Nuffnang Ads

Monday, 29 November 2010

perihal aku

ada teman yang rapat dengan aku berkata aku ni konservatif dan complicated..
ada yang menggelar aku orang spiritual..terasing dalam dunia asing dalam diriku sendiri..menganggap aku dengan berbagai lagi gelaran hanya setelah menjenguk dan melihat blog aku ni..
terpulanglah pada apa saja persepsi dan tanggapan korang terhadap catatan aku..
kadangkala aku akui kreativiti aku terangsang oleh tahap nikotin yang meracuni salur darah aku..
malahan seringkali aku terpandu oleh emosi dan aku luahkan di blog ini atau pun laman fb..
aku juga bisa menafsir persekitaran hidup yang aku lalui dan aku muntahkan secara total di alam maya blog..


.......................................


terpulang apa pandangan dan pendapat korang dalam menilai diri aku kerana seringkali tersasar dari tema hidup moden
sesungguhnya aku yang sebenar bukanlah manusia spiritual
aku bukan konservatif dan jauh sekali complicated kerana aku orangnya yang mudah..
aku juga bisa enjoy seperti kalian cuma mungkin caranya lain darihal biasa
kerana masih banyak perihal diri aku yang aku sendiri belum teroka dan kurang aku kenali
aku masih cuba bermuhasabah diri dan dan ingin sekali menjadi manusia bermoral

........................................

aku ingin jadi orang biasa-biasa kerna itulah aku
aku cuba untuk memahami kalian sebagaimana kalian cuba memahami aku agar kita bisa kelihatan biasa.
terima kasih atas perhatian korang dan atas segala nasihat dan pendapat..aku cukup syukur kerana sekurang-kurangnya korang adalah teman -teman aku dikala senang dan susah

5 comments:

Cempaka R.Minta said...

hii
terma kasih comment..cempaka cuba kenal ni

Khairul Marhaen said...

hai...selamat datang ke alam maya blog.teruskan berblogging..saya sudah pun menjadi follower blog anda dan saya dapati menarik

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
biar apa org nak kata kita tetap kita..

KhairulMarhaen said...

betul bro..saya cuba untuk berubah

ariabupalar said...

hmmm....wut ever!!abang tetap besttt!!