Nuffnang Ads

Wednesday 29 December 2010

Layan Video ni..

p/s:ahli politik harus hayati lrik dan maksud lagu seniman ini.

Tuesday 28 December 2010

rindu

rintih pilu
sakit rindu
menjemput rasa
sayup berbicara
di sepertiga malam
mengucap kasih
menyulam sayang
berkongsi cerita
mengadu derita
agar lena beradu
dibuai mimpi
bertemu Maha Cinta.

teruskan melangkah...

Monday 27 December 2010

jiwa-jiwa kacau

carik-carik kepingan jiwa
menunggul menjadi puing-puing
kusam dan hambar
gelintar resah yang zahir
menjadi enap cemar wajah
celaka dan cela

daun-daun pintu
hati ruang ke 7
gelap dan bungkam
sirna bebayang dosa
noda dari dunia
terasuk umpanan cita
hamparan mata sialan
menjadi sampah berkata-kata
bernanah busuk segala.

tiada kena mengena dengan puisi..sekadar ilustrasi dari pakcik google..hehe



















p/s:ini bukan puisi cinta.

Sunday 26 December 2010

sekadar renungan

 Suatu ketika,putera Amirul Mukminin Saiyidina Umar al-Khattab pulang dari sekolahnya dalam keadaan menangis..Umar bertanya, "Apa yang menyebabkan engkau bersedih hati,wahai anakku?
 Jawab anak Umar itu, "Kawan-kawan di tempat pengajian  menghitung tampalan pada bajuku.Mereka berkata,lihatlah anak Amirul Mukminin ini,berapa tampalan yang ada di bajunya?"
 Umar sendiri pada pakaiannya terdapat 14 tampalan pada bajunya dan sebahagian dari tampalan itu adalah dari kulit haiwan.Lantas Umar pun menulis surat kepada Bendahari Negara dan di dalam surat itu beliau merayu, 'Berilah hutang empat dirham kepadaku dari Baitulmal.Apabila datang awal bulan nanti , potonglah gajiku."
Bendahari Negara pun membalas surat Umar itu dengan mengatakan,"Wahai Amirul Mukminin,apakah engkau menjamin hidupmu sampai satu bulan sehingga aku dapat meluluskan permohonan mu itu?Apakah yang akan emgkau perbuat dengan wang Baitumal jika engkau mati sedangkan wang itu masih dalam tanggungan mu?"
Setelah membaca surat balasan dari Bendahari Negara,Umar pun menangis dan berkata kepada puteranya, "Wahai anakku,pergilah ke tempat pengajianmu kerana aku tidak dapat menjamin nyawaku walaupun sesaat."



p/s:itulah kisah yang pernah di ceritakan oleh Imam di kampungku sewaktu kuliah di masjid beberapa tahun lepas..Aku terfikir masih adakah pemimpin dan pemegang amanah sejujur Umar dan Bendahari Negara pada masa kini..

Saturday 25 December 2010

kembali macam dulu

Stress!!Banyak benda buat aku stress dua tiga hari ni..
Apa???..Aku stress dengan kerja,stress dengan jalan jem,kerenah masyarakat dan banyak lagi benda yang buat aku stress...dan aku stress dengan diri sendiri.
Stress!!!Paham tak??

Kalau korang tak paham jugak, aku makin stress..Hmm.
Aku perlu mencari ruang sunyi untuk tenangkan fikiran dan buat perhitungan diri..Mungkin aku masih tebal dengan sifat yang menenggelamkan kemanusiaan..Kadangkala tuntutan masa buat kita lupa pada tujuan kita di ciptakan..Kita seolah-seolah redha dengan kelalaian itu..Celaka!!

Nanti bila aku dah berjaya menstabilkan emosi dan menyeimbangkan aliran turun naik darah aku akan cuba kekalkan ketenangan tersebut hingga aku fana dalam dunia terasing yang damai dan tiada keluh kesah..Tiada stress..Bukankah itu "dunia' terbaik untuk manusia???

Dunia yang aku diami sekarang amat serabut tanpa ruang kosong untuk aku isi dengan masa untuk semua "itu"..aku rindu untuk kembali macam dulu-dulu..

Wednesday 22 December 2010

sekadar singgah

Salam!..

