Nuffnang Ads

Monday 25 October 2010

Aku dan Politik...

   Aku teringat beberapa tahun lepas sewaktu aku mundar-mandir di pekan Bahau daerah kampungku..aku bertemu seorang mamat ni dalam lingkungan 30-40 tahun..mungkin secara kebetulan.(sebetulnya dia menegur aku kerana ingin meminjam lighter). Dia yg agak ramah lantas berbual dgnku yg mungkin pada masa itu kelihatan berseorangan dan termenung melihat ragam dan peel org yg lalu lalang dihadapanku..
   Pada masa itu bahang pilihanraya masih hangat...dan secara spontan dia bertanya pendapat aku tentang politik." Kau sokong parti mana??.dia bertanya pada aku.Aku menjawab "parti cap ayam"..Dahi brader tu berkerut mendengar jawapan aku..."takkan la tak sokong mana-mana parti politik??tanyanya lagi.."Buat apa?aku jawab...
   "Laa..pilih pemimpin laa"katanya.."takda satu parti politik pun kat malaysia ni saya sokong atau bangkang.."ringkas dan padat jawapan aku...hehehe.."Oh...atas pagar rupanya"...katanya.
 Aku jawab" atas bukan bawah pun bukan"...abis tu??? apsal??...macam reporter plak brader ni punya soalan ..bisik hatiku.."Saja"..lalu aku cakap pada dia yg aku tak percaya dengan politik berasaskan kaum di negara ni..bagi aku definisi sesuatu bangsa atau hak2 ketuanan sesuatu kaum yg ada sekarang bukanlah aspirasi dan inspirasi sebenar org melayu..Tu Lord Reid yg buat..Itu sebabnya politik berasaskan kaum gagal menyatukan rakyat kerana ada kepentingan penjajah yg merencana politik macam ni."
   Bagi aku aspirasi sebenar orang Melayu adalah  "Perlembagaan Rakyat 1946"yg dibuat oleh org-org Melayu didalam Parti Kebangsaan Melayu Se-Malaya(PKMM) tapi ditolak oleh penjajah kerana merugikan Inggeris dan Barat...Tu sebab saya lebih suka "Parti Cap AYAM"kataku.."sebab tak ada janji2 kosong, kepentingan peribadi dan menjadi alat org luar yg nak menjahanamkan bangsa Melayu itu sendiri.."

No comments: