Nuffnang Ads

Monday 8 November 2010

Cari

Meraba dalam gelap
bersuluh dalam terang
menunggu bukan sekejap
mencari bukannya hilang

.......................


apa ku cari bukannya barang
apa ku nanti bukannya orang
siapa mengerti
siapa simpati
tolong aku tunjukkan jalan

.........................


andai bulan jatuh ke riba
andai nasib bertemu jua
siapa tahu sampaikan bila
entah esok mungkin lusa
ku harap doa dari yang hidup
ku harap doa dari yg telah pergi
sampaikan salam penuh berharap


..........................

alangkah bahagia bilamana tersua
semat kukuh didasar jiwa
agar tak hilang
tak tercicir lagi
supaya jiwa jadi tenang
kerna lamanya mencari lamanya menunggu
sesuatu yg dulu milikku
kini ghaib di telan dunia
dihembus angin dihanyut bayu
mungkin terhumban diantara benua
atau tersembunyi masih disini
hari ini,esok
terus lagi
aku mencari satu jawapan persoalan


...................


ghaib bukan sembunyi
mungkin tersorok dalam diri
terkurung tiada berkunci
antara yang hakiki nan abadi
mungkin kah pergi takkan pulang
terus lesap terus hilang




p/s:aku taip kerana jiwa kacau yg mengacau dalam jiwaku yg sedia ada kacau....
lokasi:lorong paling hujung dan paling gelap dalam jiwa aku...

1 comment:

Marhaenonymous said...

waalaikumsalam...terima kasih sahabat kerana sudi menziarahi blog saya yg serba kekurangan..
nasihat dan galakkan dari teman dan sahabat amat saya hargai..
sama2 lah kita saling berpesan antara satu sama lain kerana saling menasihati itu asas persaudaraan.

p/s:saya sering mengikuti blog saudara dan saya dapati serta saya akui bahawa blog saudara amat menarik perhatian dan memberi manfaat kepada saya..moga kita sama2 beroleh keberkatan dunia dan akhirat..Amin.
Wassalam