Nuffnang Ads

Thursday 28 October 2010

Politik Melayu atau Melayu Politik???

   Sana-sini org sibuk cerita pasal politik...cuma aku yg dah naik jelak dan penat bila pikir bab politik ni..Bagi aku politik zaman sekarang ni tidak suci dan jujur lagi..berbeza dengan zaman kebangkitan semangat kemerdekaan dulu.Politik sekarang hancing,busuk,berlumuran najis dan sekotor air perlimbahan Indah Water..hahaha!!
  Kalau tanya pendapat aku...jawabnya senang je..terutama tentang survival politik bangsa Melayu.Bagi aku,politik Melayu dah lama uzur,nazak dan menunggu masa untuk "mati"dan dikebumikan...kalaulah tiada penawar maka tamatlah riwayatnya....Ini kerana politik Melayu adalah politik yg jujur,amanah dan bersih tanpa ada penyelewengan dan "pengklepetan"..Politik Melayu berbudi bahasa,berbakti dan berkhidmat tanpa ada niat tersembunyi di sebalik kuasa..Itu hanya ada pada zaman dulu...zaman Dr.Burhannudden Helmy,Dato Onn dan ahli politik seangkatan mereka tak kira dari Perikatan,PAS ataupun lain2 bendera parti..Diorang berjuang utk kesinambungan hidup bangsa..Lihat saja berapa ramai tokoh PKMM,AWAS dan lain2 cabang..diorang sanggup meringkuk dipenjara dari tunduk kepada kuasa penjajah..itu dinamakan semangat perjuangan POLITIK MELAYU...Menggalas amanah di bahu,hukum dijunjung dikepala,adat di jinjing ditangan...bukan kerana kuasa dan projek!!!Itu cerita lama..
   MELAYU POLITIK pula bertebaran di sana sini akhir-akhir ini mengaut apa saja peluang yg ada terhidang di depan mata demi kuasa dan habuan..Inilah parasit perosak bangsa yg menjadi pencacai dan hamba org asing demi keuntungan dunia...Hak org lain dia pedulik hapa!!Spesies ni merayap dan menyelinap di mana2..tak kira didalam parti mana,pemerintah atau pembangkang...2x5!!!!Orang sebegini hanya ada sebelah telinga dan lidahnya dua...bercabang.Janji2 pilihanraya yg tidak pernah dikota,aduan marhaen seperti kita dianggap remeh ,pandang sebelah mata akibat buta terkena panahan dunia,kerana telinganya tuli disumbat hasutan kuasa..Bagi aku segala kata2 dan janji pilihanraya sebegini termasuk antara fitnah2 Dajjal yang bermaharajalela diakhir usia dunia...Tu sebab aku malas nak ambik port..
  Korang pikir laa sendiri..nak pilih perjuangan POLITIK MELAYU yang hampir pupus atau pilih MELAYU POLITIK yg semakin berkembang populasinya....


    p/s:jangan anggap aku golongan kiri..hehe

No comments: