung dikepala,adat di jinjing ditangan...bukan kerana kuasa dan projek!!!Itu cerita lama..
   MELAYU POLITIK pula bertebaran di sana sini akhir-akhir ini mengaut apa saja peluang yg ada terhidang di depan mata demi kuasa dan habuan..Inilah parasit perosak bangsa yg menjadi pencacai dan hamba org asing demi keuntungan dunia...Hak org lain dia pedulik hapa!!Spesies ni merayap dan menyelinap di mana2..tak kira didalam parti mana,pemerintah atau pembangkang...2x5!!!!Orang sebegini hanya ada sebelah telinga dan lidahnya dua...bercabang.Janji2 pilihanraya yg tidak pernah dikota,aduan marhaen seperti kita dianggap remeh ,pandang sebelah mata akibat buta terkena panahan dunia,kerana telinganya tuli disumbat hasutan kuasa..Bagi aku segala kata2 dan janji pilihanraya sebegini termasuk antara fitnah2 Dajjal yang bermaharajalela diakhir usia dunia...Tu sebab aku malas nak ambik port..
  Korang pikir laa sendiri..nak pilih perjuangan POLITIK MELAYU yang hampir pupus atau pilih MELAYU POLITIK yg semakin berkembang populasinya....


    p/s:jangan anggap aku golongan kiri..hehe

Wednesday 27 October 2010

Monolog Orang Berdosa..

   Hari ni aku terkejut apabila mendapat tahu melalui media tentang malapetaka yg berlaku diseluruh dunia.Banjir,gempa bumi,gunung berapi meletus dan yg terbaru tsunami di Kepulauan Mentawai,Sumatera...Aku terfikir bahawa semuanya berpunca dari dosa-dosa oleh tangan manusia..Mungkin Tuhan mulai murka atas perlakuan manusia seperti aku....seperti kita!!
   Aku mulai sedar yang nikmat pinjaman Tuhan selama ini telah melalaikan manusia seperti aku,,seperti kamu.Akan adakah peluang dan ruang sebelum tertutupnya pintu Taubat???Moga tidur malamku,dan juga tidur malammu hari ini tidak digoncang gempa bumi dan dihanyutkan gelombang tsunami..

Tuesday 26 October 2010

Hobin Jang Hobin!!!

 Tak sabar rasanya aku nak turun stadium Bukit Jalil hari sabtu ni..Baru pagi tadi member sekampung aku call bagitau yg tiket dan transport dah diuruskan...hehehe!!Rasanya tahun ni N9 menang lagi..(konfiden je aku..hehehe).Mintak-mintak takde laa insiden macam tahun lepas.Cuak jugak aku bila pikir balik mcmana keadaan dari mula masuk stadium sampailah tamat perlawanan..
  Salah sorang kawan aku ditarik oleh penyokong Kelantan waktu kami melintasi gerombolan mereka sewaktu dlm perjalanan ke parking...Nyaris2 bergaduh...nasib baik laa ada polis yg berkawal masa tu..Fuh!!Lega kami..
  Awal-awal lagi aku dah standby segala aksesori wajib untuk tahun ni...rambut Afro,bendera,dan semestinya trompet...Hehehe...Bukit Jalil .."Tunggu!!!!!

Monday 25 October 2010

Aku dan Politik...

   Aku teringat beberapa tahun lepas sewaktu aku mundar-mandir di pekan Bahau daerah kampungku..aku bertemu seorang mamat ni dalam lingkungan 30-40 tahun..mungkin secara kebetulan.(sebetulnya dia menegur aku kerana ingin meminjam lighter). Dia yg agak ramah lantas berbual dgnku yg mungkin pada masa itu kelihatan berseorangan dan termenung melihat ragam dan peel org yg lalu lalang dihadapanku..
   Pada masa itu bahang pilihanraya masih hangat...dan secara spontan dia bertanya pendapat aku tentang politik." Kau sokong parti mana??.dia bertanya pada aku.Aku menjawab "parti cap ayam"..Dahi brader tu berkerut mendengar jawapan aku..."takkan la tak sokong mana-mana parti politik??tanyanya lagi.."Buat apa?aku jawab...
   "Laa..pilih pemimpin laa"katanya.."takda satu parti politik pun kat malaysia ni saya sokong atau bangkang.."ringkas dan padat jawapan aku...hehehe.."Oh...atas pagar rupanya"...katanya.
 Aku jawab" atas bukan bawah pun bukan"...abis tu??? apsal??...macam reporter plak brader ni punya soalan ..bisik hatiku.."Saja"..lalu aku cakap pada dia yg aku tak percaya dengan politik berasaskan kaum di negara ni..bagi aku definisi sesuatu bangsa atau hak2 ketuanan sesuatu kaum yg ada sekarang bukanlah aspirasi dan inspirasi sebenar org melayu..Tu Lord Reid yg buat..Itu sebabnya politik berasaskan kaum gagal menyatukan rakyat kerana ada kepentingan penjajah yg merencana politik macam ni."
   Bagi aku aspirasi sebenar orang Melayu adalah  "Perlembagaan Rakyat 1946"yg dibuat oleh org-org Melayu didalam Parti Kebangsaan Melayu Se-Malaya(PKMM) tapi ditolak oleh penjajah kerana merugikan Inggeris dan Barat...Tu sebab saya lebih suka "Parti Cap AYAM"kataku.."sebab tak ada janji2 kosong, kepentingan peribadi dan menjadi alat org luar yg nak menjahanamkan bangsa Melayu itu sendiri.."

