Nuffnang Ads

Sunday, 26 December 2010

sekadar renungan

 Suatu ketika,putera Amirul Mukminin Saiyidina Umar al-Khattab pulang dari sekolahnya dalam keadaan menangis..Umar bertanya, "Apa yang menyebabkan engkau bersedih hati,wahai anakku?
 Jawab anak Umar itu, "Kawan-kawan di tempat pengajian  menghitung tampalan pada bajuku.Mereka berkata,lihatlah anak Amirul Mukminin ini,berapa tampalan yang ada di bajunya?"
 Umar sendiri pada pakaiannya terdapat 14 tampalan pada bajunya dan sebahagian dari tampalan itu adalah dari kulit haiwan.Lantas Umar pun menulis surat kepada Bendahari Negara dan di dalam surat itu beliau merayu, 'Berilah hutang empat dirham kepadaku dari Baitulmal.Apabila datang awal bulan nanti , potonglah gajiku."
Bendahari Negara pun membalas surat Umar itu dengan mengatakan,"Wahai Amirul Mukminin,apakah engkau menjamin hidupmu sampai satu bulan sehingga aku dapat meluluskan permohonan mu itu?Apakah yang akan emgkau perbuat dengan wang Baitumal jika engkau mati sedangkan wang itu masih dalam tanggungan mu?"
Setelah membaca surat balasan dari Bendahari Negara,Umar pun menangis dan berkata kepada puteranya, "Wahai anakku,pergilah ke tempat pengajianmu kerana aku tidak dapat menjamin nyawaku walaupun sesaat."



p/s:itulah kisah yang pernah di ceritakan oleh Imam di kampungku sewaktu kuliah di masjid beberapa tahun lepas..Aku terfikir masih adakah pemimpin dan pemegang amanah sejujur Umar dan Bendahari Negara pada masa kini..

2 comments:

Cempaka R.Minta said...

hiii
hutang kerta cempaka ada lagi 2 tahun...
sapa jamin yek

Pena Marhaen said...

itu jaminan sendiri..saya sendiri pun masih banyak hutang.hehe