Singgah sekejap.Pandang kiri-kanan..sentuh papan kekunci,tak tahu nak taip apa..

Bungkam dan kosong..

Bangun dan jalan lagi..nanti aku kembali!!!


Tuesday 21 December 2010

malas

Dah dua tiga hari  minda aku gagal berinspirasi..mungkin masih dalam mood berkabung selepas pemergian nenek atau memang akal aku dah bebal dan tumpul..

Mungkin.

Tiap-tiap detik berlalu kosong..tanpa aku kejar apatah lagi otak aku mulai longlai dan tepu..kalau berjalan perlahan-lahan pun rasanya sudah ada "sampah" yang bisa aku palit dan conteng untuk mencemar dinding blog yang dah berhabuk ni..Tapi entah setan apa yang merasuk,aku masih bersenang-senang dengan kemalasan ini..Tiada apa yang aku perbuat,tiada ikhtiar dan masih merengkok dalam santai yang melalaikan jiwa sesat aku.

Mungkin aku kurang bermuhasobah..
Mungkin aku gagal istiqomah...argghh..aku akan kembali memacu ilham dan lemparkan di sini sedikit masa lagi..

Aku berfikir.....
















Aku bukan manusia separuh dewa,tak sempurna dan ada cacat cela tapi aku masih boleh berusaha...hmmm..( malas lagi )

Monday 20 December 2010

Samy Vellu Dalam Kenangan

   Disebabkan Datuk Seri Samy Vellu telah mengumumkan persaraan beliau baru-baru ini,aku merasa amat sedih dan  kechiwa kerana selepas ini tiada lagi menteri yang mampu menghibur dan menyembuhkan duka lara rakyat dengan lawak-lawak segar dan terbaik dari ladang..hahaha!!..setiap lawak beliau pasti akan aku ingati..hehe
   Antara lawak beliau yang popular dan di ingati sampai sekarang..

1. Samy Velu Berkata Tentang Pos Laju;

"Besoh kirim, hari ini juga sampai "



2. Di TV yang dia berkata dia malu;

"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat laa besar"



3. Samy berkata dalam ceramah;

"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang-worang kampong di sini'

Lantas seseorang bertanya,

"Datuk,sini takde sungai, buat apa bina jambatan?

dan Samy dengan bangga membalas ,

"Kalao takde sungai,kita bina sungai"



4. Kata-kata Samy yang tersohor kepada pemberita;

"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!"



5. Semasa krisis air;

"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr..!"



6. Tentang masalah sosial;

"Worang-worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade.." * *



7. Semasa kempen derma darah di Sg.Siput;

"Marilah kita semua menderma dare..."



8. Semasa memberi ucapan di pelbagai acara;

"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya saudara-saudari)



9. Semasa bising-bising tentang Al Arqam;

"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes arqam" *



10. Juga lawak tersohor Samy;

"Kita akan bina roket pigi matahari".....

Pemberita menjawab.."Tapi Dato, matahari terlalu panas untuk didekati"...

Jawab samy..

"Itu tade masalah....kita hantar waktu malam".... *


Sunday 19 December 2010

kosong

kosong
malam ini semuanya kosong
tiada apa-apa
kecuali kosong
tiada isi
tiada erti
kecuali 
kosong.



p/s:inilah akibatnya kalau malas berfikir dan tiada bahan untuk di tulis..hehe

Saturday 18 December 2010

Semangat Telah Kembali

MALAYSIA LAWAN VIETNAM

agregat 2-0

*
*
*
*
ALHAMDULILLAH..MALAYSIA LAYAK KE FINAL.

Friday 17 December 2010

Al-Fatihah

Pukul 6.15 petang 15 Disember 2010 aku menerima panggilan telefon dari abah di kampung yang mengatakan nenek aku telah meninggal dunia kira-kira 10 minit sebelum itu..Panggilan tersebut aku terima sewaktu aku tersangkut dalam kesesakan jalanraya di Jalan Maarof,Bangsar setelah pulang dari tempat kerja..
 Jenazah telah pun selamat dikebumikan selepas solat Zohor semalam di tanah perkuburan Kampung Kuala Kepis,Juasseh,Negeri Sembilan.

