Nuffnang Ads

Tuesday, 14 December 2010

Puisi Tentang Bulan

dan bulan
pun tersenyum
pabila melihat
bintang-bintang
sudi berkawan
menghiasi dada malam
jadi peneman
menunggu siang
namun sungguh kasihan
malang nasib si embun
hilang ditelan
cemburu sang mentari

9 comments:

Cempaka R.Minta said...

hii
suka bulan mengambang

Pena Marhaen said...

bulan lambang keindahan dan harapan..
saya pun suka tengok bulan kerana cantik dan tenang.

Pistachio said...

tapi saya suka bintang!

Pena Marhaen said...

dua-duanya bintang dan bulan adalah ciptaan Tuhan yg saling melengkapi..bila bersatu makin indahlah malam yg dulunya gelap dan suram.

gedek! said...

'Awal bulan' is the best!

.:padie_eyla:. said...

bintang malam malam ditemani angin sepoi lagi best. (:

New Hope said...

embun pula?

HUBUNGAN TIDAK JUJUR AKAN PUTUS DITENGAH JALAN

Irwan said...

setiap hari aku mengharapkan temanan dari bebintang...tapi bila tiba masanya, si bulan akan datang. dan menenggelamkan para bintang...

cumanya..

leherku dah sakit dok asyik tengok langit.

aku nak tumpukan masaku pada sesemut di kakiku pula

Pena Marhaen said...

gedek:saya pun suka awal bulan..hehe
padie eyla; mmg best dan mendamaikan.
new hope:embun sangat mulia kerana sanggup menitis menyejukkan bumi tapi tak siapa perasan kerana embun telah kering menjelang pagi..
irwan:kadangkala "keindahan"memang menyeksakan..hahaha!