Hmmm...

Aku pun tak tau apa nak dicoretkan disini melainkan kenyataan yg aku dah penat dan mengantuk...selamat malam dunia!!
    Moga esok aku akan ketemu sang matahari dan sang bayu sama seperti hari ini...Moga kita semua beroleh limpahan ihsan Tuhan...sesungguhnya aku bersyukur!!

Friday 22 October 2010

Kembara hujung minggu Gua..

 Pasti ramai yg tertanya-tanya mana lokasi Gua dihujung minggu..sampaikan ada rakan2 Gua yg gatal mulut bertanya "Mana lu pegi hujung minggu Bro??xde lepak ngan kitorang pun.."Gua menjawab.."Gua melawat kawasan..hehe" sambungku lagi "Gua balik kg laa bro!!...Lantas ada diantara mereka mempersoalkan kewajaran Gua  menghabiskan hujung minggu di kg yg bg mereka tidak happening seperti mana Bukit Bintang mahupun KLCC..Gua menjawab.."Gua akan balik kg selagi Gua ada kg..."
Diorang pun diam...

Thursday 21 October 2010

Jiwa Yg Penat..

Hari ni aku merasakan jiwaku amat tertekan pabila melihat manusia sekelilingku mulai memperlihatkan "kepandaian"mereka dan cuba "memperbodohkan"aku...Hahaha...!!Barangkali mereka fikir aku naif dan dengkel akal sama seperti mereka...Mujurlah tipis imanku masih mampu menahan gelodak nafsu amarah yg meronta mahu keluar dari kerongkong dan mulut celuparku..Untung juga Tuhan masih sayangkanku dari menambah dosa kering yg telah berbakul-bakul aku longgokkan selama ni...Aku rasa aku dah mencemarkan bumi Tuhan ini dengan sumpah seranahku selama ini..Cukuplah sekadar itu..
Tapi setakat mana kesabaran aku menangkis tohmahan dan terjahan keras ke atas jiwaku???Biar lah!!Satu hari nanti mereka akan merasai nikmatnya "pengajaran lisanku"hehehe...(sesekali marah dan dendam menguasai jiwaku)..Jiwaku sudah cukup penat merasai dan menelan bebelan mulut bebal mereka....Nantikan saja Sang Karlos ini memuntahkan lahar panas keatas diri kalian...Tunggu dan Lihat!!

Wednesday 20 October 2010

Arghh!!!!!

KALAH?????!@#!$%^&*@!*(_+*&^)..apo nak buek...mungkin dah nasib kito mlm ni..Redha jo lah...(tapi dalam hatiku masih tidak puas hati ..)Oh Tuhan..maafkan aku..

Aku pun Kurang Ajar!!

Jem!!..Jem!!Jem!!Itulah rutin yg harus aku tempuhi sekian kalinya tiap kali melangkah mahupun pulang dari tempat kerja...Kehidupan dibandaraya Kuala Lumpur mungkin nampak gah dari segi prasarana namun hakikatnya nilai moral kami semakin terhakis terlempar bersama maki hamun dan cacian yg terjuih dari mulut lantas bertebaran di atas jalan...Padanlah aku semakin kurang sopan dan hilang sifat penyabar ..getus hatiku..Kemodenan telah menganjingkan manusia sepertiku lalu aku pun jadi seperti mereka yang lain sama2 menyembunyikan resah namun berontak hati kian menggila...Hahahaha!!Mungkin sedikit masa lagi aku akan beransur menjadi kurang ajar dan hipokrit sama dengan yg lain2....tak apalah bisik hatiku memujuk"Aku seorang manusia yg terlalu berterus terang tidak seperti kalian yg duduk diatas kerusi empuk,enak menghirup darah kami,insan marhaen sepertiku yg kau anggap bodoh ..Kau anggap dirimu pejuang,, hakikatnya kaulah petualang yg merosakkan damai hati kami dengan idea kapitalismu yg kau gelarkan DEMOKRASI..Aku enggan jadi HIPOKRIT!!!!arghh....

Meeting Oh Meeting...

Mungkin memang dah menjadi rutin dalam mana2 organisasi akan adanya meeting setiap kali ada keperluan adanya keputusan penting harus dibuat...tapi apa perlunya kau tanya orang seperti aku yg tidak ada peri pentingnya kewujudan jasad mahupun spritualku dlm mana2 keputusan "meeting" sebelum ni...aku bercakap ibarat menyalak bukit tapi bukit tetap kukuh kecuali ada jentolak dan tangan rakus yg meruntuhkannya..Lantaklah meeting seribu kali pun..Den pedulik hapo!!Hahaha!!!!!

Salam....

Hari ni masih hari yg biasa sama seperti semalam ...hinggakan jariku kaku tidak ketahuan apa yg bisa ku coretkan disini..Cuma ada satu keluh kesahku,barangkali masih keluhan yg sama...Biasalah..Orang biasa-biasa seperti ku,kita semua tidak ada yg lain melainkan berkisar tentang kepayahan hidup yg kian menghimpit jiwa hari-hari..