Al-Fatihah buat nenda Allahyarhamah Hajah Tiawi Binti Ismail yang telah kembali ke pangkuan Ilahi.Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang soleh .

Tuesday 14 December 2010

Puisi Tentang Bulan

dan bulan
pun tersenyum
pabila melihat
bintang-bintang
sudi berkawan
menghiasi dada malam
jadi peneman
menunggu siang
namun sungguh kasihan
malang nasib si embun
hilang ditelan
cemburu sang mentari

Monday 13 December 2010

mari menjadi bangang!!

aku pernah berfikir menggunakan tahap pemikiran aku yang bangang ni bahawa satu hari nanti bangsa melayu akan merempat di tanah air sendiri.
cuba korang kira berapa banyak kampung melayu dan tanah rezab  melayu yang masih wujud di Kuala Lumpur.
kemudian secara lebih bangang lagi aku pernah berfikir dalam tempoh 10 tahun akan datang apa anak muda kaum melayu akan buat dan apa kerja yang mereka akan lakukan kerana peratusan anak melayu yang berhenti sekolah di peringkat menengah semakin tinggi..dan mampukah mereka bersaing dengan "bangsa antarabangsa" yang kian membanjiri negara ini dan memonopoli keseluruhan pasaran tenaga kerja..adakah mereka kan jadi peragut,mat rempit,penagih dadah atau paling "baik"pun menjadi pengemis..
adakah ada apa-apa pelan tindakan dari pihak yang lebih cerdik dari aku untuk berfikir mencari jalan penyelesaian???..buat masa sekarang aku yakin jawapannya adalah"tidak"
dan yang paling bangang lagi aku pikir adakah kuasa politik orang melayu masih kuat kerana sekarang pun iklim politik khasnya orang melayu terlalu lemah kerana perpecahan dan perbezaan pendapat serta ideologi yang menampakkan kebodohan dan ketololan orang melayu..
aku akui agak bangang kerana aku sendiri kadangkala terikut-ikut dengan rentak permainan "politik melayu"yang asyik melagukan irama sama dari dulu hingga sekarang..mungkin kerana aku bangang dan ahli politik semuanya cerdik!!
ketuanan melayu??cuba korang pikir sendiri,masih relevankah slogan tu dengan keadaan ekonomi dan sosial orang melayu sekarang...orang melayu tidak menjadi Tuan dalam mana-mana keadaan sekalipun di negara ini..orang melayu adalah hamba orang politik dalam segala hal dan dalam setiap percaturan politik orang melayu adalah mangsa keadaan yang di perbodohkan.
aku berpesan pada semua melayu yang berfikiran tahap bangang seperti aku supaya lebih cerdik pada masa akan datang..


p/s:kadangkala aku suka berfikir secara bangang seperti ini..alangkah baiknya kalau ahli politik yang mengaku cerdik sekali-sekala berfikiran bangang seperti aku supaya mereka tahu bukan senang jadi orang bangang yang selalu di perbangangkan!!baru mereka rasa pahitnya ditipu orang cerdik!!

Sunday 12 December 2010

badan aku rasa penat..mungkin kekurangan protin atau sedang ketagihan nikotin...arghh!!!
aku mesti hisap rokok....


jap....

aku nak pegi hisap rokok...:lepas tu boleh laa aku tido dengan lena dan bermimpikan rosmah mansor dah jadi slim lepas minum jus dr.rozmey..hahaha!!





p/s:maaf..kalau korang terpaksa baca entry bodoh aku ni..aku jadi begini bila kecanduan nikotin..hehehe!!

Saturday 11 December 2010

zaman bangkit

selamat datang zaman bangkit
selamat tinggal zaman lena

selamat datang zaman waras
selamat tinggal zaman lupa

selamat datang zaman bersuara
selamat tinggal zaman bisu segala

ayuh lontar suara
hari ini untuk bangkit

ayuh buka mata
hari ini bukan untuk lena

ayuh buka minda
hari ini bukan untuk lupa

hari ini hari kita!!

Thursday 9 December 2010

monolog

mampukah aku
merebut kembali
hari yang tersisa
atau aku
hanya melihat
ku biar menjadi puing-puing
perlambangan dosa

atau harus aku 
meratap bersedih
menginsafi diri
dalam hening sunyi antara malam

lantas aku bertawassul
menyebut nama kekasih-Mu
menyambung wasilah
mohon diampun
agar sembuh qalbu
yang bernanah oleh barah dunia


Tuesday 7 December 2010

azam...

tak sangka dah 1 hari kita dalam tahun baru Hijrah..macam mana aku boleh lupa nak berazam..hehe
takpelah..aku rasa azam tahun baru sama je kot macam tahun -tahun yg sudah...kalau ada pembaharuan pun cuma satu dua je..tu maknanya azam tahun lepas pun aku failed!!
Azam tahun baru hijrah kali ni aku nak:

1:sebagai penagih nikotin tegar aku nak berenti merokok...rokok dah mahal sekarang ni.

2:aku nak kerja rajin-rajin kumpul duit.

3:aku nak carik awek..kemudian tunang dan kawin..hehe

4:aku nak beli superbike yang lagi laju dari motor polis trafik..biar diorang tak boleh kejar aku masa merempit.

5:aku nak buat revolusi minda(revolusi??:aku tak berapa suka sangat perkataan ni pasal nampak macam murah sangat sekarang..dah ramai ahli politik dan artis guna..arghh lantak laa!!..)

6:aku nak jadikan blog aku ni femes dan pastikan tak ada lagi catatan yang "sampah" dan "kosong" macam sekarang...tapi korang jangan marah kalau aku tak mampu buat dan korang tetap tengok hasil "sampah"dan "kosong"..

7:nombor yang paling aku suka dan aku letak azam yang last ni paling penting ...AKU NAK JADI MANUSIA YANG BERILMU,BERIMAN DAN BERAMAL..Aku jugak nak jadik manusia yang berguna pada mak-bapak aku,masyarakat,negara dan korang semua...

p/s:aku nak berhijrah betul-betul..bukan cobaan!!

Monday 6 December 2010

Salut #2

dalam hujan meriam air..
dalam jerebu gas pemedih mata.
dalam gertak kuasa yang menggila..
teguh suara
jasad dan jiwa
pejuang kami
wira kami
suara hak kami
salut untuk semua
tulus dari seantero kalbu
dihulur bersama doa
moga esok tiada derita

Salut!!!

hari ni aku malas nak tulis apa-apa.kepala hotak aku dah blank dengan permasaalahan yang menghimpit hidup aku dan hidup kalian akhir-akhir ni...Aku ingin menyatakan sokongan dan salut seribu atau sejuta kali kepada kalian yang menghadirkan jasad dan jiwa dalam perhimpunan dan perarakan penyerahan memorandum semalam..
Jiwa dan semangat kalian lebih kental dari tembakan meriam air..
Semangat dan roh perjuangan kalian lebih berbisa dari gas pemedih mata demi menegakkan hak dan ketuanan rakyat...



SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM..!!!

Sunday 5 December 2010

hahahaha!!!

ketuanan melayu????hahahaha...bila masa melayu jadi TUAN kalau asyik kena tipu 24 jam!!

sejarah????....macam mana generasi muda nak ingat dan hayati sejarah kalau fakta sejarah sedia-ada tu semuanya auta dan sentiasa berubah..hahaha!!

ekonomi dah pulih???...apa justifikasi yang ekonomi negara dah pulih kalau kuasa beli pengguna makin kecil dan inflasi makin tinggi...hahaha!!

penyalarasan harga???...ada ke buat penyalarasan gaji sebelum buat penyalarasan harga???...
gaji dan harga barang kat malaysia ni selaras ke??hahaha!!!


p/s:aku,korang dan kita semua 1MALAYSIA kena tipu lagi..hahaha!!

Wednesday 1 December 2010

nasib bangsa aku

minyak petrol RON 97 naik harga lagi..
gaji masih macam tu...tak naik-naik.
yang kaya makin kaya
aku makin papa kedana
lepas ni harga barang akan naik jugak
bangsa aku memang suka diperbodohkan
bangsa aku memang suka ikut telunjuk
bangsa aku sudah menjadi bangsa taklid
terima tanpa soal
terima tanpa sesal
percaya walau tak kenal


arghh!!malas laa aku nak pikir!!!@#$@%